Imej : google & koleksi ABDR
Teks : Zaila Mohamad
Assalamualaikum
Hari ini saya akan kongsikan pula antara salah satu cabang pemasaran produk yang saya gunakan selain dari blog dan fanpage adalah dengan beriklan di Mudah.my. Saya bermula pada tahun 2009 lagi di mana saya memang seorang yang suka membaca blog kawan-kawan dan melayari internet. Dari situ, saya mengetahui bahawa terdapatnya sebuah laman sesawang yang membolehkan kita menjual atau mengiklankan produk samaada yang masih baru ataupun yang sudah terpakai di situ.
Perasaan ingin mencuba membuatkan saya memuat turun gambar beg tangan saya dan menjualnya pada harga yang lebih murah dari harga beli. Kalau tak silap, beg tangan berjenama Elle yang saya beli pada harga RM150.00 dan saya letakkan harga jual iaitu dalam RM60.00 sahaja. Masa itu lebih kepada mahu melihat akan reaksi samaada ada tak mereka yang berminat untuk membelinya. Di ruangan yang disediakan, saya mengisikan segala maklumat termasuklah nombor telefon saya dan segala terma & syarat urusan pembelian.
Masa itu saya masih belum mempunyai internet banking pun! Tetapi saya menggunakan nombor akaun teman sepejabat dan berjanji akan menggunakan akaun itu hanya sekali sahaja. Alhamdulillah, dalam masa sehari aje ada beberapa orang yang menghubungi saya untuk mendapatkan beg tangan tersebut. Maka, terjadilah satu urusan jual beli. Setelah wang dimasukkan ke dalam akaun kawan saya, saya pun menghantar beg tangan tersebut kepada tuan barunya:)
Begitu mudah bukan? Patutlah nama laman itu juga disebut sebagai Mudah.my!
Sekiranya anda sebagai seorang surirumah dan ingin mencari sedikit duit poket, bolehlah menjual beberapa barang terpakai di dalam laman Mudah.my ini. Tapi pastikan yang barangan tersebut masih lagi dalam keadaan elok dan harga tidak terlalu tinggi dari harga barang yang baru. Ada banyak kategori produk yang boleh dipilih seperti pakaian, kereta, rumah, servis dan macam-macamlah! Pendek kata semuanya ada di situ. Jadi, dari dibiarkan barang-barang yang lama itu bertambah buruk atau mengganggu ruangan penstoran rumah, adalah lebih baik jika kita menjualnya pada harga yang murah bukan? Sekurang-kurangnya dapat menambah duit poket daripada jualan tersebut.
Selain itu, Mudah.my juga menawarkan sistem ProNiaga kepada mereka yang mahu beriklan secara tetap di dalam Mudah.my. Bagi mereka yang mempunyai perniagaan online mahupun offline, bolehlah mendaftarkan nama syarikat di ProNiaga ini kerana ada banyak faedahnya juga. Pada yang berminat untuk belajar, saya ada tawarkan khidmat mengajar untuk Kelas Asas Blog, Fanpage & Beriklan di Mudah.my. Keterangan seperti di bawah ini :
Apa yang akan saya ajarkan adalah :
- Bagaimana membina sebuah blog, fanpage dan juga membina akaun di dalam ProNiaga di laman Mudah.my
- Bagaimana menghubungkan antara ketiga-tiga elemen ini bagi membantu menaikkan jualan produk
Jika berminat, boleh hubungi saya melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
No comments:
Post a Comment