Friday, December 4, 2015

3 Sifat Yang Surirumah Wajib Ubah Untuk 2016


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Carian internet

Assalamualaikum,

Sudah tinggal berbaki tak sampai sebulan lagi 2015 bakal melabuhkan tirai. Sekejap aje masa berlalu kan? Apakah kita masih berpegang kepada azam tahun 2015? Masih konsisten atau sudah tergelincir dari trek? Walau apa pun yang telah berlaku, masa tidak akan kembali lagi. Tahniah bagi mereka yang konsisten dalam melaksanakan azam tahun 2015. Bagi saya, apabila melewati penghujung tahun ni banyak tersasar kerana kesilapan diri sendiri yang kurang fokus dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Namun begitu, saya masih bersyukur walaupun tidak dapat mencapai atau melunaskan beberapa impian 2015 tapi saya masih lagi berjaya menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja. Berkat konsisten menulis blog, banyak membantu perniagaan kecil-kecilan saya dikenali.

Tahun 2016 kedengarannya begitu mencabar ekoran kenaikan harga barang. Entah apa lah yang naik tu tapi rasanya semua naik kan? Bagi surirumah, waktu sebegini elok sangatlah kita gunakan untuk memajukan diri dan membantu suami dalam menambah pendapatan keluarga. Sebenarnya ada banyak pekerjaan yang kita boleh buat untuk mencari sumber pendapatan kedua tapi harus dilengkapi dengan 3 sifat yang saya nyatakan di bawah baru lah apa yang kita usahakan akan menjadi. Saya kongsikan ya ;

1) JANGAN MALAS 

Saya selalu ingatkan kepada diri saya bahawa orang yang rajin selalu akan menang dalam apa jua keadaan. Sebenarnya untuk berniaga secara online mahupun offline, kita hanya perlukan sedikit ilmu dulu sebagai permulaan dan seterusnya adalah sifat malas atau rajin yang akan menentukan usaha kita. Apabila sudah ada ilmu untuk bermula, jika anda malas untuk berusaha sudah tentulah hasilnya lambat akan terima. Jadi, apa kata untuk tahun 2016 kita sebagai surirumah campak segala selimut "kemalasan" yang menyeliputi diri dan berusaha lebih sedikit untuk berjaya.

2) DISIPLIN MENABUNG

Saya ada terbaca di dalam buku Zero Hutang tulisan saudara Mohd Zulkifli Shafie menyatakan antara kelemahan diri dalam melunaskan hutang kerana tidak disiplin di dalam menabung. Pantang ada duit, mahu beli macam-macam. Penulis menyarankan supaya menabung di satu tempat yang paling sukar untuk mengeluarkan wang simpanan tersebut seperti di dalam akaun Tabung Haji atau dalam bentuk simpanan emas. Apa kata tahun 2016, kita berazam supaya dapat menabung dengan konsisten dan lupakan baki yang ada supaya kita sekurang-kurangnya mempunyai tabung simpanan kecemasan dan boleh diguna sekiranya terdesak.

3) JANGAN SUKA CIPTA ALASAN

Sebenarnya sifat ini akan berkait dengan sifat yang dinyatakan pada no. 1 iaitu jangan malas. Apabila malas, kita akan mencipta pelbagai alasan. Antara alasan-alasan lapuk yang selalu digunakan oleh surirumah adalah tiada modal, anak-anak tak bagi kerjasama, suami tak bagi, tak reti urus masa, malu dan sebagainya. Bagi setiap alasan yang diberi sebenarnya pasti akan ada jalan penyelesaiannya cuma nak kena tekadkan semangat dan rempuh sahaja halangan yang ada. Saya juga tak sangka yang sepanjang hampir 3 tahun berada di rumah dan bekerja dari rumah, pelbagai cabaran dan dugaan telah saya tempuhi. Insya Allah, semoga tahun 2016 menjanjikan tahun di mana saya juga harus buang sikap suka bertangguh dan memberikan alasan.

Surirumah mana yang tidak mahu pendapatan sampingan secara tetap setiap bulan kan? Tak dapat 4 angka dapat 3 angka pun sudah syukur bukan? Tapi, jangan lah hanya sekadar menanam impian. Zaman sekarang ada macam-macam cara dan pekerjaan yang boleh dilakukan hanya dari rumah sahaja. Antaranya adalah menjadi ejen dropship, menjual produk digital dan macam-macam lagi. Bagusnya semua ini ada dilatih di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) melalui kelas-kelas yang ditawarkan sepanjang tahun. Kelas juga fleksibel iaitu secara online dan boleh belajar sehingga pandai. Gabungan surirumah-surirumah profesional di dalam jaringan besar ABDR sangat membantu di mana kita boleh belajar daripada mereka yang telah berjaya.

Mahu sertai ABDR? Boleh mendaftar kelas melalui online ataupun offline bersama saya. Hubungi saya melalui :

Emel : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad.

Ayuh, jom sama-sama kita ubah diri dan kewangan keluarga pada tahun 2016 ini. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...