Thursday, January 22, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

CEPATNYA MASA BERLALU 
Sedar tak sedar sudah lebih setahun saya mendaftarkan diri dalam kelas ini. Saya mulai mendaftar dengan kelas Puan Zailapada November 2013. Saya masih ingat lagi yang pada waktu itu, saya berazam untuk maju setapak lagi dalam perniagaan saya pada tahun hadapannya (2014). Maka, antara pendekatan yang saya ambil ialah untuk aktif mempromosikannya menerusi blog. Saya pada waktu itu telahpun berniaga busana Muslimah secara dropship. Dengan modal yang terhad pada waktu itu, saya memikirkan pelan untuk merancakkan lagi perniagaan saya. Hari demi hari, bermula dengan langkah kecil, akhirnya saya berjaya mendaftarkan perniagaan saya dengan nama SAEEDA COLLECTIONS pada November 2014. Masih mengusahakannya secara atas talian 100%, namun kini dari selain dropship, saya juga mulai mampu membeli secara pukal berdasarkan permintaan dan menambah rakan niaga dan pembekal. Alhamdulillah. 

Salam perkenalan saya dengan Puan Zaila disambut mesra. Bermula dengan mengkhatamkan ebook dan seterusnya beberapa langkah penambahbaikan blog, maka lahirlah blog kesayangan saya ini. Semua bimbingan yang diberikan oleh Puan Zaila hanya melalui facebook dan wasap sahaja. Sungguh mudah. Pada asalnya, saya berhasrat menulis tema ekonomi Islam, namun disebabkan saya belum mampu memperisakan tema ekonomi Islam dalam versi santai yang mampu menarik pembaca, makanya saya telah mempelbagaikan tema blog saya termasuk diari diri, busana muslimah dan el hakeem bros. 

Puan Zaila sering mengingatkan saya supaya rajin mengemaskini blog. Ini sememangnya sangat perlu bagi individu yang culas seperti saya. Tanpa bimbingan mentor dan perkongsian rakan-rakan seperjuangan, mengekalkan momentum adalah sesuatu yang sangat mencabar. Inilah kelebihan yang sangat besar dalam akademi bekerja dari rumah ini. 

INSENTIF 
Dalam perniagaan, keuntungan material adalah insentif signifikan yang sangat-sangat mempengaruhi percaturan seseorang peniaga. Dalam masa yang sama, insentif lain seperti bertambahnya networking, kepuasan pengguna, peningkatan ilmu dan pengalaman dan lain-lain juga mampu mendorong usaha yang lebih keras dalam perniagaan. Alhamdulillah, berkat izin Allah, bimbingan guru online saya, Puan Zaila dan usaha keras (yang belum cukup keras sebenarnya), saya sudahpun berjaya balik modal RM180 yuran pendaftaran kelas online dalam bulan pertama (Nov 2013) juga. Berbaloi bukan? 

Dan dalam bulan-bulan yang seterusnya, adat berniaga ada masa untung bersih saya meningkat dan ada masa statik. Dalam banyak keadaan, keuntungan dalam perniagaan atas talian sangat bergantung kepada promosi dan promosi yang berkesan adalah promosi yang telus. Bagi saya, promosi seperti ini sangat praktikal dilakukan menerusi blog. Dan, itulah yang diajar dalam kelas ini - menulis dengan ikhlas tentang kita dan apa yang kita jual. Teorinya, semakin kerap kita mengemaskini blog, semakin dekat diri kita dengan pelanggan dan semakin senang sekali pelanggan berurusniaga dengan kita. 

KENAPA TIDAK? 
Tahun baru 2105 bakal menjelma. Mungkin ada di kalangan kita yang telah pun mulai berniaga atas talian ataupun offline. Saya percaya setiap dari peniaga mahukan kelangsungan yang lebih baik dalam perniagaan mereka. 

Dari belum mempunyai apa-apa untuk dijual, kepada memperoleh variasi pilihan produk untuk diniagakan.
Dari tiada networking, mahukan networking yang luas.
Dari terkapai-kapai tanpa mentor, berhasrat mencari bimbingan mentor.
Dari promosi yang terhad, kepada promosi yang lebih luas capaiannya menerusi ABDR (akademi bekerja dari rumah) 
Dari keuntungan yang sedikit, kepada keuntungan yang lebih besar sesuai usaha dan kerja keras serta tawakkal kepada Allah. 

Percayalah, dengan tindakan yang tepat dan bijak, setiap dari kita mampu untuk pergi lebih jauh dalam apa-apa yang kita usahakan. Saya sangat mencadangkan CikPuan yang berazam memajukan diri dan perniagaan, daftarlah segera dalam akademi ini. Apatah lagi, semuanya boleh dimulakan di atas talian. Tiada lagi alasan, yang ada hanya kemahuan dan usaha. 

Siapa tahu, peluang anda untuk berjaya tinggal beberapa langkah lagi. Mengoraklah! 

Salam kejayaan :) 


Bagaimana Mahu Mula Bisnes Online
Saya Puan Aina, pesara kerajaan. Bagaimana puan boleh bantu saya untuk bisnes online. Saya adalah kosong dan tidak tahu berkaitan urus niaga online?
Masalah puan Aina ini, ada beberapa sebab di bawah:
Tak pandai guna email.
Tak pandai buat email.
Tak pandai transaksi online.
Tak pandai nak cari produk.
Tak pandai cari pelanggan.
Tak tahu nak pilih produk.
Tak tahu nak jejak pembekal/pemborong.
Itu sebab namanya Kelas Asas Blog dan Fanpage, Mula Bisnes.
Kelas asas ini sesuai dengan masalah di atas. Untuk yang sudah otai, boleh pilih kelas lain yang lebih baik dari kelas asas yang kami ABDR tawarkan.
Kami buka atas soalan dan pertanyaan sekalian suri.
Jadi bagi kalian yang mempunyai senarai di atas, pilih kelas asas bisnes online, kemudian pilih pakej yuran.
Sudah faham, kemudian pilih guru. Mahu masuk guru mana, kita sangat terbuka. Kerana guru kelas bisnes ini, insya-Allah sudah biasa dengan urusniaga produk digital mahupun produk fizikal.
Apa pula produk digital?
Apa pula produk fizikal?
Ini semua kita ada terangkan di dalam kelas dan dalam ebook rujukan. Selepas daftar boleh faham dan hadam 4 ebook rujukan.
Bagi mereka yang sudah sedia mahu mula, boleh hubungi saya. Memang ramai yang sertai kami dari zero basic. Langsung tidak tahu bagaimana hendak mula. Mereka usaha, belajar buat hingga selesai. Alhamdulillah, sudah ramai yang pandai berbisnes online melalui blog dan fb.
hubungi saya di sini ya :

Email : zailamohamad@gmail.com / zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Assalamualaikum.

Wednesday, January 21, 2015

Mudahnya Jika Bersedia


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, minggu ini sudah masuk minggu kedua persekolahan. Dua daripada lima orang anak saya telah melangkah ke alam persekolahan tahun ini. Yang sulung si teruna sudah melangkah ke darjah tiga manakala adiknya si dara memasuki alam persekolahan darjah satu serba baru tahun ini. Pada mulanya saya sangat risau akan anak dara saya yang tidak pernah bersekolah lagi memandangkan tahun lepas saya hanya mengajar dia di rumah sahaja. Sebenarnya ada banyak keburukan (yang datang dari saya) apabila membiarkan Husna bersekolah (homeschooling) di rumah iaitu saya banyak mengabaikan dia. Saya kurang sabar untuk mengajarnya dan saya banyak membiarkan Husna leka dengan siri kartun dan kadang-kadang Husna selalu bangun lambat.

Tahun ini saya berjanji kepada diri untuk mengubah jadual waktu bekerja saya dan mahu lebih berikan tumpuan kepada anak-anak. Saya mahu anak-anak saya pergi ke sekolah dengan perasaan sentiasa bersemangat dan gembira apabila pulang ke rumah. Jadi, saya mula membuat perancangan seperti mengubah bilik tidur mereka supaya menjadi mesra untuk membuat ulangkaji, mengubah jaduah tidur dan sudah tentulah meluangkan masa dengan lebih untuk bersama mereka. Hampir seminggu juga saya dan suami melatih mereka supaya tidur awal dan bangun awal. Semasa ke Ikea, saya hadiahkan mereka jam loceng supaya mereka dapat bangun awal pagi untuk bersiap-siap ke sekolah.

Alhamdulillah, ternyata Haziq dan Husna masih mengekalkan momentum bangun awal pagi. Seawal jam 6 pagi mereka sudah bangun mandi dan kami solat subuh berjemaah bersama-sama. Kemudian, saya akan turun ke dapur menyediakan sarapan ringkas seperti roti sosej ataupun goreng nugget sahaja. Husna tiada sebarang masalah untuk bangun pagi cuma dia masih memerlukan bantuan saya untuk bersiap dan memakaikan telekung sekolahnya. Haziq pula kadang-kadang baik kadang-kadang meragam sekiranya tidak cukup tidur. Sebab itu, saya akan pastikan mereka tidur semasa pukul 10 malam kerana sekiranya terlebih dari waktu itu, Haziq akan liat untuk bangun tidur.

Beginilah perangai anak-anak saya. Mereka perlukan bantuan dan sokongan daripada saya untuk terus kekal bersemangat. Setiap malam saya akan meluangkan sedikit masa untuk membantu Husna menyusun buku dan mengulangkaji pelajaran. Mudah bukan jika bersedia?

Sama juga seperti kita mahu berhenti kerja dan berada di rumah bersama anak-anak. Segalanya memerlukan persiapan dan persediaan dari awal lagi. Bagaimana dan apa yang kita akan buat sekiranya kita sudah tidak punya pendapatan tetap dari pekerjaan kita lagi. Rancang dari awal sekurang-kurangnya setahun atau lebih untuk latih tubi mendapatkan pendapatan sampingan seperti berniaga atau menawarkan khidmat yang kita minat melalui dalam talian (online). Apabila sudah bersedia, kita boleh berhenti kerja dengan gembira kerana walaupun sudah tidak ada jawatan yang tetap tapi kita masih punya pendapatan yang masuk setiap hari.

Jika mahu berada di rumah, rancang dari sekarang ya bukan dua tiga bulan dari sekarang. Sehingga bertemu lagi dan salam kasih sayang dari saya buat semua. Saya boleh dihubungi melalui :

Email :zailamohamad@yahoo.com / zailamohamad@gmail.com
Sms / Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Assalamualaikum.



Thursday, January 8, 2015

Raikan Wanita : Jom Contohi Semangat Dato Vida


Teks : Zaila Mohamad
Imej : www.kosmo.com.my

Assalamualaikum,

Malam tadi berkesempatan untuk menonton satu siri Raikan Wanita di Astro Maya. Siri kali ini menampilkan pengasas produk Pamoga iaitu Dato' Hajah Vida atau nama asalnya Hasmiza Othman (saya baru aje google mengenai beliau). Sejujurnya, beliau bukanlah idola saya di dalam perniagaan tapi ada beberapa perkara yang membuatkan hati saya tertarik dengan semangat dan kecekalan beliau di dalam perniagaan. Kalau dulu saya pernah memanggilnya "pameran barang kemas bergerak" kerana hobi Dato' Vida yang suka memakai perhiasan yang bagi saya adalah sedikit keterlaluan. Tapi dalam masa yang sama, saya akui saya juga berbangga kerana beliau merupakan anak jati Kelantan yang berjaya dalam perniagaan dan di sini saya kongsikan beberapa rahsia Dato' Vida untuk berjaya. Semua ini diceritakan sendiri oleh beliau dalam siri Raikan Wanita di Astro Maya malam tadi.

Antara ciri-ciri orang yang berjaya seperti Dato' Vida adalah :

- Suka bekerja. Beliau memberitahu yang beliau mula bekerja sejak darjah 4 sehingga sekarang berumur 40 tahun dan beliau akan jatuh sakit sekiranya tidak buat apa-apa. Sifat ini saya akui memang ada di dalam diri orang Kelantan di mana mak ayah saya sendiri pun walau sudah menghampiri usia "emas" tapi masih ligat bekerja. Ada sahaja yang ingin mereka buat dan lakukan. Mak saya jika tidak bekerja sakit urat dan demam akan melanda;)

- Perlukan ilmu dan keberanian untuk berjaya : Dato' Vida memberitahu bahawa dulu sewaktu beliau menjadi guru di Perak, beliau melihat salah seorang temannya mengikuti kursus saloon dan membuka kedai gunting rambut walaupun hanya baru belajar dan tiba-tiba beliau terfikir yang beliau juga boleh lakukan perkara yang sama. Dengan kerjasama dari kakak beliau, mereka mengusahakan saloon kecantikan di mana Dato' Vida akan memberikan ilmu kepada kakaknya hanya melalui telefon memandangkan jarak mereka iaitu Dato' di Perak dan kakaknya di Kelantan.

- Harus bekerja kuat : Dato' Vida seorang yang kuat bekerja. Orang lain bekerja 24 jam tetapi beliau bekerja 36 jam sehari sekiranya ada perkara yang perlu dilakukan atau diselesaikan maka beliau memang tidak akan tidur atau berehat selagi belum siap kerjanya. Selain utu, beliau juga banyak menghabiskan masa di atas jalan dengan mengembara dan hanya tidur beberapa jam sahaja. Apa yang beliau lakukan memang sudah berbalas di mana sekarang sudah pasti beliau berbangga dengan apa yang beliau dapat.

- Perlu sentiasa lebih dari orang lain : Kata Dato' Vida, jika kawan-kawannya berjalan kaki beliau sudah menggunakan basikal, jika mereka berbasikal Dato' akan menaiki motor dan ketika zaman belajar ketika orang lain tinggal di kolej Datp' sudah tinggal di kondominium. Dari sini kita sudah jelas akan perangai Dato' yang memang tidak suka untuk menjadi orang-orang biasa tetapis entiasa mencari jalan untuk menjadi orang yang luar biasa iaitu lebih dari orang lain.

- Perlu kuat semangat dan degil untuk berjaya : Saya masih ingat lagi beberapa tahun yang lepas di mana negara dikejutkan dengan berita kematian 2 cahayamata beliau dalam satu kebakaran. Ya Allah, masa itu tak dapat saya bayangkan bagaimana beliau menghadapi hari-hari mendatang kerana kehilangan insan tersayang 2 orang sekaligus. Saya ikuti juga perkembangan beliau, agaknya makan masa yang panjang juga tidak nampak wajah Dato' Vida di televisyen hinggalah beberapa bulan yang lepas di mana Dato' Vida kembali aktif dengan produk terbarunya yang banyak menaja artis-artis Malaysia. Sebagaimana kata Dato' Vida yang sudah habis menangis hingga tidak keluar air mata dah, maka masa untuk muhasabah dan meneruskan perjuangan hidup dan bangkit semula.

- Suka menjadi unik : Patutlah setiapkali melihat beliau di kaca mata TV saya tertanya-tanya akan fesyen apa kah yang beliau mahu tampilkan. Rupa-rupanya memang sifat Dato' Vida yang sukakan kelainan dan beliau seorang penggemar kaftan. Patutlah kalau keluar TV atau majalah sudah pasti gaya kaftan batik dan barang kemas bling bling pilihan beliau. Yang itu saya tidak boleh nak komen apa lah sebabnya dah itu yang menjadi kegemaran Dato' Vida ;P Sama juga dalam perniagaan, kita seharusnya sentiasa tampil unik dan lain dari kebiasaan untuk menarik lebih peminat atau pengikut. Setuju tak?

- Suka bersedekah dan pemurah : Saya cukup terkejut apabila mendengar pengakuan pekerja-pekerja Dato' Vida yang menceritakan tentang sifat Dato' yang suka menderma dan beliau sendiri mempunyai impian untuk mempunyai kediaman yang dekat dengan pekerja-pekerja beliau. Jadinya, sekarang ini hampir satu perumahan sudah didiami oleh pekerja-pekerja Dato' Vida. Alhamdulillah, ini yang bagusnya kan? Walau kaya tapi masih tidak melupakan jasa mereka yang banyak menyumbangkan keringat untuk menaikkan nama Dato' Vida

- Bermula dari bawah : Sebelum mengeluarkan produk sendiri Dato' Vida banyak menjual produk orang lain dan setelah berjaya mengeluarkan produk sendiri, beliau tidak pernah berpuas hati dengan pencapaiannya dan senantiasa melakukan kajian R&D untuk menjaga nama produk beliau. Selain itu, beliau sendiri yang akan turun padang sekiranya mendapat tahu ada produk tiruan yang ada di pasaran. Pendek kata, bukan senang untuk menbangunkan sebuah jenama sendiri di mana mereka akan berdepan dengan persaingan dan juga produk tiruan.

Saya rasa sepanjang 30 minit rancangan Raikan Wanita ini memang sedikit ebanyak merubah pandangan saya terhadap Dato' Vida. Walau ada sesetengah perkara yang saya tak suka mengenai beliau tapi saya akui sebenarnya yang disebutkan oleh Dato' Vida merupakan ciri-ciri wajib untuk berjaya. Cuba bandingkan dengan diri kita, apakah kita selalu merungut berniaga tapi tidak kaya-kaya. Apakah kita melalui apa yang beliau lalui sepanjang hidupnya? Apakah yang kita sumbangkan kepada masyarakat kita sendiri? Sudahkah cukup?

