Tuesday, February 23, 2016

Bina Kepercayaan Pelanggan Melalui Ulasan / Testimoni

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi kiriman dari pelanggan

Assalamualaikum,

Pertama sekali syukur alhamdulillah kerana sudah hampir lebih 3 tahun saya menjalankan perniagaan menjual barangan parti harijadi buat ibubapa yang ingin menganjurkan parti harijadi gaya budget. Segalanya bermula apabila saya sendiri yang mahu sediakan barangan parti untuk majlis harijadi anak lelaki saya iaitu Ashraf. Ketika itu terfikir alangkah bagusnya jika dapat menyediakan pakej barangan parti harijadi mengikut tema yang disukai pada harga yang berpatutan. Saya faham, bukan semua ibu bapa boleh menyediakan budget atau peruntukan yang besar hanya sekadar untuk mengadakan majlis harijadi anak-anak. Jadi di situlah segalanya bermula.

Alhamdulillah, sambutan memang menggalakkan dan ada juga pelanggan yang kembali menempah untuk kali kedua. Konsep saya bukan menyediakan servis parti harijadi tetapi lebih kepada membekalkan barangan parti harijadi pada harga borong iaitu murah sedikit berbanding harga kedai. Kebanyakan pelanggan datang dari seluruh Malaysia dan orang Sarawak, Sabah & Brunei juga ada membelinya dari saya. Mungkin kerana tempat mereka susah untuk dapatkan barangan parti harijadi yang lengkap mengikut tema yang disukai anak-anak.

Bagaimana saya meyakinkan pelanggan atau bakap pembeli agar membeli dengan saya? Sudah semestinya melalui kata-kata atau gambar yang diberikan oleh pelanggan yang berpuas hati dengan barangan tersebut. Tapi ada masanya juga ada masalah seperti kekurangan stok dan kelewatan penghantaran. Itu masalah yang biasa dihadapi oleh peniaga tapi bergantung kepada kebijaksanaan atau budi bicara kita dalam menyelesaikan masalah tersebut. Selalunya saya akan memberikan alternatif lain atau cara terakhir kembalikan semula bayaran kepada pelanggan. Mungkin ada rezeki lain yang bakal mendatang :)

Sambung lagi, salah satu cara membina kepercayaan pelanggan adalah dengan meminta ulasan atau testimoni mereka. Kalau dalam kes saya sudah tentulah majlis harijadi yang dianjurkan. Ianya ibarat iklan produk kita secara realiti :)


majlis bertemakan Spiderman dari pelanggan di Sarawak


majlis bertemakan Frozen dari pelanggan di Pahang


majlis bertemakan Frozen dari pelanggan di Pulau Pinang


majlis bertemakan Upin Ipin dari pelanggan di Negeri Sembilan


Sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak, saya faham perasaan ibu lain. Sudah tentu mahu ceriakan anak-anak. Walau bukan majlis yang gempak seperti majlis artis atau anak orang kaya pun tak mengapa. Cukuplah dapat menggembirakan hati anak-anak :) Oh ya! Jangan lupa klik like pada fanpage Barangan Parti Harijadi ya. Terima kasih.

Jadi, jangan lupa setiapkali selepas urusan jual beli jangan lupa untuk meminta pandangan atau ulasan produk atau testimoni bergambar daripada pelanggan. Letakkan di bawah satu label di blog atau fanpage kita iaitu "Tempahan Pelanggan" atau "Testimoni Pelanggan" supaya senang bakal pelanggan lain melihat dan membuat keputusan sebelum membeli produk kita.

Sekian sahaja perkongsian daripada saya. Semoga ianya dapat memberikan manfaat buat semua. Bagi mereka yang mahu dapatkan pakej ebook untuk bulan Februari boleh dapatkan melalui saya juga. Tak akan rugi mereka yang melaburkan duit untuk ilmu :)

Ketahui bagaimana untuk membina kedai online dan apa sahaja bisnes yang sesuai dilakukan hanya dari rumah. Selain itu bagaimana untuk menambat hati pelanggan juga. Dapatkan ketiga-tiga ebook ini pada harga RM50 sahaja. Tawaran sah sehingga penghujung Februari 2016 :)

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum. Untuk daftarkan diri ke mana-mana kelas asas blog & fanpage secara online mahupun offline, hubungi saya melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget