Friday, March 21, 2014

Bagaimana Mahu Menjadi Surirumah Yang Mempunyai Pendapatan?

Imej : Carian Google
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Saya mahu kongsikan email yang saya terima semalam yang berbunyi begini :

Cikpuan. 

Didoakan cikpuan sihat sejahtera. 

Saya menembusi ruang Google lalu saya berjumpa dengan laman blog cikpuan yang bekerja dari rumah. Maka, saya ambil alamat emel cikpuan untuk saya hubungi. 

Serba sedikit tentang saya, Pn XXX . Berumur 28 tahun, sudah bernikah dan ada seorang anak kecil berusia 2 tahun 1 bulan. Saya sudah berhenti kerja pada tahun 2010. Kenapa? Kerana saya bernikah dengan suami yang oada masa itu masih melanjutkan pelajaran di Australia. Selama 3 tahun di sana, saya hanya menjadi penulis artikel pada masa senggang, tidak dapat bayaran yang tinggi. 

Sekarang sudah hampir 9 bulan saya pulang ke Malaysia, saya masih belum ada pekerjaan dan saya amat tertekan dengan hutang PTPTN yang belum terlunaskan. 

Buat masa ini, saya menjadi ejen Dropship beberapa kumpulan perniagaan Muslimah tetapi tidak dapat mencapai sasaran keuntungan. Sudah 2 bulan saya ikuti kumpulan dropship, saya hanya dapat kumpul pendapatan sebanyak RM100. 

Saya graduan dalam bidang bahasa. Dahulu bekerja sebagai editor dan penulis sebuah syarikat penerbitan swasta. Menulis secara freelance dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (selama berada di Australia). Saya amat cintakan bidang penulisan tetapi cinta saya kepada suami dan anak membatasi segala-galanya. 

Saya berdoa mahu menjadi ibu dan isteri yang sentiasa ada di rumah, sentiasa ada apabila diperlukan. Dalam pada masa yang sama, saya tertekan tidak bekerja dan tidak dapat bayar hutang PTPTN. 

Saya mohon jasa baik cikpuan untuk membantu, memberi penerangan kepada saya, bagaimana saya boleh ikut serta cikpuan dan kumpulan bekerja dari rumah? 

Semoga urusan cikpuan dipermudahkan Allah SWT. 

Sekian, 

Terima Kasih. 

Jawapan saya :

Waalaikumussalam puan,

Alhamdulillah, ada juga yang berminat untuk bekerja di rumah dan sentiasa mahu berada bersama anak-anak. Sedikit penjelasan dari saya mengenai apa yang saya lakukan sekarang ini. Sebenarnya saya merupakan seorang blogger dan peniaga online sejak tahun 2009 lagi. Dulu saya suka mengabadikan kisah kehidupan saya di dalam blog dan dalam masa yang sama saya juga suka berniaga secara dalam talian. Tahun 2012 saya melepaskan jawatan saya dan menumpukan sepenuh perhatian saya kepada keluarga. Namun begitu saya masih lagi menjalankan perniagaan online saya tetapi dihadkan hanya pada hari cuti sahaja.

Tahun lepas saya menyertai Akademi Bekerja Di rumah dengan menjadi guru online bagi mengajar mereka yang memerlukan khidmat saya untuk belajar berniaga melalui blog & fanpage. Alhamdulillah, terus terang saya cakap saya sudah mula mempunyai pendapatan yang tetap antara sekitar RM1,000 ke RM3000 sebulan (atau lebih bergantung kepada usaha). Untuk mendapat pendapatan yang tetap melalui hanya bekerja dari rumah bukanlah suatu perkara yang mudah juga, tetapi jika kita tahu caranya Insya Allah senang sahaja. Puan boleh baca entri saya yang ini : http://zailamohamad.blogspot.com/2014/03/tips-buat-surirumah-bekerja-pelbagaikan.html

Apa yang puan boleh lakukan sekarang adalah dengan mendaftar kelas belajar blog & fanpage bersama saya sekarang. Yuran bermula dari RM150-RM300. Saya cadangkan agar puan mengambil pakej RM200 di mana secara automatik puan dapat menjadi Rakan Niaga kami dan boleh mempromosikan produk Akademi Bekerja Di Rumah bersama saya. Caranya cukup senang sahaja, bina sebuah blog & fanpage dan setiap hari boleh promosikan produk kami iaitu pakej kelas online, ebook dan juga ruangan pengiklanan. Tidak perlu keluar rumah pun cuma hanya perlu luangkan sedikit masa untuk berada di hadapan komputer melakukan kerja-kerja pemasaran secara dalam talian. Insya Allah kita sama-sama usahakan untuk mendapat pendapatan sebanyak RM100 sehari. Sudah ada di kalangan ahli alumni ABDR yang berjaya melakukannya juga. 