Sebenarnya kata-kata itu lebih ditujukan kepada diri saya sendiri. Namun begitu, saya bersyukur juga kerana zaman sekarang ini sebenarnya cukup mudah untuk berniaga. Tak perlu tinggalkan anak-anak dan tak perlu keluar rumah, antara nak dengan tak nak sahaja kan? Jika kita usaha lebih sudah tentu lah hasilnya akan lebih berbanding semalam. Jom curi sedikit semangat Dato' Vida dan jadikan beliau salah seorang ikon perniagaan yang kita patut contohi (ambil yang baik-baik sahaja lah kan).

Sehingga berjumpa lagi. Bagi surirumah yang ingin menambah pendapatan dengan berniaga tapi masih kekurangan modal. Boleh hubungi saya untuk belajar asas blog & fanpage dan berniaga secara online. Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Whats App / Telegram : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Assalamualaikum.


Wednesday, January 7, 2015

Kenapa Kita Perlukan Bantuan Media Sosial Untuk Berniaga

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Sumber internet

Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lepas, saya telah menonton sebuah wayang di saluran Astro (maaf lupa siaran yang mana satu) bertajuk "The Chef" yang mengisahkan perjalanan seorang chef yang terkenal melalui laman Twitter dan Youtube. Kisahnya mengenai seorang chef yang berbakat iaitu Carl Casper yang telah mencetuskan kontroversi dengan bergaduh bersama pengkritik makanan di restoran tempat Carl bekerja. Tanpa disedari ada yang menghantar video rakaman pergaduhan tersebut ke laman sosial dan dalam masa semalaman nama Carl menjadi terkenal kerana pergaduhan tersebut. Carl mengambil keputusan untuk berhenti dan dalam masa yang sama bekas isterinya meminta tolong Carl supaya menjaga anak lelaki mereka semasa bekas isterinya bekerja di Miami.

Di sini, Carl mengimbas kembali kenangan bersama isterinya dan dengan tidak semena-mena idea untuk mengusahakan trak makanan (food truck) telah terbina. Dengan bantuan kawannya, Carl bersama anak lelakinya telah bersama-sama mengembara ke serata wilayah di Amerika dengan menghidangkan makanan homemade bercitarasa negara Cuba. Nak tahu kenapa trak makanan Carl menjadi terkenal? Ini kerana anaknya, Percy telah membina sebuah akaun Twitter kepada ayahnya dan memuat turun lokasi di mana mereka akan berada. Ramai pengguna laman sosial yang mengikuti perkembangan chef ini dan akan pergi ke tempat-tempat yang telah dimaklumkan oleh Percy.



Wayang ini diterbitkan pada tahun 2014 dan banyak menyelitkan unsur kasih sayang antara Carl & Percy. Di dalam cerita ini, pada mulanya Carl bersikap dingin terhadap Percy tetapi setelah mengetahui akan kelebihan Percy iaitu bijak menggunakan laman sosial, hubungan Carl bertambah rapat dan akhirnya Carl berkahwin semula dengan bekas isterinya iaitu ibu kepada Percy. Setiapkali akan singgah ke bandar-bandar utama, Percy akan Tweet melalui akaun @chefCarlCasper dan menggunakan hashtag (#) nama bandar dan mereka sangat-sangat terkejut dengan sambutan dari anak-anak muda yang begitu menggemari masakan Carl. Dalam masa 6 bulan Carl telah mendapat keuntungan dan akhirnya berjaya mendapatkan syer di dalam perniagaan restoran pula. Best kan kalau ini cerita yang benar! Tapi bab menggunakan laman sosial sebagai pelan pemasaran adalah satu tindakan yang sangat-sangat bijak.


Apa yang ingin saya maklumkan di sini bahawa kepentingan media sosial sebagai pemangkin atau penggerak perniagaan anda. Sekarang ini kita ada Facebook, Twitter dan akaun Instagram untuk mempromosikan produk. Malah, di Instagram juga kita boleh mengambil video yang berdurasi kurang dari seminit dan kebanyakan anak-anak muda adalah pengguna Instagram yang berpengaruh.

Oleh itu, jika anda mahu melangkah atau mengorak langkah dengan lebih jauh lagi, anda juga harus untuk menguasai laman sosial dan menggunakan sepenuhnya ke atas perniagaan anda. Mahu tahu lebih lanjut tentang kelas asas blog, fanpage & beriklan dengan Instagram? Boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Whats App sahaja : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Era komunikasi di hujung jari ini seharusnya kita yang mencari pelanggan dan bukannya pelanggan yang mencari kita. Ada banyak sangat cara yang boleh kita gunakan untuk mempromosikan perniagaan dan memviralkan iklan tersebut di laman sosial. Insya Allah saya akan kongsikan tips di entri yang lain pula, Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget