Saturday, December 14, 2013

Tentang Penulis

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Logo Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum,

Salam pengenalan dari saya empunya blog ini. Blog yang diwujudkan khas untuk memberikan garis panduan dan beberapa tips bagi mereka yang mahu bekerja di rumah ataupun yang sedang merancang untuk berhenti kerja dan menjadis eorang suri yang bekerja di rumah.

Nama saya adalah Pn. Zaila Mohamad. Saya merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada empat orang anak. Alhamdulillah, saya telah melepaskan kerjaya saya hampir setahun dan bekerja di rumah dengan menjadi guru online sepenuh masa. Selain itu, saya juga ada membuat perniagaan sampingan iaitu menjual barangan parti harijadi kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan saya.

Semenjak bekerja di rumah, ramai yang bertanya kepada saya apakah yang mendorong saya untuk berada di rumah dan melepaskan kerjaya saya. Jawapannya sudah pastilah saya mengutamakan keluarga saya. Antara faktor utama saya melepaskan kerjaya saya adalah untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anak. Namun begitu, saya masih lagi bekerja di rumah untuk mencari pendapatan sendiri tanpa mengharapkan duit dari suami. Berkat hasil mengusahakan blog dan perniagaan online secara sambilan sewaktu bekerja dahulu telah memberikan kelebihan bagi diri saya untuk meneruskan apa yang menjadi kesukaan dan minat saya iaitu dengan berniaga.

Alhamdulillah saya juga bersyukur kerana diketemukan dengan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah iaitu Pn Masayu Ahmad yang juga seorang penulis buku Jana RM Dari Rumah yang banyak memberikan saya kata semangat dan sokongan dalam meneruskan kerjaya saya sebagai guru online di Akademi Bekerja Di Rumah. Pertemuana alam maya kami bermula sebelum saya berhenti kerja lagi. Pn Masayu bermurah hati memberikan saya senaskhah buku Jana RM Dari Rumah dan siapa sangka selepas itu hubungan kami bertambah rapat semenjak saya berhenti kerja dan memutuskan untuk bekerja di rumah. Pn Masayu Ahmad memang menjadi tempat saya membuat rujukan dan mengadu.

Insya Allah, di dalam blog ini saya akan kongsikan pengalaman saya yang lepas untuk menambah pendapatan melalui blog dan perniagaan online mahupun offline. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah di bawah bimbingan saya, boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Salam kasih sayang buat semua dan jemput ikuti blog ini ya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...