Saya doakan semoga puan jelas dengan penerangan saya. Jika ada apa-apa kemusykilan boleh email atau terus hubungi saya di facebook/Zaila Mohamad. Insya Allah saya akan cuba membantu sedaya upaya saya.

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Tuesday, March 18, 2014

Senarai Barangan Yang Boleh Dijual Di Mudah.my


Imej : Carian Google
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Ramai pula yang bertanyakan tentang bagaimana untuk meletakkan iklan di laman Mudah.my. Seperti yang diketahui, syarat untuk meletakkan iklan di laman ini sudah diketatkan demi menjaga pelanggan yang membeli barangan dari peniaga yang beriklan di Mudah.my. Ini bagi mengelakkan insiden pelanggan ditipu oleh peniaga dan sekaligus boleh mencemarkan imej laman Muda.my juga.

Sebab itulah laman Mudah.my telah meletakkan beberapa syarat sebelum beriklan dengan mereka. Antara terma dan syarat yang telah ditetapkan adalah :

1) Tidak boleh menjual produk yang haram seperti dadah, senjata api, bahan api, bahagian badan manusia, pornografi dan bahan kimia terkawal.

2) Produk larangan : produk kesihatan dan kecantikan kecuali minyak wangi, pakaian dalam terpakai, nombor pendaftaran kenderaan, alamat email, rakaman video, ubat-ubatan herba, tangkal azimat dan banyak lagi.

3) Servis larangan seperti pusat penjagaan kanak-kanak, servis SMS, agensi peragaan, terapi, perkhidmatan tayu, perkhidmatan mencari jodoh, skim cepat kaya dan banyak lagi servis yang boleh menipu para pelanggan.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengetahui apa yang kita akan jual di laman Mudah.my. Iklan di Mudah.my boleh diletakkan samaada melalui akaun persendirian atau[un akaun ProNiaga. Bagi yang memiliki perniagaan, seeloknya membuka akaun ProNiaga kerana ianya ibarat membuka sebuah kedai alam maya di laman Mudah.my. Semua iklan produk kita akan dihimpunkan dalam satu akaun sahaja. Mudah bukan?

Walaupun kedengaran agak mudah tetapi saya sering menerima email dan telefon bertanyakan kenapa iklan mereka ditolak oleh pihak Mudah.my. Sebab itulah kena belajar dahulu sebelum membuat sebarang iklan. Di sini, saya mengambil menawarkan juga kelas asas blog, fanpage & beriklan di Mudah.my. Sekiranya produk anda tidak tersenarai dalam 3 kategori di atas, boleh daftar kelas bersama saya. Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats app / Viber : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi.

Friday, March 14, 2014

Tips Untuk Surirumah : Bagaimana Mahu Mengumpul Modal Perniagaan


Imej : Carian Google
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Saya sering mendapat pertanyaan bagaimana untuk memulakan perniagaan secara talian sekiranya tiada modal untuk bermula. Usahkan duit, produk untuk jualan juga tiada, jadi bagaimana seharusnya untuk bermula?

Sebagai seorang surirumah yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap, saya faham situasi kalian. Sudah semestinya tidak tahu dari mana ingin mendapatkan modal untuk memulakan sesuatu perniagaan. Mungkin di antara anda yang tidak mahu menyusahkan suami dengan meminta-minta duit modal dari mereka bukan? Saya juga banyak mendapat aduan dari surirumah yang setiapkali mahu memulakan sesuatu bisnes, suami tidak memberi sokongan dari awal lagi. Memang kedengaran agak susah tetapi jangan risau, jika anda tetapkan matlamat dan pasang niat mahu berniaga untuk menolong suami, insya Allah segalanya akan mudah belaka.

Baik, di sini saya akan kongsikan beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh anda untuk mengumpulkan modal untuk berniaga. Ianya boleh dilakukan secara berperingkat dan pastikan usaha yang dilakukan adalah berterusan dan tanpa mengenal erti penat jemu.

