Tuesday, February 16, 2016

Usaha Biar Konsisten

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Assalamualaikum,

Lamanya tidak menulis di sini ;) Maaf sangat-sangat di atas kekangan masa dan idea. Bukan senang untuk kekal konsisten menulis dan berkongsi idea tapi saya cuba sedaya mungkin. Alhamdulillah, hari ini sudah masuk bulan kedua tahun 2016. Memang pantas sungguh masa berlalu, kandungan saya pun sudah menginjak ke minggu 39 di mana bila-bila masa sahaja boleh melahirkan bakal cahaya mata yang ke enam. Doakan semoga saya dipermudahkan segala urusan ya.

Hari ini juga saya berjaya "mengeluarkan" simpanan pasif saya hasil daripada berblog iaitu melalui akaun Nuffnang. Insya Allah dalam masa sebulan lagi cek bernilai lebih dari seratus ringgit bakal sampai depan rumah. Nilai itu sebenarnya sedikit jika dibandingkan dengan tempoh menunggu yang makan tahun tapi tidak mengapa kerana bagi saya itu adalah ssalah satu sumber pendapatan pasif yang saya mampu lakukan hanya dari rumah sahaja. Beberapa minggu yang lepas, bekas pelajar kelas asas blog & fanpage saya ada menghubungi saya dan menyatakan bahawa akaun Nuffnang yang mereka "semai" juga telah boleh membuahkan hasil. Saya tumpang gembira kerana walaupun blog mereka hanya suam-suam kuku (sekejap menulis sekejap menyepi) tapi masih boleh memberikan hasil pendapatan pasif buat mereka. Nilai itu adalah subjektif tetapi apa yang penting adalah satu usaha yang berkekalan atau konsisten.

Dapatkan ebook sulung saya iaitu "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES" di mana saya berkongsikan pengalaman bagaimana saya mendapatkan pendapatan pasif melalui menulis blog dan membuat pengiklanan di blog. Harga RM25 sahaja. Jangan tak tahu, ebook juga merupakan salah satu pendapatan pasif yang boleh mendatangkan duit kepada kita. Penat menulis sekali tetapi hasilnya berterusan selagi kita juga membuat promosi atau menjualnya.

Ramai surirumah yang menghubungi saya dan bertanyakan tentang cara untuk menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja. Terus terang saya katakan, ianya bukan susah tapi boleh menjadi susah jika diri kita sendiri yang tidak mahu berubah atau memulakan tindakan. Ramai yang selalu kecundang kerana mahukan keputusan atau hasil yang segera. Aoabila menjual, baru beberapa kali membuat promosi sudah mula rasa tertekan apabila tiada sesiapa yang datang membeli. Percayalah, kota Rome tidak dapat dibina dalam masa satu malam sahaja, begitu juga dengan apa yang kita kerjakan, jangan ingat dalam masa sehari atau seminggu atau sebulan sudah menampakkan hasilnya.

Jadi bagaimana harus bermula? Jika ditanyakan soalan pada saya, maka jawapannya bermulalah dengan ilmu. Banyakkan mencari bahan bacaan dan bergaul dengan mereka yang sudah berjaya membuktikan bahawa surirumah juga mampu menjana pendapatan sendiri. Bersempena dengan promosi bulan Februari boleh dapatkan 3 gabungan mantap ebook tulisan puan Masayu Ahmad pada harga RM50 sahaja.

Manakala bagi mereka yang mahu menyertai kelas asas blog & fanpage (mula bisnes borong) boleh mendaftarkan diri melalui saya :

Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Kelas offline selama 4 jam di Shah Alam (lokasi terpilih) di mana saya akan berkongsikan bagaimana cara untuk menjana pendapatan melalui blog & fanpage serta bagaimana untuk memulakan bisnes borong sendiri. Insya Allah.

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget