Thursday, September 3, 2015

3 Langkah Mudah Bina Fanpage Berpengaruh Di Facebook

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi 3 langkah mudah dalam perniagaan online. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan medium sosial percuma iaitu di Facebook. Tapi, tahukah anda bahawa fanpage adalah tapak yang asas untuk menjual di dalam facebook. Melalui buku tulisan Irfan Khairi iaitu "Nota Jutawan : Nota Perniagaan Online" Facebook merupakan tapak untuk bersosial dan membina jenama, jadi jangan terlalu menjual di laman peribadi sendiri. Sebaiknya bina tapak fanpage yang bersesuaian dengan minat dan kepakaran kita dan ikuti tips di bawah untuk menaikkan jumlah likes di fanpage.


Gambar : Muka depan buku Irfan Khairi : Nota Jutawan Nota Perniagaan Online yang saya beli di MPH pada bulan lepas


1) Gunakan Tajuk Mengikut Minat Atau Kemahiran

Semestinya pemilihan tajuk fanpage penting untuk menarik lebih ramai jumlah like. Sekiranya anda mempunyai hobi menjahit tudung boleh gunakan tajuk seperti "Jahit Tudung Sendiri" seperti yang dilakukan oleh salah seorang pelajar kelas asas blog & fanpage ini. Dalam masa kurang dari seminggu, beliau sudah mempunyai pelanggan yang ingin menempah tudung yang dijahit sendiri oleh Puan Sapiah. Sangat penting untuk meletakkan tajuk yang sesuai kerana pelanggan akan tertarik dengan tajuk dan perkongsian yang dilakukan di dalam laman fanpage tersebut. Sekiranya fanpage itu diletakkan nama sendiri sudah tentu tidak ramai yang akan mengenali dan tertarik untuk menekan butang like. Lainlah jika kita ini seorang artis terkenal ya :)


2) Sentiasa Mengemaskini Laman Fanpage

Lumrah manusia suka melihat gambar lebih dari membaca teks. Jadi, sesekali rajinkan diri berkongsi gambar hasil produk atau testimoni pelanggan di dalam laman fanpage. Ini akan menambahkan keyakinan pelanggan untuk membeli produk yang kita jual. Selain itu boleh juga dimasukkan kata-kata motivasi atau perbanyakkan hubungan dengan pelanggan atau pembaca seperti memasukkan 2 gambar dan memberi arahan untuk pelanggan memberikan pendapat atau pandangan. Dengan cara ini pelanggan setia akan sentiasa berinteraksi dengan kita dan mudah untuk mengekalkan hubungan baik antara penjual dan peniaga.

3) Menganjurkan Pertandingan

Rakyat Malaysia memang suka melayari facebook dan akan tertarik dengan laman fanpage yang menganjurkan pertandingan "Like & Share". Mungkin boleh tawarkan hadiah yang menarik juga supaya fanpage kalian lebih cepat dikenali dan viral di laman sosial. Sesekali kongsikan juga laman fanpage di laman facebook peribadi anda untuk tujuan memperkenalkan fanpage kita kepada kenalan facebook. Dengan cara ini juga dapat menambahkan jumlah like dan seterusnya meningkatkan kebarangkalian untuk menjual produk kita.

Semoga tips ini berguna untuk anda semua terutama bagi mereka yang mahu menjual di laman fanpage. Jika betul teknik dan caranya sebenarnya kalian tidak perlu melaburkan kos untuk melakukan sebarang iklan melalui fb ads pun. Ini terbukti apabila salah satu laman fanpage saya iaitu Barangan Parti Harijadi terus menerus mendapat permintaan dan jumlah like semakin meningkat tanpa saya melakukan sebarang fb ads. Hanya lakukan tips di atas, insya Allah fanpage anda juga akan lebih dikenali nanti.

Sehingga bertemu lagi. Bagi yang mahu mendaftar kelas asas blog fanpage (mula bisnes) atau beriklan di Instagram boleh hubungi saya melalui :

Emel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...