1) Menjual Barang Terpakai Di Rumah Melalui Laman Mudah.my

Seperti yang saya tulis di entri ini : Tips Untuk Surirumah : Tambah Pendapatan Dengan Menjual Barang Terpakai Di Mudah.my. Salah satu cara yang paling senang kerana kita tidak memerlukan modal untuk membeli produk baru. Lihat sahaja di sekeliling rumah, pasti akan ada barangan yang kita rasa sudah tidak memerlukan khidmatnya lagi bukan? Jadi, dari dibiarkan mengumpul habuk di dalam stor, lebih baik kita jual sahaja di laman Mudah.my pada harga yang murah-murah. Seeloknya janganlah menipu ya! Jika barangan masih dalam keadaan baik sahaja yang kita jual. Kalau barang yang sudah rosak atau menunggu masa untuk dibuang, janganlah dijual pula. Duit yang terkumpul boleh disimpan di dalam tabung modal bisnes.

2) Menjual Barangan Terpakai

Yang ini pula khas untuk barangan terpakai yang sudah rosak seperti mesin basuh lama, suratkhabar lama, bateri lama, tin-tin kosong, plastik atau botol kosong. Barangan tersebut bolehlah dijual kepada lori apek yang selalu membeli barangan terpakai atau anda pergi sendiri ke Pusat Pungutan Barangan Terpakai. Duit yang didapati walaupun sedikit tetapi jangan lupa untuk disimpan ke dalam tabung modal bisnes juga.

3) Mengambil Tempahan Memasak / Menjahit

Tidak kira yang mana satu minat anda, seharusnya anda boleh mengumpul wang modal bisnes dengan mengampil upah untuk tempahan memasak atau menjahit. Ini boleh dilakukan secara sambilan iaitu pada hujung minggu sahaja jika tidak mahu mengganggu rutin harian pada hari anak-anak bersekolah. Jangan lupa untuk menyimpan hasil dari upah secara konsisten.

4) Menjual Barangan Secara Dropship

Cuba tawarkan diri kepada kawan-kawan yang menjual barangan untuk mengiklankan produk mereka di facebook anda. Setiap jualan yang didapati akan diberikan komisen. Boleh kumpul komisen setiap minggu dengan membuat sasaran berapa produk yang mahu dijual setiap hari.

5) Menawarkan Iklan Atau Menulis "Review" Produk di Blog

Bagi mereka yang mempunyai blog, boleh tawarkan khidmat menulis "review" produk di blog ataupun menawarkan ruangan untuk pengiklanan. Boleh tawarkan harga dari serendah RM5 sehinggalah RM50 bergantung kepada jumlah trafik blog anda juga. Jika tawarkan RM5 untuk satu iklan, jika ada 10 pengiklanan yang mahu beriklan di blog, anda sudah boleh jana RM50 untuk sebulan tanpa perlu mengeluarkan modal pun.

Baiklah, duit yang dikumpul bolehlah digunakan untuk membeli atau memulakan sesuatu bisnes. Ramai surirumah yang mengatakan bahawa yuran untuk belajar kelas asas blog & fanpage adalah mahal. Sebenarnya tiada masalah jika mereka tahu bagaimana cara untuk mendapatkan modal untuk bermula. Katakan yuran yang mahu dibayar adalah RM150, anda bolehlah mengumpul dengan mengamalkan 5 cara di atas. Apabila sudah belajar, praktikkan segala ilmu dan mulakan dengan mensasarkan perkara lain pula sebagai pemangkin untuk bekerja lebih kuat lagi. Sebagai contoh; anda mahu membeli sebuah komputer yang berharga RM3,000.00. Jadi, usahakan supaya boleh mendapat pendapatan sebanyak RM100 seminggu. Jika mahu cepat untuk mendapatkannya, gandakan agar menjadi RM100 sehari. Mungkin kedengaran seperti mustahil tetapi jika diamalkan selalu, insya Allah semua itu akan terjadi.

Yang penting kena ada disiplin dan semangat yang kuat. Jika suami tidak memberikan sokongan, buktikan dahulu yang anda boleh lakukan tanpa bantuan kewangan daripada suami. Insya Allah, jika suami melihat kita bersungguh-sungguh, suatu hari nanti dia akan memberikan sepenuh sokongan kepada kita. Saya juga ada beberapa kenalan yang asalnya hidup susah dan beliau hanyalah seorang surirumah biasa sahaja. Tetapi berkat kerajinan dan usaha yang berterusan, kini Alhamdulillah boleh dikatakan hidup mereka telah jauh berubah.

Setakat ini sahaja coretan saya. Bagi yang masih teragak-agak untuk bermula, nasihat saya supaya anda cari kekuatan dalaman dan jalan terus!

