Monday, December 7, 2015

Tugas Personal Shopper Jawatan Baru Bagi Surirumah


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Kebelakangan ini semakin ramai pula surirumah yang menjadi "orang tengah" atau dikenali dengan gelaran personal shopper kepada golongan yang tertentu. Seingat saya, pengalaman saya menggunakan khidmat personal shopper adalah pada tahun 2009 di mana saya membeli dompet jenama "Tommy Hilfiger" sebagai hadiah buat en suami. Saya mengenali seorang personal shopper (PS) iaitu rakyat Malaysia yang menetap di Las Vegas melalui blog beliau dan sudah tentulah saya tertarik dengan banyak barangan yang dibeli di sana ditawarkan pada harga jauh lebih murah dari butik Malaysia! Waktu itu kami hanya berhubung melalui e-mel sahaja dan alhamdulillah walaupun jarak beribu batu tapi saya percayakan akan perkhidmatan yang ditawarkan lantaran membaca blog kawan-kawna yang sudah ramai mendapatkan khidmat beliau.

Zaman sekarang lagilah mudah untuk berhubung kan? Dunia hanya di hujung jari sahaja; Whats App, Telegram, WeChat dan pelbagai aplikasi lain yang sangat memudahkan kita untuk berhubung antara penjual dan pembeli. Persoalannya, bagaimana mahu menjadi seorang personal shopper?

Dunia sekarang ramai yang terlalu sibuk dan kalau bukan sibuk pun "malas" untuk keluar. Bukan apa, bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil atau keadaan lain yang tak mengizinkan sudah tentulah agak sukar untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Di sinilah berfungsinya tugas seorang PS dimana dapat menyelesaikan masalah orang. Tak semestinya menjadi seorang PS harus menjual barangan berjenama sahaja tetapi sebenarnya ada banyak lagi pekerjaan lain seperti menjadi PS untuk produk Ikea, memberikan servis membeli barang bagi ibu-ibu dalam pantang, membeli barangan di jualan gudang dan sebagainya.

Namun begitu harus diingat bahawa tugas sebagai seorang PS ini tidaklah semudah yang disangka. Seseorang harus mempunyai tahap kesabaran dan semangat yang gigih dalam melayan karenah pelanggan. Sebagai contoh menghadapi karenah pelanggan yang cerewet mungkin akan menyebabkan diri kita mudah hilang sabar juga! Seeloknya setiap urusan jual beli harus disertakan dengan terma & syarat sekali supaya tidak membebankan diri kita sebagai PS. Iyalah, upah tidak seberapa tapi dimarahi pula sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, kan naya namanya tu. Jadi, sebelum memutuskan untuk menjadi seorang PS cuba dulu buat kajian dan tawarkan khidmat kepada mereka yang terdekat dahulu seperti saudara-mara atau kenalan rapat sahaja.

Insya Allah, nanti saya kongsikan lagi tips untuk menjadi personal shopper. Gambar di atas adalah salah satu mesej yang dihantar oleh pembaca blog saya untuk membelikan langsir di Ikea. Tapi maaflah, buat masa sekarang saya masih belum bersedia lagi untuk menjadi PS barangan Ikea. Bukan kerana saya tak suka menolong orang tapi keadaan fizikal saya yang tidak sesuai untuk bersusah-susah ke Ikea :) Insya Allah mana tahu selepas melahirkan anak ke 6 saya boleh jadi PS Ikea pada kawan-kawan. Lagipun saya memang suka masuk Ikea dapatkan sumber inspirasi :)

Oklah, hingga bertemu lagi. Assalamualaikum. Jika berminat untuk mendaftarkan diri ke kelas asas blog & fanpage secara online boleh hubungi saya melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Assalamualaikum.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget