Tuesday, March 1, 2016

Bagaimana Untuk Manfaatkan Cuti Dalam Pantang


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi Ebook Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Assalamualaikum,

Tinggal beberapa hari sahaja lagi akan menghampiri tarikh jangkaan anak yang ke 6 (doakan semoga dipermudahkan segala urusan bersalin). Dalam berdebar-debar menantikan kedatangan orang baru di dalam keluarga kecil kami, hati saya berasa gusar juga dengan aktiviti perniagaan kecil-kecilan membekalkan barangan parti harijadi. Sudah tentu pergerakan saya agak terbatas memandangkan masih berpantang. Tapi saya percaya rezeki anak sudah tentu akan datang bersamanya :) Jadi saya hanya akan teruskan sahaja apa yang telah saya lakukan selama lebih 3 tahun berada di rumah. Saya kongsikan di bawah ini buat ibu-ibu bekerja yang sedang merancang untuk berpantang. Bagaimana saya menjana pendapatan walaupun masih berada di dalam pantang.

1) Membuat Iklan Berbayar Melalui Blog

Ini adalah salah satu kerja yang boleh menjana pendapatan kerana ianya tidak memerlukan sebarang modal. Tugas kita adalah menulis atau menyiarkan iklan mengikut bayaran yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak. Iklan pula boleh berdasarkan review penulis (pengalaman menggunakan produk) atau hanya menyiarkan gambar atau ayat yang telah disediakan oleh pengiklan. Mudah bukan? Bayaran pula bergantung kepada jumlah trafik blog kita. Kalau masih suam-suam kuku boleh minta bayaran sebanyak RM10 ke RM30 untuk setiap iklan.

2) Membuat Servis Membina Blog & Fanpage

Bagi mereka yang sudah mempunyai pengalaman membina blog dan fanpage, sudah tentulah boleh menjana pendapatan melalui servis ini. Modal juga tidak diperlukan tetapi hanya perlukan kemahiran dan kerajinan untuk membuat promosi. Bayangkan tahun ini ramai yang akan memulakan langkah untuk berniaga online bagi mencari pendapatan kedua, jadi siapa kata cara ini tidak boleh menjana pendapatan ibu dalam pantang?

3) Memilih Bisnes Dropship

Ini juga merupakan salah satu "kerja" yang boleh dilakukan oleh ibu berpantang. Dalam sehari peruntukan satu masa untuk membuat promosi dan membuat iklan samaada melalui facebook, blog atau group Whats App dan Telegram. Apa yang bagusnya, kita boleh menikmati komisen melalui jualan yang dilakukan tanpa erlu keluar dari rumah. Segala urusan pembungkusan dan penghantaran akan dilakukan oleh pembekal barangan atau mereka yang menawarkan dropship kepada kita. Mudah bukan?

4) Menjual Produk Digital

Apa yang dikatakan produk digital? Inaya adalah ebook dan pakej-pakej kelas yang dilakukan secara online (dalam talian). Di luar negara, ebook sudah jadi "trending" dan rata-rata memilih untuk membaca ebook daripada membeli buku. Ini kerana ianya mudah dibawa ke mana-mana dan dibaca melalui telefon mudah alih yang kita sentiasa bawa bersama. Ia juga menjimatkan ruang penyimpanan di rumah. Bagi yang berminat boleh dapatkan pakej ebook Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang sentiasa tersedia.


Jom dapatkan ebook sulung saya iaitu "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES" pada harga RM25 sahaja :)

5) Memilih Bisnes Networking / MLM

Ramai yang keliru dengan bisnes networking. Sudah tentu pelbagai pendapat dan maklumat yang ada di luar sana tetapi sebenarnya bisnes ini jika dilakukan berlandaskan ilmu tidak ada salahnya. Sebelum memulakan satu bisnes, pastikan kita mencari ilmu dan melakukan carian dengan bertanya kepada yang pakar atau mereka yang sudah berpengalaman.

Selain itu, waktu dalam pantang boleh dimanfaatkan dengan menambah kenalan atau jaringan online. Ia juga waktu terbaik untuk menaikkan trafik blog & fanpage. Ini boleh dilakukan dengan sentiasa mengemaskini maklumat blog dan berkongsi ilmu secara ikhlas dan berterusan.

Saya harap semoga entri ini dapat memberikan idea buat ibu-ibu yang bakal berpantang seperti saya. Percayalah rezeki kita sudah tertulis bagi mereka yang rajin berusaha. Jangan jadikan waktu pantang sia-sia dengan melakukan perkara yang tidak dapat membawa kebaikan dan manfaat buat diri dan keluarga kita. Oh ya! Bagi mereka yang mehu mengikuti kelas asas blog & fanpage secara online juga boleh mendaftar melalui saya dan pilih mana-mana kelas yang sesuai. Waktu pembelajaran adalah fleksibel dan yang penting kalian dapat belajar dan mempraktikkan ilmu semasa di dalam pantang dan dapat teruskan sehingga pantang selesai.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Saya boleh dihubungi melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com / zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

1 comment:

  1. salam admin. saja nak share. sebenarnya tahun 2016 ni ada banyak kerja online kita boleh lakukan. admin minat affiliate atau kerja online?. jemput ke blog saya utk kongsi idea. Percuma je.

    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...