Salam kasih sayang buat semua. Bagi yang berminat untuk belajar kelas asas blog & fanpage di bawah saya, hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad


Thursday, March 13, 2014

Tips Untuk Surirumah : Tambah Pendapatan Dengan Menjual Barang Terpakai Di Mudah.my

Imej : google & koleksi ABDR

Teks : Zaila Mohamad

 Assalamualaikum

Hari ini saya akan kongsikan pula antara salah satu cabang pemasaran produk yang saya gunakan selain dari blog dan fanpage adalah dengan beriklan di Mudah.my. Saya bermula pada tahun 2009 lagi di mana saya memang seorang yang suka membaca blog kawan-kawan dan melayari internet. Dari situ, saya mengetahui bahawa terdapatnya sebuah laman sesawang yang membolehkan kita menjual atau mengiklankan produk samaada yang masih baru ataupun yang sudah terpakai di situ.

Perasaan ingin mencuba membuatkan saya memuat turun gambar beg tangan saya dan menjualnya pada harga yang lebih murah dari harga beli. Kalau tak silap, beg tangan berjenama Elle yang saya beli pada harga RM150.00 dan saya letakkan harga jual iaitu dalam RM60.00 sahaja. Masa itu lebih kepada mahu melihat akan reaksi samaada ada tak mereka yang berminat untuk membelinya. Di ruangan yang disediakan, saya mengisikan segala maklumat termasuklah nombor telefon saya dan segala terma & syarat urusan pembelian.

Masa itu saya masih belum mempunyai internet banking pun! Tetapi saya menggunakan nombor akaun teman sepejabat dan berjanji akan menggunakan akaun itu hanya sekali sahaja. Alhamdulillah, dalam masa sehari aje ada beberapa orang yang menghubungi saya untuk mendapatkan beg tangan tersebut. Maka, terjadilah satu urusan jual beli. Setelah wang dimasukkan ke dalam akaun kawan saya, saya pun menghantar beg tangan tersebut kepada tuan barunya:)

Begitu mudah bukan? Patutlah nama laman itu juga disebut sebagai Mudah.my!


Sekiranya anda sebagai seorang surirumah dan ingin mencari sedikit duit poket, bolehlah menjual beberapa barang terpakai di dalam laman Mudah.my ini. Tapi pastikan yang barangan tersebut masih lagi dalam keadaan elok dan harga tidak terlalu tinggi dari harga barang yang baru. Ada banyak kategori produk yang boleh dipilih seperti pakaian, kereta, rumah, servis dan macam-macamlah! Pendek kata semuanya ada di situ. Jadi, dari dibiarkan barang-barang yang lama itu bertambah buruk atau mengganggu ruangan penstoran rumah, adalah lebih baik jika kita menjualnya pada harga yang murah bukan? Sekurang-kurangnya dapat menambah duit poket daripada jualan tersebut.

Selain itu, Mudah.my juga menawarkan sistem ProNiaga kepada mereka yang mahu beriklan secara tetap di dalam Mudah.my. Bagi mereka yang mempunyai perniagaan online mahupun offline, bolehlah mendaftarkan nama syarikat di ProNiaga ini kerana ada banyak faedahnya juga. Pada yang berminat untuk belajar, saya ada tawarkan khidmat mengajar untuk Kelas Asas Blog, Fanpage & Beriklan di Mudah.my. Keterangan seperti di bawah ini :


Apa yang akan saya ajarkan adalah :

- Bagaimana membina sebuah blog, fanpage dan juga membina akaun di dalam ProNiaga di laman Mudah.my
- Bagaimana menghubungkan antara ketiga-tiga elemen ini bagi membantu menaikkan jualan produk

Jika berminat, boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Monday, March 10, 2014

Idea Bisnes Dari Rumah Khas Buat Surirumah : Bisnes Kerepek


Dapatkan ebook 101 Idea Home Based Bisnes di sini (BORANG TEMPAHAN)

Imej : Carian google & koleksi ABDR
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri melakukan bisnes membungkus kerepek sebagai salah satu pendapatan sampingan saya. Segalanya bermula pada tahun lepas di mana saya mengambil tempahan kerepek untuk jualan hari raya. Alhamdulillah, memang mendapat sambutan yang menggalakkan di mana saya berjaya menjual lebih dari 100 kg pelbagai jenis kerepek. Sekarang ini walaupun sudah melepasi musim perayaan, namun permintaan masih lagi ada terutamanya melalui ejen-ejen yang pernah saya lantik semasa bulan puasa dahulu.

Ingin tahu bagaimana caranya? Di sini saya kongsikan bagaimana memulakan bisnes operasi membungkus makanan kering (kerepek) tanpa memerlukan modal yang besar.

Umum diketahui bahawa masyarakat Malaysia terutamanya orang Islam memang akan membelanjakan sedikit (atau banyak) wang untuk membeli juadah kuih-muih atau kerepek untuk dihidangkan kepada tetamu di hari raya. Jadi, saya mengambil peluang untuk berniaga bisnes kerepek kerana kerepek harganya tidak mahal dan tidak mudah rosak. Bagaimana saya memulakannya?

1) Pertama sekali harus ada sumber di mana kita dapat membeli kerepek pada harga yang murah. Seeloknya kita berurusan dengan kilang atau pusat jualan kerepek yang dapat menyediakan pelbagai jenis kerepek dalam satu masa. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan sebuah kilang kerepek yang terletak berdekatan juga dengan rumah saya. Jadi memang tidak ada masalah untuk mengambil stok.

2) Saya bermula sebulan sebelum puasa lagi di mana saya menghebohkan di dalam blog saya untuk mencari ejen jualan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah ramai yang menghantar maklumbalas dan ingin untuk menjadi ejen saya. Rata-ratanya di kalangan ahli keluarga, kawan-kawan dan juga kenalan di alam maya. Terima kasih buat semua!

3) Saya memberikan sampel-sampel percuma kepada ejen-ejen untuk diedarkan di sekolah mahupun tempat mereka bekerja. Di dalam bulan Ramadhan, saya meletakkan tarikh tutup untuk meletakkan tempahan dan menetapkan tarikh untuk penghantaran juga. Apabila bayaran dibuat, saya akan menghantar stok kepada ejen-ejen. Namun, untuk memudahkan urusan saya juga terpaksa mengeluarkan sedikit modal sebagai pendahuluan untuk membayar segala tempahan di kilang kerepek.

Sebenarnya ada beberapa cabaran yang saya terpaksa hadapi semasa menjalankan bisnes kerepek di bulan puasa. Memang tak ternilai segala pengalaman yang dapat dikutip sepanjang melakukan bisnes ini. Mungkin saya akan kongsikan di dalam entri yang lain. Di sini, saya ingin fokuskan kepada bisnes membungkus kerepek yang boleh dijalankan oleh surirumah di rumah sahaja.


Antara alatan yang saya beli dan gunakan untuk membungkus kerepek. Hanya bermodalkan RM19.90 sahaja.

Bagi yang mahu bermula secara kecil-kecilan dahulu, bolehlah mendapatkan alat penutup (sealer) di atas. Alatan lain yang diperlukan adalah alat untuk menimbang berat kerepek (kilo), plastik saiz kecil dan tag harga. Sekarang ini saya lebih suka menjual dalam bungkus yang kecil kerana ramai pelanggan yang terdiri dari pekerja pejabat gemar untuk membeli untuk santapan ringan sambil membuat kerja di pejabat. Saya dulu pernah bekerja, jadi saya tahu waktu-waktu selepas pukul 3 petang, masing-masing akan mencari sesuatu untuk menghilangkan rasa mengantuk. Jadi, sudah semestinya makanan yang akan menjadi pilihan untuk kekal fokus dalam melakukan kerja.

Katakan saya membeli 1kg kerepek, jadi saya boleh bahagikan kepada 10 bungkus yang kecil jika setiap bungkus mempunyai berat 100gm. Boleh letakkan dalam 20 bungkus bagi setiap pejabat untuk sejenis kerepek. Jika ada 3 jenis kerepek pilihan, 3 x 20 bungkus = 60 bungkus. Sekejap sahaja tu boleh habis. Mungkin dalam anggaran seminggu sahaja bergantung kepada jumlah pekerja di pejabat tersebut. Katakan setiap bungkus harganya adalah RM2. Jadi RM2 x 60 bungkus = RM120 adalah pendapatan yang saya bakal dapat untuk seminggu. Itu hanya untuk satu pejabat, jika di hantar lagi ke beberapa pejabat yang lain? Mungkin 5 buah pejabat dalam masa seminggu saya boleh menjana RM120 x 5 = RM600 jika semuanya habis dijual.

Mudah bukan? Yang penting adalah kerajinan dan minat untuk menjual. Sehingga bertemu lagi. Insya Allah saya akan kongsikan lagi pengalaman saya menjual produk lain pula.

Assalamualaikum.

Thursday, March 6, 2014

Bertuahnya Kamu Wahai Surirumah


Imej : Google
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Saya harap mereka yang membaca entri ini akan lebih berlapang dada ya. Tujuan saya menulis ini bukannya untuk memperkecil-kecilkan kerjaya yang lain selain dari jawatan surirumah. Saya dulu juga pernah mengimpikan kerjaya idaman yang selari dengan ijazah kejuruteraan yang saya pegang 9 tahun dulu. Namun, aturan Allah begitu cantik sekali. Saya lepaskan kerjaya saya pada tahun 2012 untuk lebih memberikan tumpuan kepada keluarga terutamanya anak-anak yang sedang membesar.

