Thursday, January 8, 2015
Raikan Wanita : Jom Contohi Semangat Dato Vida
Teks : Zaila Mohamad
Imej : www.kosmo.com.my
Assalamualaikum,
Malam tadi berkesempatan untuk menonton satu siri Raikan Wanita di Astro Maya. Siri kali ini menampilkan pengasas produk Pamoga iaitu Dato' Hajah Vida atau nama asalnya Hasmiza Othman (saya baru aje google mengenai beliau). Sejujurnya, beliau bukanlah idola saya di dalam perniagaan tapi ada beberapa perkara yang membuatkan hati saya tertarik dengan semangat dan kecekalan beliau di dalam perniagaan. Kalau dulu saya pernah memanggilnya "pameran barang kemas bergerak" kerana hobi Dato' Vida yang suka memakai perhiasan yang bagi saya adalah sedikit keterlaluan. Tapi dalam masa yang sama, saya akui saya juga berbangga kerana beliau merupakan anak jati Kelantan yang berjaya dalam perniagaan dan di sini saya kongsikan beberapa rahsia Dato' Vida untuk berjaya. Semua ini diceritakan sendiri oleh beliau dalam siri Raikan Wanita di Astro Maya malam tadi.
Antara ciri-ciri orang yang berjaya seperti Dato' Vida adalah :
- Suka bekerja. Beliau memberitahu yang beliau mula bekerja sejak darjah 4 sehingga sekarang berumur 40 tahun dan beliau akan jatuh sakit sekiranya tidak buat apa-apa. Sifat ini saya akui memang ada di dalam diri orang Kelantan di mana mak ayah saya sendiri pun walau sudah menghampiri usia "emas" tapi masih ligat bekerja. Ada sahaja yang ingin mereka buat dan lakukan. Mak saya jika tidak bekerja sakit urat dan demam akan melanda;)
- Perlukan ilmu dan keberanian untuk berjaya : Dato' Vida memberitahu bahawa dulu sewaktu beliau menjadi guru di Perak, beliau melihat salah seorang temannya mengikuti kursus saloon dan membuka kedai gunting rambut walaupun hanya baru belajar dan tiba-tiba beliau terfikir yang beliau juga boleh lakukan perkara yang sama. Dengan kerjasama dari kakak beliau, mereka mengusahakan saloon kecantikan di mana Dato' Vida akan memberikan ilmu kepada kakaknya hanya melalui telefon memandangkan jarak mereka iaitu Dato' di Perak dan kakaknya di Kelantan.
- Harus bekerja kuat : Dato' Vida seorang yang kuat bekerja. Orang lain bekerja 24 jam tetapi beliau bekerja 36 jam sehari sekiranya ada perkara yang perlu dilakukan atau diselesaikan maka beliau memang tidak akan tidur atau berehat selagi belum siap kerjanya. Selain utu, beliau juga banyak menghabiskan masa di atas jalan dengan mengembara dan hanya tidur beberapa jam sahaja. Apa yang beliau lakukan memang sudah berbalas di mana sekarang sudah pasti beliau berbangga dengan apa yang beliau dapat.
- Perlu sentiasa lebih dari orang lain : Kata Dato' Vida, jika kawan-kawannya berjalan kaki beliau sudah menggunakan basikal, jika mereka berbasikal Dato' akan menaiki motor dan ketika zaman belajar ketika orang lain tinggal di kolej Datp' sudah tinggal di kondominium. Dari sini kita sudah jelas akan perangai Dato' yang memang tidak suka untuk menjadi orang-orang biasa tetapis entiasa mencari jalan untuk menjadi orang yang luar biasa iaitu lebih dari orang lain.
