Tuesday, December 29, 2015

Jom Sahut Seruan Pak Menteri : Buat #2kerja

Teks  Zaila Mohamad
Imej : Sumber google

Assalamualaikum,

Minggu ini viral isu buat dua kerja untuk tambah pendapatan keluarga. Maklumlah, tahun ini dengan kenaikan harga barangnya, dengan GST dan kejatuhan nilai ringgit ternyata amat dirasakan oleh rakyat Malaysia. Saya sendiri melihat ada sedikit penurunan dalam tempahan produk yang saya jual. Hujung tahun ramai ibubapa yang mengambil langkah berjimat-cermat dalam perbelanjaan dan hanya membeli apa yang diperlukan sahaja.

Sebenarnya isu buat dua kerja ni sudah lama kerana sebelum berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa pun, saya sudah melakukan dua kerja iaitu kerja pejabat pada waktu siang dan menjadi blogger dan peniaga online pada waktu malam. Hanya selepas isu ini dibangkitkan oleh menteri yang tertentu membuatkan ianya begitu viral dan menjadi bahan lawak di Malaysia pula ;)

Dalam hakikat dunia zaman sekarang, tak dinafikan setiap keluarga perlu mencari sumber pendapatan lain yang bersesuaian dengan kudrat, minat dan taraf pendidikan mereka. Ada orang memilih untuk menjalankan perniagaan online kerana ianya memudahkan dan tidak perlu keluar rumah berjemur panas hujan kerana ianya boleh dilakukan hanya dari rumah sahaja. Ada orang memilih untuk melakukan perniagaan offline kerana mereka suka untuk berjumpa dengan orang lain dan rajin untuk mengikuti mana-mana pasar tani atau pasar karat yang berdekatan dengan rumah. Ada juga yang memilih untuk menjadi pekerja di mana-mana kedai kerana mereka tidak memiliki apa-apa kemahiran atau ilmu untuk berniaga.

Walau apa pun pilihan mereka, saya suka untuk cadangkan kepada surirumah agar mencuba untuk tambah pendapatan melalui perniagaan online. Memanglah ramai yang memberi gambaran bahawa berniaga online ini perlukan lesen dari SSM dan pelbagai lagi syarat yang kadang-kadang "menakutkan" surirumah untuk bermula. Jangan risau, bermulalah dari sedikit iaitu dengan mencari ilmu dan banyak membaca dahulu. Boleh daftar kelas asas blog & fanpage bersama saya juga. Kemudian boleh pilih untuk berniaga secara dropship atau borong. Jangan pandang rendah pada modal sedikit kerana apa yang kita kejarkan bukannya keuntungan semata tetapi adalah pengalaman yang berharga. Dari modal yang sedikit cuba kembangkan untuk mendaftar perniagaan dan seterusnya melakukan tabungan secara konsisten.

Saya terbaca dalam satu buku yang mengatakan untuk menjadi jutawan adalah dengan melatih diri untuk menyimpan secara konsisten. Dalam kes ini kita bukan mahu jadi jutawan pun, (tapi kalau dapat alhamdulillah itu bonus!) tapi kita mahu cari sumber pendapatan lebih buat diri sendiri dan keluarga. Mengikut pengalaman saya yang sudah berada di rumah selama hampir 4 tahun, saya juga bermula dari bawah iaitu dengan melakukan dropship dan kini masih juga bertatih dalam bisnes tapi alhamdulillah sudah nampak perubahan juga.

Saya doakan semoga surirumah di luar sana akan lebih produktif pada tahun 2016. Boleh sertai kelas asas blog & fanpage di bawah bimbingan saya dan jemaah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad
Fanpage : Barangan Parti Harijadi

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...