Jika dulu, surirumah selalu dianggap golongan yang tidak berpelajaran tinggi dan hanya bergantung harap kepada belas ihsan suami untuk terus hidup. Tetapi kini anggapan itu sudah lapuk dah, malah saya bersyukur kerana sekarang ini saya mengenali ramai surirumah yang berkelulusan tinggi dan punyai pendapatan sendiri hasil dari usaha mereka dengan bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah tidak semestinya bermaksud kita harus berniaga menjual produk tetapi ia juga boleh membawa makna iaitu memberikan khidmat servis kita iaitu melalui pengalaman kita (samaada dari segi pembelajaran mahupun pekerjaan) kepada mereka yang memerlukan.

Saya mengatakan bahawa surirumah ini sungguh bertuah kerana Allah telah beri satu kelebihan untuk kita agar terus berada di rumah mendidik anak-anak. Dulu, sebelum berhenti kerja saya selalu merasa tertekan dengan diri. Setiap hari sebelum keluar bekerja, saya terpaksa bergegas menghantar anak-anak ke taska. Kadang-kadang bila sampai di pejabat, baju sudah basah kerana bermandikan peluh! Paling mencabar apabila suami keluar bekerja di luar daerah, rasa mahu menangis aje bila menguruskan anak-anak keseorangan diri. Tak cukup dengan itu lagi, apabila bebanan kerja seperti musim tender yang kadang-kadang ada sehingga empat tender yang mahu diserahkan dalam satu masa membuatkan saya terpaksa bekerja lebih masa untuk menyiapkannya. Cukup bulan dapat gaji dalam seminggu pun sudah habis membayar hutang-hutang yang ada! Begitulah kitaran hidup saya sebelum berhenti kerja, badan penat tetapi hasil simpanan tiada. Paling menyedihkan apabila terlepas peluang untuk menjaga anak-anak.

Keputusan untuk berhenti kerja telah saya buat secara tiba-tiba. Sedikit pun tiada desakan dari suami ataupun siapa-siapa. Mungkin masa itu badan saya yang sedang mengandungkan anak keempat merasa sudah tidak tahan lagi untuk keluar bekerja. Setiap pagi, saya akan berperang dengan emosi ibu mengandung yang begitu malas untuk bersiap untuk keluar bekerja. Di dalam hati merasakan alangkah nikmatnya jika tidak perlu bangun pagi dan keluar bekerja. Alhamdulillah, selepas berhenti, saya merasakan nikmat itu tetapi, berada di rumah cabarannya bertukar menjadi lain pula.

Setelah hampir dua tahun berada di rumah, saya sedar disiplin diri sangat memainkan peranan penting untuk memastikan kita kekal fokus dalam apa yang kita lakukan. Bagi surirumah di luar sana, walaupun kalian bukannya terdiri dari surirumah yang bekerja dari rumah, kita seharusnya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita ini. Tidak perlu untuk keluar rumah menempuh kesesakan jalan raya, tidak perlu meninggalkan anak-anak kepada orang lain dan tidak perlu untuk menghadapi politik pejabat yang kadang-kadang menyakitkan hati. Sebab itu saya katakan bertuahnya kalian semua! Tapi, jangan ambil mudah juga kesenangan yang Allah berikan kepada kita ini. Jadi, seeloknya surirumah juga mempunyai tabungan hari tua atau tabung kecemasan yang boleh dibincang bersama suami.

Hujung minggu yang lepas saya ke majlis kenduri kahwin bersama suami dan anak-anak. Keesokannya badan terus dilanda selsema dan batuk-batuk. Di kala ini, saya merasakan bahawa beruntungnya surirumah yang tidak perlu keluar rumah di kala cuaca yang tidak menentu ini. Badan saya sendiri sudah tidak boleh menerima angin luar yang penuh dengan asap dan kotoran itu. Alhamdulillah, walau diuji dengan sakit tapi saya tetap merasa bersyukur.

Saya doakan semoga teman-teman yang masih bekerja akan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Pada yang berhasrat untuk berhenti kerja, kalian boleh mula merancang dari sekarang. Dapatkan seberapa banyak maklumat dan tabungan yang boleh. Bulan ini ada tawaran 2 ebook pada 1 harga, memang berbaloi sangat untuk dimiliki dan membacanya. Boleh klik sini untuk membelinya : BORANG TEMPAHAN

Sehingga bertemu lagi.

