Wednesday, January 7, 2015

Kenapa Kita Perlukan Bantuan Media Sosial Untuk Berniaga

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Sumber internet

Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lepas, saya telah menonton sebuah wayang di saluran Astro (maaf lupa siaran yang mana satu) bertajuk "The Chef" yang mengisahkan perjalanan seorang chef yang terkenal melalui laman Twitter dan Youtube. Kisahnya mengenai seorang chef yang berbakat iaitu Carl Casper yang telah mencetuskan kontroversi dengan bergaduh bersama pengkritik makanan di restoran tempat Carl bekerja. Tanpa disedari ada yang menghantar video rakaman pergaduhan tersebut ke laman sosial dan dalam masa semalaman nama Carl menjadi terkenal kerana pergaduhan tersebut. Carl mengambil keputusan untuk berhenti dan dalam masa yang sama bekas isterinya meminta tolong Carl supaya menjaga anak lelaki mereka semasa bekas isterinya bekerja di Miami.

Di sini, Carl mengimbas kembali kenangan bersama isterinya dan dengan tidak semena-mena idea untuk mengusahakan trak makanan (food truck) telah terbina. Dengan bantuan kawannya, Carl bersama anak lelakinya telah bersama-sama mengembara ke serata wilayah di Amerika dengan menghidangkan makanan homemade bercitarasa negara Cuba. Nak tahu kenapa trak makanan Carl menjadi terkenal? Ini kerana anaknya, Percy telah membina sebuah akaun Twitter kepada ayahnya dan memuat turun lokasi di mana mereka akan berada. Ramai pengguna laman sosial yang mengikuti perkembangan chef ini dan akan pergi ke tempat-tempat yang telah dimaklumkan oleh Percy.



Wayang ini diterbitkan pada tahun 2014 dan banyak menyelitkan unsur kasih sayang antara Carl & Percy. Di dalam cerita ini, pada mulanya Carl bersikap dingin terhadap Percy tetapi setelah mengetahui akan kelebihan Percy iaitu bijak menggunakan laman sosial, hubungan Carl bertambah rapat dan akhirnya Carl berkahwin semula dengan bekas isterinya iaitu ibu kepada Percy. Setiapkali akan singgah ke bandar-bandar utama, Percy akan Tweet melalui akaun @chefCarlCasper dan menggunakan hashtag (#) nama bandar dan mereka sangat-sangat terkejut dengan sambutan dari anak-anak muda yang begitu menggemari masakan Carl. Dalam masa 6 bulan Carl telah mendapat keuntungan dan akhirnya berjaya mendapatkan syer di dalam perniagaan restoran pula. Best kan kalau ini cerita yang benar! Tapi bab menggunakan laman sosial sebagai pelan pemasaran adalah satu tindakan yang sangat-sangat bijak.


Apa yang ingin saya maklumkan di sini bahawa kepentingan media sosial sebagai pemangkin atau penggerak perniagaan anda. Sekarang ini kita ada Facebook, Twitter dan akaun Instagram untuk mempromosikan produk. Malah, di Instagram juga kita boleh mengambil video yang berdurasi kurang dari seminit dan kebanyakan anak-anak muda adalah pengguna Instagram yang berpengaruh.

Oleh itu, jika anda mahu melangkah atau mengorak langkah dengan lebih jauh lagi, anda juga harus untuk menguasai laman sosial dan menggunakan sepenuhnya ke atas perniagaan anda. Mahu tahu lebih lanjut tentang kelas asas blog, fanpage & beriklan dengan Instagram? Boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Whats App sahaja : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Era komunikasi di hujung jari ini seharusnya kita yang mencari pelanggan dan bukannya pelanggan yang mencari kita. Ada banyak sangat cara yang boleh kita gunakan untuk mempromosikan perniagaan dan memviralkan iklan tersebut di laman sosial. Insya Allah saya akan kongsikan tips di entri yang lain pula, Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...