- Perlu kuat semangat dan degil untuk berjaya : Saya masih ingat lagi beberapa tahun yang lepas di mana negara dikejutkan dengan berita kematian 2 cahayamata beliau dalam satu kebakaran. Ya Allah, masa itu tak dapat saya bayangkan bagaimana beliau menghadapi hari-hari mendatang kerana kehilangan insan tersayang 2 orang sekaligus. Saya ikuti juga perkembangan beliau, agaknya makan masa yang panjang juga tidak nampak wajah Dato' Vida di televisyen hinggalah beberapa bulan yang lepas di mana Dato' Vida kembali aktif dengan produk terbarunya yang banyak menaja artis-artis Malaysia. Sebagaimana kata Dato' Vida yang sudah habis menangis hingga tidak keluar air mata dah, maka masa untuk muhasabah dan meneruskan perjuangan hidup dan bangkit semula.
- Suka menjadi unik : Patutlah setiapkali melihat beliau di kaca mata TV saya tertanya-tanya akan fesyen apa kah yang beliau mahu tampilkan. Rupa-rupanya memang sifat Dato' Vida yang sukakan kelainan dan beliau seorang penggemar kaftan. Patutlah kalau keluar TV atau majalah sudah pasti gaya kaftan batik dan barang kemas bling bling pilihan beliau. Yang itu saya tidak boleh nak komen apa lah sebabnya dah itu yang menjadi kegemaran Dato' Vida ;P Sama juga dalam perniagaan, kita seharusnya sentiasa tampil unik dan lain dari kebiasaan untuk menarik lebih peminat atau pengikut. Setuju tak?
- Suka bersedekah dan pemurah : Saya cukup terkejut apabila mendengar pengakuan pekerja-pekerja Dato' Vida yang menceritakan tentang sifat Dato' yang suka menderma dan beliau sendiri mempunyai impian untuk mempunyai kediaman yang dekat dengan pekerja-pekerja beliau. Jadinya, sekarang ini hampir satu perumahan sudah didiami oleh pekerja-pekerja Dato' Vida. Alhamdulillah, ini yang bagusnya kan? Walau kaya tapi masih tidak melupakan jasa mereka yang banyak menyumbangkan keringat untuk menaikkan nama Dato' Vida
- Bermula dari bawah : Sebelum mengeluarkan produk sendiri Dato' Vida banyak menjual produk orang lain dan setelah berjaya mengeluarkan produk sendiri, beliau tidak pernah berpuas hati dengan pencapaiannya dan senantiasa melakukan kajian R&D untuk menjaga nama produk beliau. Selain itu, beliau sendiri yang akan turun padang sekiranya mendapat tahu ada produk tiruan yang ada di pasaran. Pendek kata, bukan senang untuk menbangunkan sebuah jenama sendiri di mana mereka akan berdepan dengan persaingan dan juga produk tiruan.
Saya rasa sepanjang 30 minit rancangan Raikan Wanita ini memang sedikit ebanyak merubah pandangan saya terhadap Dato' Vida. Walau ada sesetengah perkara yang saya tak suka mengenai beliau tapi saya akui sebenarnya yang disebutkan oleh Dato' Vida merupakan ciri-ciri wajib untuk berjaya. Cuba bandingkan dengan diri kita, apakah kita selalu merungut berniaga tapi tidak kaya-kaya. Apakah kita melalui apa yang beliau lalui sepanjang hidupnya? Apakah yang kita sumbangkan kepada masyarakat kita sendiri? Sudahkah cukup?
Sebenarnya kata-kata itu lebih ditujukan kepada diri saya sendiri. Namun begitu, saya bersyukur juga kerana zaman sekarang ini sebenarnya cukup mudah untuk berniaga. Tak perlu tinggalkan anak-anak dan tak perlu keluar rumah, antara nak dengan tak nak sahaja kan? Jika kita usaha lebih sudah tentu lah hasilnya akan lebih berbanding semalam. Jom curi sedikit semangat Dato' Vida dan jadikan beliau salah seorang ikon perniagaan yang kita patut contohi (ambil yang baik-baik sahaja lah kan).
Sehingga berjumpa lagi. Bagi surirumah yang ingin menambah pendapatan dengan berniaga tapi masih kekurangan modal. Boleh hubungi saya untuk belajar asas blog & fanpage dan berniaga secara online. Hubungi saya melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Whats App / Telegram : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad
Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment