Tuesday, December 17, 2013

Mulakan Dengan Apa Yang Ada

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pengalaman mengembara ke Negara Gajah Putih pada minggu yang lepas banyak membuka mata dan minda saya. Diberikan kesempatan untuk melihat sendiri bagaimana kaum Hawa Siam begitu gigih mencari rezeki dengan berniaga. Rata-rata mereka hanya berniaga di tepi jalan dan yang cukup mengkagumkan saya adalah yang menjual bunga untuk upacara sembahyang atau buah di tepian jalan. Tika panas atau hujan mereka setia menunggu pelanggan. Inilah semangat kental yang harus ada dalam setiap peniaga.


Apabila dikenang balik, saya merasa cukup bersyukur kerana dilahirkan dalam dunia teknologi yang serba canggih. Kalau diikutkan, zaman ini sudah tidak perlu untuk keluar rumah berpanas berhujan untuk mencari rezeki. Inilah yang dipanggil bekerja dari rumah dengan menggunakan apa yang ada iaitu internet.

Ramai dari kita rakyat Malaysia terutamanya kaum surirumah memang ditemani dengan internet setiap hari. Hampir setiap hari akan melayari facebook, blog dan juga beberapa laman sosial yang lain. Jadi, alangkah ruginya jika kita tidak menggunakan peluang yang ada untuk mencari sedikit (atau banyak) keuntungan daripada kelebihan yang kita ada itu.

Bagi yang mahu bermula, mulakan dengan apa yang ada. Blog adalah merupakan satu cara perniagaan internet yang percuma. Mendaftar dengan blogspot adalah percuma dan yang bagusnya bukan satu, tetapi berpuluh-puluh blog kita dapat bina dengan hanya menggunakan satu email sahaja. Mudah bukan? Saya sendiri mempunyai lebih dari 5 blog yang saya gunakan sepenuhnya untuk menambah pendapatan saya.

Mahu tahu caranya? Boleh mendaftar kelas asas blog & fanpage melalui saya dan sekaligus dapat menyertai keluarga besar Akademi Bekerja Di Rumah kami. Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Salam kasih sayang buat semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...