Friday, March 21, 2014

Bagaimana Mahu Menjadi Surirumah Yang Mempunyai Pendapatan?

Imej : Carian Google
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Saya mahu kongsikan email yang saya terima semalam yang berbunyi begini :

Cikpuan. 

Didoakan cikpuan sihat sejahtera. 

Saya menembusi ruang Google lalu saya berjumpa dengan laman blog cikpuan yang bekerja dari rumah. Maka, saya ambil alamat emel cikpuan untuk saya hubungi. 

Serba sedikit tentang saya, Pn XXX . Berumur 28 tahun, sudah bernikah dan ada seorang anak kecil berusia 2 tahun 1 bulan. Saya sudah berhenti kerja pada tahun 2010. Kenapa? Kerana saya bernikah dengan suami yang oada masa itu masih melanjutkan pelajaran di Australia. Selama 3 tahun di sana, saya hanya menjadi penulis artikel pada masa senggang, tidak dapat bayaran yang tinggi. 

Sekarang sudah hampir 9 bulan saya pulang ke Malaysia, saya masih belum ada pekerjaan dan saya amat tertekan dengan hutang PTPTN yang belum terlunaskan. 

Buat masa ini, saya menjadi ejen Dropship beberapa kumpulan perniagaan Muslimah tetapi tidak dapat mencapai sasaran keuntungan. Sudah 2 bulan saya ikuti kumpulan dropship, saya hanya dapat kumpul pendapatan sebanyak RM100. 

Saya graduan dalam bidang bahasa. Dahulu bekerja sebagai editor dan penulis sebuah syarikat penerbitan swasta. Menulis secara freelance dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (selama berada di Australia). Saya amat cintakan bidang penulisan tetapi cinta saya kepada suami dan anak membatasi segala-galanya. 

Saya berdoa mahu menjadi ibu dan isteri yang sentiasa ada di rumah, sentiasa ada apabila diperlukan. Dalam pada masa yang sama, saya tertekan tidak bekerja dan tidak dapat bayar hutang PTPTN. 

Saya mohon jasa baik cikpuan untuk membantu, memberi penerangan kepada saya, bagaimana saya boleh ikut serta cikpuan dan kumpulan bekerja dari rumah? 

Semoga urusan cikpuan dipermudahkan Allah SWT. 

Sekian, 

Terima Kasih. 

Jawapan saya :

Waalaikumussalam puan,

Alhamdulillah, ada juga yang berminat untuk bekerja di rumah dan sentiasa mahu berada bersama anak-anak. Sedikit penjelasan dari saya mengenai apa yang saya lakukan sekarang ini. Sebenarnya saya merupakan seorang blogger dan peniaga online sejak tahun 2009 lagi. Dulu saya suka mengabadikan kisah kehidupan saya di dalam blog dan dalam masa yang sama saya juga suka berniaga secara dalam talian. Tahun 2012 saya melepaskan jawatan saya dan menumpukan sepenuh perhatian saya kepada keluarga. Namun begitu saya masih lagi menjalankan perniagaan online saya tetapi dihadkan hanya pada hari cuti sahaja.

Tahun lepas saya menyertai Akademi Bekerja Di rumah dengan menjadi guru online bagi mengajar mereka yang memerlukan khidmat saya untuk belajar berniaga melalui blog & fanpage. Alhamdulillah, terus terang saya cakap saya sudah mula mempunyai pendapatan yang tetap antara sekitar RM1,000 ke RM3000 sebulan (atau lebih bergantung kepada usaha). Untuk mendapat pendapatan yang tetap melalui hanya bekerja dari rumah bukanlah suatu perkara yang mudah juga, tetapi jika kita tahu caranya Insya Allah senang sahaja. Puan boleh baca entri saya yang ini : http://zailamohamad.blogspot.com/2014/03/tips-buat-surirumah-bekerja-pelbagaikan.html

Apa yang puan boleh lakukan sekarang adalah dengan mendaftar kelas belajar blog & fanpage bersama saya sekarang. Yuran bermula dari RM150-RM300. Saya cadangkan agar puan mengambil pakej RM200 di mana secara automatik puan dapat menjadi Rakan Niaga kami dan boleh mempromosikan produk Akademi Bekerja Di Rumah bersama saya. Caranya cukup senang sahaja, bina sebuah blog & fanpage dan setiap hari boleh promosikan produk kami iaitu pakej kelas online, ebook dan juga ruangan pengiklanan. Tidak perlu keluar rumah pun cuma hanya perlu luangkan sedikit masa untuk berada di hadapan komputer melakukan kerja-kerja pemasaran secara dalam talian. Insya Allah kita sama-sama usahakan untuk mendapat pendapatan sebanyak RM100 sehari. Sudah ada di kalangan ahli alumni ABDR yang berjaya melakukannya juga. 

Saya doakan semoga puan jelas dengan penerangan saya. Jika ada apa-apa kemusykilan boleh email atau terus hubungi saya di facebook/Zaila Mohamad. Insya Allah saya akan cuba membantu sedaya upaya saya.

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...