Monday, December 7, 2015

Pekerjaan Apa Yang Sesuai Bagi Surirumah Yang Ingin Tambah Pendapatan


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Sumber carian internet

Assalamualaikum,

Bertemu kembali, alhamdulillah sekarang ini saya sedang berada di dalam fasa mod rajin untuk berkongsi idea dan tips khas buat suri yang mahu berada di rumah di samping menjana pendapatan sendiri. Hari ini saya ingin kongsikan antara beberapa pekerjaan yang sesuai dilakukan oleh surirumah yang mahu menjana pendapatan hanya dari rumah tanpa perlu keluar bekerja.

1) Menjadi Seorang Blogger

Alhamdulillah, saya juga telah memasuki tahun ke enam menjadi seorang blogger picisan. Kenapa picisan? Kerana sekarang saya lebih suka untuk menulis dan berkongsi maklumat tentang apa yang saya suka dan kenangan yang manis-manis dalam kehidupan saya sebagai seorang surirumah sahaja. Sewaktu awal menulis blog, saya aktif juga ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak pengiklanan seperti Nuffnang dan buat liputan majlis. Bagi mereka yang sukakan gaya kehidupan yang aktif dan selalu berjumpa dengan ramai orang, bolehlah memilih kerjaya sebagai seorang blogger. Blogger hanya menulis dan melakukan kerja hanya dari rumah sahaja. Lebih tinggi trafik blog kita maka lebih tinggi juga peluang untuk dijemput dan diberikan bayaran untuk menulis. Tapi jangan ingat mudah untuk dikenali ya melainkan kita sememangnya seorang artis terkenal. JAdi, haruslah disertai dengan kesungguhan dan disiplin untuk ke memenuhi undangan membuat liputan sebarang majlis samaada berbayar ataupun tidak. Bagi ibu yang mempunyai anak, boleh memilih untuk menjadi blogger yang menulis tentang tips dan gayahidup ibubapa masa kini. Selalunya pengiklan seperti produk kanak-kanak akan lebih tertarik untuk memberikan kita bayaran untuk mempromosikan produk mereka. Sekiranya ada majlis, mereka akan menjemput anda sekeluarga dan merasai sendiri pengalaman mencuba produk baru.

2) Menjual Secara Online

Bagi surirumah yang suka berniaga, boleh jadikan kerjaya peniaga online sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan. Bagaimana untuk tahu apa yang kita pandai jual? Cuba mulakan dengan menjual apa yang kita minat dan suka buat. Tak semestinya kita harus menjual produk yang kita buat atau hasilkan sendiri. Sebenarnya paling bagus adalah menjual produk orang lain kerana kita tidak perlu pening kepala untuk memikirkan kos pembuatan atau kos-kos lain yang terlibat dalam pembikinan sebuah produk. Jujur saya katakan yang menjual produk MLM adalah satu tindakan yang bijak yang boleh dilakukan oleh surirumah untuk menambah pendapatan keluarga. Tapi sudah tentulah perlu menimba ilmu dan jangan meletakkan modal yang tinggi sekiranya ingin bermula. Sebagai contoh, saya sendiri sudah beberapa bulan menyertai Amway salah sebuah syarikat jualan langsung yang terbesar di Malaysia dan di dunia. Yuran penyertaan adalah serendah RM100 dan saya boleh menjual pelbagai produk yang terdapat di dalam Amway. Sudah tentulah saya bermula dengan menggunakan produk mereka iaitu periuk Noxxa dan seterusnya terus berminat untuk menjadi ahli dan mula menjual. Yang bagusnya, saya tidak perlu menyimpan stok dan melaburkan modal yang banyak untuk membeli barangan tersebut. Setiap pertengahan bulan juga ada bonus yang diberikan oleh syarikat di atas kejayaan dan usaha kita menjual produk.

Sekali lagi jangan ingat mudah ya, semuanya harus bermula dengan keinginan dan semangat yang kuat. Ilmu juga sangat penting jadi jangan penat untuk menuntut ilmu dan mencari mentor yang sesuai untuk membimbing kita. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai perniagaan Amway, boleh hubungi saya di talian 012-970 6828 (Whats App sahaja).

3) Menawarkan Perkhidmatan 

Antara perkhidmatan yang sesuai bagi surirumah adalah perkhidmatan memberikan servis seperti menjaga anak kawan atau jiran. Itupun bagi mereka yang menggemari kanak-kanak atau tidak mempunyai anak yang ramai. Ini kerana upah menjaga seorang kanak-kanak agak lumayan juga ya sekitar RM250 ke RM300 bagi mereka yang tinggal di bandar. Macam saya, nak jaga anak sendiri pun sudah pening kepala. He he he

Selain itu, bagi surirumah yang mempunyai bakat mereka bentuk atau menggunakan komputer boleh tawarkan khidmat rekabentuk atau mengambil upah membina blog atau mempromosikan produk orang lain secara berbayar. Bayaran boleh ditetapkan mengikut pengalaman dan persetujuan antara kedua belah pihak. Mudah kan?

Bagi yang sudah ada pengalaman, boleh sediakan kelas-kelas secara online mahupun offline untuk memberikan tunjuk ajar kepada mereka yang berminat. Sebagai contoh di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) saya merupakan seorang guru online yang memberikan tunjuk ajar kepada surirumah yang mahu mulakan bisnes secara online dan tidak tahu bagaimana untuk bermula. Sudah ramai surirumah yang berjaya membuktikan bahawa dengan ilmu mereka juga dapat menambah pendapatan dan seterusnya mengembangkan bisnes mereka ke luar kawasan yang lebih jauh. Terima kasih kepada teknologi dunia tanpa sempadan, kini berniaga tidak perlu untuk membuka kedai lagi. Tak faham? Jom sertai kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) untuk pelajari teknik asas menjual secara online di mana kedai kita boleh dibuka di mana-mana sahaja :)

Sebenarnya ada banyak lagi kerjaya yang boleh dipilih, bergantung kepada minat dan kepakaran masing-masinglah ya. Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...