Wednesday, March 5, 2014

Tips Buat Surirumah Bekerja; Pelbagaikan Sumber Pendapatan Mengikut Minat


Imej : Carian Google
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Hari ini tergerak untuk berkongsikan tentang bagaimana untuk menambahkan pendapatan walau dengan hanya berada di rumah sahaja. Alhamdulillah, saya kongsikan pengalaman sendiri menjana kewangan tanpa perlu keluar bersusah-payah berjumpa dengan pelanggan untuk memasarkan produk. Sebagai surirumah yang sibuk menjaga anak-anak, sudah tentulah kebanyakan masa saya banyak dihabiskan melayan dan memenuhi permintaan mereka. Tetapi jangan risau kerana zaman ini semuanya boleh dilakukan dihujung jari sahaja. Apa yang penting adalah sentiasa fokus dan konsisten dalam melakukannya.

Berikut adalah beberapa sumber pendapatan yang boleh dijana oleh seorang surirumah yang beranak empat seperti saya (atau lebih atau kurang) :

1) Menulis blog : Jadikan hobi menulis blog dan berkongsikan pengalaman kita sebagai seorang surirumah sebagai satu cabang untuk kita menjana kewangan diri. Alhamdulillah, sejak mendaftar dengan Nuffnang iaitu salah satu syarikat pengiklanan terkenal di Malaysia, saya sudah boleh mendapat bayaran sebanyak 3 kali. Setiap bayaran bergantung kepada jumlah trafik blog yang berkunjung ke blog kita. Selain itu, saya juga menawarkan khidmat mengiklankan produk, servis atau perniagaan bagi mereka yang mahu beriklan di blog saya. Bayaran yang dikenakan juga mengikut berapa lama iklan itu akan berada di dalam blog.

2) Menjual produk : Saya memilih untuk menjual produk barangan parti harijadi kerana saya suka. Pengalaman mengadakan parti harijadi bertemakan animasi Angry Bird buat anakanda kesayangan saya membuatkan saya terfikir untuk menjual produk barangan parti harijadi kepada ibubapa pada harga borong. Tetapi saya hanya melakukannya pada hujung minggu sahaja kerana dengan menjual produk sebegini saya tidak perlu keluar rumah setiap hari untuk mendapatkan stok. Boleh singgah di fanpage saya iaitu di sini : Barangan Parti Harijadi (jangan lupa untuk like ya)

3) Menjual Produk Secara Dropship : Saya menjual pelbagai barangan secara dropship kerana saya sukakan konsep dropship yang tidak memerlukan saya keluar dari rumah untuk membuat penghantaran. Semuanya akan dilakukan oleh pengedar atau syarikat yang kita pilih. Anda boleh memilih mana-mana produk yang anda yakin bagus dan anda juga gunakannya di dalam kehidupan anda. Sebagai contoh, saya menjual produk makanan sunnah kerana saya juga mengamalkannya dan yakin dengan produk tersebut. Justeru tiada salahnya jika kita juga mengsyorkan kepada kawan-kawan untuk menggunakannya. Jemput singgah blog makanan sunnah saya di sini : Gedung Barangan Sunnah & Produk Muslim Online.

4) Menjual ebook : Ebook merupakan salah satu produk yang begitu mudah untuk dijual. Ini kerana ianya tidak rosak dan tidak memerlukan ruang storan yang besar di dalam rumah anda. Saya menjual pelbagai jenis ebook yang sebenarnya bukan hasil penulisan saya pun tetapi ianya adalah produk unggul daripada Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Boleh singgah beli koleksi ebook ABDR di sini : E-book Pilihan Suri
Bagi kalian yang berminat untuk menjadi ejen jualan produk ABDR juga, kalian boleh mendaftarkan diri dengan menjadi Rakan Niaga ABDR. Boleh baca keterangannya di sini : Pakej Rakan Niaga

5) Menjadi Guru Online : Ini adalah salah satu cabang sumber yang begitu mudah sekali untuk dilakukan. Kalian hanya menyumbangkan sedikit ilmu dan tenaga untuk mengajar mereka yang betul-betul minat untuk belajar. Tiada salahnya untuk meminta bayaran asalkan servis dan khidmat yang kita berikan juga berterusan. Pastikan apa yang kita ajar adalah di dalam bidang dan kepakaran kita (atau minat juga). Contohnya anda suka mengambil tempahan membuat kek, sudah beratus pelanggan yang membeli kek anda berpuas hati dengan perkhidmatan anda. Jadi, di sini kalian boleh anjurkan kelas belajar buat kek bersama anda kerana kepakaran anda adalah membuat kek. Bayaran boleh ditentukan mengikut pakej kelas yang diambil.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan. Antaranya adalah dengan mengambil tempahan memasak, menjahit, menulis artikel untuk dihantar ke majalah, membuat gubahan perkahwinan, andaman dan banyak lagilah. Bergantung kepada minat kalian bagaimana.

