Wednesday, May 28, 2014

Berniaga Adalah Satu Proses Pembelajaran

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Bulan Mei ini merupakan bulan yang paling sibuk dalam hidup saya. Agak huru-hara sedikit dengan perniagaan kecil-kecilan yang saya mulakan April lepas. Saya gelarkannya "Projek Duit Raya". Alhamdulillah, tidak disangka-sangka ianya mendapat sambutan daripada ramai surirumah mahupun suri bekerja yang menyertai projek mini ini. Semuanya atas dasar mahu mencari "duit poket" lebih untuk digunakan pada hari raya nanti. Insya Allah, semoga Allah permudahkan segala urusan.

Sebenarnya sudah lama saya tidak melakukan urusan menjual secara serius. Sebelum ini saya lebih selesa menjadi ejen dropship sahaja. Tetapi kali ini, saya cabar diri saya untuk melakukan jualan produk fizikal untuk menambah sumber pendapatan saya. Memang berbeza sangat-sangat apabila kita melakukan jualan fizikal dan digital ini. Yang pasti, menjual produk fizikal memerlukan tenaga fizikal dan mental yang kuat. Berbanding dengan produk digital yang hanya kadang-kadang memerlukan kita untuk melatih jari-jemari menaip sahaja :)

Bagaimanapun, semua ini saya anggap sebagai cabaran dan pengalaman yang terindah sebagai seorang peniaga. Tak dinafikan, memang saya penat melayan karenah ejen dan pelanggan yang pelbagai, tetapi dari situ saya sentiasa mendapat pengalaman dan kemahiran yang baru. Sebagai contoh urusan penghantaran, setiapkali melakukan urusan penghantaran mesti akan ada pelbagai jenis kos yang berbeza-beza mengikut berat barang yang mahu dihantar. Jadi, dari situ, saya mula merekod segala data dan menjadikannya sebagai rujukan untuk proses penghantaran yang akan datang.


Saya juga sentiasa mencari alternatif yang murah dan menjimatkan pelanggan. Sebab itu, jangan pelik sekiranya perkhidmatan yang digunakan adalah sentiasa berbeza-beza mengikut berat. Ada yang menggunakan Poslaju, plastik poslaju prabayar, Citylink dan Gdex. Yang penting, semua ini adalah untuk memudahkan saya dan juga pelanggan.


Melalui berniaga saya juga faham betapa pentingnya perancangan dalam menguruskan stok. Bagaimana mahu memastikan stok sentiasa ada dan menguruskan pembayaran untuk proses pembelian stok baru. Alhamdulillah, walaupun telah lama berniaga tetapi tahun ini yang saya betul-betul mahu merekod dan mencatatkan segala duit masuk dan duit keluar. Berkat memasuki kelas urus akaun WAHM pada bulan Februari yang lepas.

Jika dahulu berniaga hanya sekadar untuk menambah duit poket tetapi kali ini saya ingin lebih dari itu. Saya mahu berniaga untuk membantu orang lain dan juga membayar hutang pinjaman pendidikan saya. Lagipun, sudah tiba masanya untuk fokus dalam apa yang saya buat. Insya Allah, doakan saya supaya berjaya menjadi surirumah yang berjaya di dalam perniagaan agar dapat menjadi contoh kepada surirumah yang lain.

Bagi mereka yang baru bermula, saya nasihatkan supaya menghadiri kelas urus akaun secara offline mahupun online yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) bagi mengesan ketirisan dan ke mana hilangnya duit perniagaan kita. Berikut adalah maklumat untuk kelas urus akaun offline yang akan datang :

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 14.06.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9pg -5.30ptg
Yuran: RM220

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

2 comments:

  1. BERITA BAIK

    Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk bermula?
    Saya pengarah Nadira Muhammad Loans Limited,
    Perkhidmatan pinjaman Nadira Muhammad adalah lesen kredit pelaburan undang-undang, kami menawarkan
    Pinjaman kepada Individu dan perniagaan dan menyediakan
    Perkhidmatan dan pelaburan yang boleh dipercayai untuk tahap pelanggan / calon
    Dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2%, dengan jumlah minimum pinjaman dari
    (3000 $ / € / Rp) untuk jumlah pinjaman maksimum ($ 700 miliar $ / € / Rp) dengan
    Tempoh 1 tahun hingga 25 tahun. Hubungi kami dengan syarikat
    E-mail di: Nadiramuhammadloancompany@gmail.com

    Misi syarikat ini adalah untuk menyediakan individu dan syarikat
    Pertubuhan diri sendiri
    Memenuhi keperluan mereka, berharap dan membantu meningkatkan jiwa kita
    Dan komuniti mereka. Perlu pinjaman prom? Sekitar
    48 jam perkhidmatan penuh untuk pelanggan kami.

    Saya berharap dapat bertanya kepada anda secepat mungkin untuk bermula
    Seketika, kami bersedia untuk melayani anda
    Cari pinjaman yang berminat untuk mengisi borang permohonan di bawah gaji

    ReplyDelete
  2. Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk bermula? Saya pengarah Nadira Muhammad Loans Limited, Perkhidmatan pinjaman Nadira Muhammad adalah lesen kredit pelaburan undang-undang, kami menawarkan Pinjaman kepada Individu dan perniagaan dan menyediakan Perkhidmatan dan pelaburan yang boleh dipercayai untuk tahap pelanggan / calon Dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2%, dengan jumlah minimum pinjaman dari (3000 $ / € / Rp) untuk jumlah pinjaman maksimum ($ 700 miliar $ / € / Rp) dengan Tempoh 1 tahun hingga 25 tahun. Hubungi kami dengan syarikat E-mail di: Nadiramuhammadloancompany@gmail.com Misi syarikat ini adalah untuk menyediakan individu dan syarikat Pertubuhan diri sendiri Memenuhi keperluan mereka, berharap dan membantu meningkatkan jiwa kita Dan komuniti mereka. Perlu pinjaman prom? Sekitar 48 jam perkhidmatan penuh untuk pelanggan kami. Saya berharap dapat bertanya kepada anda secepat mungkin untuk bermula Seketika, kami bersedia untuk melayani anda Cari pinjaman yang berminat untuk mengisi borang permohonan di bawah gaji

    Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...