Monday, December 16, 2013

Bagaimana Mahu Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Sejak tertubuhnya Akademi Bekerja Di Rumah, ramai yang bertanyakan saya bagaimana mahu menyertai Akademi kami. Di sini, saya terangkan langkah-langkah yang harus dilakukan bagi melayakkan kalian bergabung dan menyertai kami.

Langkah pertama : Daftar masuk ke mana-mana kelas yang dianjurkan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah iaitu :

1) Kelas Asas Blog & Penulisan : khas bagi mereka yang ingin membina sebuah blog penulisan dalam berkongsi kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

2) Kelas Asas Blog & Fanpage : khas bagi mereka yang baru mahu bermula dalam menjalankan perniagaan online.

3) Kelas Asas Blog, Fanpage & Beriklan di Mudah.my : kelas yang menggabungkan 3 elemen pemasaran terpenting dalam perniagaan internet. Sangat sesuai diambil bagi mereka yang ingin memasarkan produk melalui blog, fanpage dan juga portal pengiklanan terbesar di Malaysia iaitu melalui laman Mudah.my.

4) Kelas Asas Blog & Penulisan Kreatif : kelas ini sesuai diambil bagi mereka yang ingin belajar mengenai penulisan novel mahupun cerpen.

5) Kelas Akaun Bisnes Kecil WAHM/SOHO : ada beberapa modul yang sangat sesuai untuk dipelajari bagi mereka yang baru memulakan perniagaan.

Langkah Kedua : Menghubungi saya untuk memilih kelas yang diingini. Soalan analisa akan diberikan bagi menentukan kelas apa yang sesuai untuk dipilih.

Langkah Ketiga : Membuat pembayaran untuk yuran kelas dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan.

Langkah Keempat : Setelah siap semua tugasan, anda kini menjadi ahli alumni Akademi Bekerja Di Rumah dan berpeluang untuk menjadi rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah atau menjadi pengurus online bagi menyiarkan produk-produk Akademi Bekerja Di Rumah.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-322 8651
Facebook : Zaila Mohamad

Salam kasih sayang buat semua.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...