Adalah penting untuk mempelbagaikan sumber pendapatan kerana bagi saya ianya mudah untuk meletakkan sasaran pendapatan harian mahupun mingguan. Katakan minggu ini kalian mahukan pendapatan sebanyak RM1,000.00 bersih. Jadi kalian boleh tetapkan sasaran jualan produk ebook, produk harijadi, pendaftaran atau memperbanyakkan tempahan. Semuanya boleh dilakukan dengan mempergiatkan promosi di blog dan fanpage. Bekerja sendiri kita bebas untuk memilih jumlah pendapatan yang kita mahukan. Tapi haruslah selar dengan usaha juga. Jika usahanya luar biasa, sudah pastilah hasil yang akan didapati juga akan luar biasa!

Sempena bulan Mac ini, saya ingin menawarkan 2 buah ebook yang sangat bagus untuk dibaca dan dimiliki oleh semua orang yang mahu bekerja dari rumah. Klik di sini (BORANG TEMPAHAN) untuk menempah. Harga tawaran adalah RM50 (harga asal RM100)

Bagi mereka yang masih ragu-ragu untuk bermula atau mahu dapatkan khidmat nasihat atau mahu mendaftar kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) atau kelas mula bisnes dengan Mudah.my, boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Sehingga bertemu lagi.

Tuesday, March 4, 2014

Bagaimana Blog & Fanpage Membantu Mempromosikan Jualan?

Assalamualaikum,

Umum diketahui, ramai yang suka berniaga melalui facebook. Setiap hari ada sahaja rakan-rakan yang menjual dan berkongsi testimoni tentang produk yang mereka jual di status mereka. Tetapi tidak ramai yang mahu menggunakan khidmat blog sebagai tempat untuk mereka menanam nama atau kedai alam maya di dalam carian Google.

Bagaimana mahu kaitkan antara blog dan carian google?

Tanya diri sendiri juga berapa kali kita menggunakan google dalam sehari? Contohnya saya seorang surirumah suka sangat untuk menggunakan google sebagai tempat untuk carian resepi, tips penjagaan anak atau maklumat mengenai sesuatu produk atau benda. Sudah tentulah Google akan menyenaraikan senarai laman atau blog yang bersesuaian dengan tajuk yang anda cari.

Berbeza pula dengan HANYA menggunakan facebook sebagai medium jualan, dalam sehari hanya kawan-kawan dan kenalan kepada kawan kita sahaja yang dapat menyaksikan iklan barangan kita. Itupun jika mereka suka untuk melihat setiap hari perkara yang sama. Silap hari bulan, ada kawan yang tak suka akan membuang nama kita di dalam senarai rakan mereka atau paling teruk ramai nama yang kena disenarai hitam atau dihalang (blocked) oleh pihak facebook kerana ada pihak yang membuat laporan anda mengganggu ketenangan (privacy) mereka. Sedangkan dengan blog, carian lebih meluas dan tidak tertakluk kepada kawan-kawan yang kita kenal sahaja.


Imej : Salah seorang pelajar kelas asas blog & fanpage (bisnes) telah memberitahu bahawa jualan produknya mendapat sambutan melalui blog & fanpage yang telah dibuatnya dalam beberapa bulan yang lepas.

Saya juga suka menggunakan blog sebagai tempat untuk mengiklankan produk / servis / perniagaan.


Imej : Beberapa hari yang lepas saya mengiklankan produk yang saya beli iaitu Spaghetti Shack. Alhamdulillah selang beberapa hari tuan punya produk menghantar Whats App mengatakan produknya telah naik di dalam carian Google.


Imej : Saya telah menaip kata carian "Spaghetti Shack" di Google dan ternyata alamat fanpage dan entri yang saya iklankan telah tersenarai di dalam muka surat pertama carian Google. Boleh baca entri itu di sini :
Ikea Sale Datang Lagi.

Jadi kalian semua boleh faham perkaitan antara blog dan Google bukan? Mudah sahaja untuk menawan hati pelanggan jika kita menggunakan saluran yang betul dalam berniaga. Jangan berlengah lagi, sila daftarkan diri di dalam kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) bersama saya. Boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Keterangan yuran kelas boleh dibaca di sini :

Yuran Kelas Online

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget