Wednesday, September 16, 2015

Bagaimana Menjana Pendapatan Dengan Menulis Blog


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Menurut Irfan Khairi di dalam buku Nota Jutawan Nota Perniagaan Internet adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan melalui penulisan blog dengan meletakkan iklan di blog. Ini boleh dilakukan dengan membina akaun di Google Adsense atau Nuffnang.com.my. Saya juga telah menjadi ahli Nuffnang sejak dari tahun 2009 lagi dan kebanyakan blog yang saya bina semuanya mengandungi iklan yang dibawakan oleh Nuffnang.

Bagaimana iklan Nuffnang disiarkan di blog? Apabila mendaftarkan akaun dengan Nuffnang, selalunya penulis blog akan diberikan html kod yang boleh diletakkan di bahagian tertentu di blog anda. Melalui kod-kod ini iklan akan disiarkan di dalam blog mengikut masa dan tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Nuffnang. Setiapkali ada pengunjung ke laman blog, kita akan dibayar mengikut jumlah klik yang di lihat oleh pengunjung. Walaupun kedengaran sungguh mudah, tetapi hakikat sebenarnya bukan begitu. Melainkan blog kita mempunyai trafik yang betul-betul tinggi dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai, maka kebarangkalian untuk blog kita dipilih oleh pihak pengiklanan adalah lebih tinggi lagi.

Pengalaman saya sendiri yang telah 2 kali mendapat bayaran daripada pihak Nuffnang, walaupun mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapat bayaran ratusan ringgit tapi bagi saya ini adalah salah satu cara menjana pendapatan yang paling senang buat surirumah. Bayangkan kita hanya perlu meletakkan html kod di blog dan pastikan yang blog kita sentiasa mendapat kunjungan dan mesra enjin carian. Lebih ramai trafik bermakna peluang untuk dibayar lebih adalah lebih tinggi. Bagaimana untuk memastikan yang blog kita sentiasa dikunjungi? Sudah tentulah dengan disiplin dan komitmen yang bersungguh-sungguh iaitu dengan sentiasa mengemaskini blog dan memasukkan maklumat serta info-info menarik yang berkaitan dengan tajuk blog kita.

Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk mengiklankan produk di blog. Terbaru saya mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan pihak Lazada iaitu dengan memasukkan kod pengiklanan produk Lazada di blog. Setiapkali ada pembelian melalui blog kita, pihak Lazada akan membayar komisen kepada penulis blog. Best bukan? Jadi, apa tunggu lagi, jadikan blog anda juga sebagai salah satu tempat untuk menyiarkan iklan dan seterusnya dapat menjana pendapatan pasif setiap tahun. Sekiranya anda seorang yang kreatif, boleh jadikan entri untuk mempromosikan produk orang lain dengan bayaran yang tertentu. Sebagai contoh, untuk setiap entri dikenakan bayaran RM10 (minimum) dan setiap bulan anda sasarkan untuk menulis sebanyak 10 entri mengenai produk yang berlainan. Jadi pendapatan pada bulan tersebut adalah RM10 x 10 = RM100 keuntungan bersih yang dapat diperolehi hanya dengan menulis blog.

Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), kami juga menjalankan pengiklanan berbayar di dalam setiap blog alumni kami. Bagi sesiapa yang mempunyai produk dan ingin mengiklankan di dalam SOHO Directory, sedikit bayaran akan dikenakan tetapi hasilnya iklan produk akan disiarkan di dalam lebih 1000 blog yang sudah menyertai rangkaian ABDR. Dengan ini, iklan anda lebih berpotensi untuk dilihat mahupun berada di dalam carian teratas hasil carian di dalam enjin carian seperti Google atau Yahoo. Sekiranya berminat untuk meletakkan iklan produk, boleh hubungi saya melalui :

E-mel : zailamohamad@gmail / zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Anda juga boleh menyertai mana-mana kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) atau beriklan di Instagram di bawah bimbingan saya. Hanya daftar dan siapkan tugasan yang diberikan akan melayakkan untuk menjadi alumni ABDR dan seterusnya menjadi ahli besar keluarga online kami. Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua.

1 comment:

  1. If you're looking for a reputable contextual advertising company, I recommend you have a look at Chitika.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget