Wednesday, March 5, 2014
Tips Buat Surirumah Bekerja; Pelbagaikan Sumber Pendapatan Mengikut Minat
Imej : Carian Google
Teks : Zaila Mohamad
Assalamualaikum,
Hari ini tergerak untuk berkongsikan tentang bagaimana untuk menambahkan pendapatan walau dengan hanya berada di rumah sahaja. Alhamdulillah, saya kongsikan pengalaman sendiri menjana kewangan tanpa perlu keluar bersusah-payah berjumpa dengan pelanggan untuk memasarkan produk. Sebagai surirumah yang sibuk menjaga anak-anak, sudah tentulah kebanyakan masa saya banyak dihabiskan melayan dan memenuhi permintaan mereka. Tetapi jangan risau kerana zaman ini semuanya boleh dilakukan dihujung jari sahaja. Apa yang penting adalah sentiasa fokus dan konsisten dalam melakukannya.
Berikut adalah beberapa sumber pendapatan yang boleh dijana oleh seorang surirumah yang beranak empat seperti saya (atau lebih atau kurang) :
1) Menulis blog : Jadikan hobi menulis blog dan berkongsikan pengalaman kita sebagai seorang surirumah sebagai satu cabang untuk kita menjana kewangan diri. Alhamdulillah, sejak mendaftar dengan Nuffnang iaitu salah satu syarikat pengiklanan terkenal di Malaysia, saya sudah boleh mendapat bayaran sebanyak 3 kali. Setiap bayaran bergantung kepada jumlah trafik blog yang berkunjung ke blog kita. Selain itu, saya juga menawarkan khidmat mengiklankan produk, servis atau perniagaan bagi mereka yang mahu beriklan di blog saya. Bayaran yang dikenakan juga mengikut berapa lama iklan itu akan berada di dalam blog.
2) Menjual produk : Saya memilih untuk menjual produk barangan parti harijadi kerana saya suka. Pengalaman mengadakan parti harijadi bertemakan animasi Angry Bird buat anakanda kesayangan saya membuatkan saya terfikir untuk menjual produk barangan parti harijadi kepada ibubapa pada harga borong. Tetapi saya hanya melakukannya pada hujung minggu sahaja kerana dengan menjual produk sebegini saya tidak perlu keluar rumah setiap hari untuk mendapatkan stok. Boleh singgah di fanpage saya iaitu di sini : Barangan Parti Harijadi (jangan lupa untuk like ya)
3) Menjual Produk Secara Dropship : Saya menjual pelbagai barangan secara dropship kerana saya sukakan konsep dropship yang tidak memerlukan saya keluar dari rumah untuk membuat penghantaran. Semuanya akan dilakukan oleh pengedar atau syarikat yang kita pilih. Anda boleh memilih mana-mana produk yang anda yakin bagus dan anda juga gunakannya di dalam kehidupan anda. Sebagai contoh, saya menjual produk makanan sunnah kerana saya juga mengamalkannya dan yakin dengan produk tersebut. Justeru tiada salahnya jika kita juga mengsyorkan kepada kawan-kawan untuk menggunakannya. Jemput singgah blog makanan sunnah saya di sini : Gedung Barangan Sunnah & Produk Muslim Online.
4) Menjual ebook : Ebook merupakan salah satu produk yang begitu mudah untuk dijual. Ini kerana ianya tidak rosak dan tidak memerlukan ruang storan yang besar di dalam rumah anda. Saya menjual pelbagai jenis ebook yang sebenarnya bukan hasil penulisan saya pun tetapi ianya adalah produk unggul daripada Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Boleh singgah beli koleksi ebook ABDR di sini : E-book Pilihan Suri
Bagi kalian yang berminat untuk menjadi ejen jualan produk ABDR juga, kalian boleh mendaftarkan diri dengan menjadi Rakan Niaga ABDR. Boleh baca keterangannya di sini : Pakej Rakan Niaga
5) Menjadi Guru Online : Ini adalah salah satu cabang sumber yang begitu mudah sekali untuk dilakukan. Kalian hanya menyumbangkan sedikit ilmu dan tenaga untuk mengajar mereka yang betul-betul minat untuk belajar. Tiada salahnya untuk meminta bayaran asalkan servis dan khidmat yang kita berikan juga berterusan. Pastikan apa yang kita ajar adalah di dalam bidang dan kepakaran kita (atau minat juga). Contohnya anda suka mengambil tempahan membuat kek, sudah beratus pelanggan yang membeli kek anda berpuas hati dengan perkhidmatan anda. Jadi, di sini kalian boleh anjurkan kelas belajar buat kek bersama anda kerana kepakaran anda adalah membuat kek. Bayaran boleh ditentukan mengikut pakej kelas yang diambil.
Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan. Antaranya adalah dengan mengambil tempahan memasak, menjahit, menulis artikel untuk dihantar ke majalah, membuat gubahan perkahwinan, andaman dan banyak lagilah. Bergantung kepada minat kalian bagaimana.
Adalah penting untuk mempelbagaikan sumber pendapatan kerana bagi saya ianya mudah untuk meletakkan sasaran pendapatan harian mahupun mingguan. Katakan minggu ini kalian mahukan pendapatan sebanyak RM1,000.00 bersih. Jadi kalian boleh tetapkan sasaran jualan produk ebook, produk harijadi, pendaftaran atau memperbanyakkan tempahan. Semuanya boleh dilakukan dengan mempergiatkan promosi di blog dan fanpage. Bekerja sendiri kita bebas untuk memilih jumlah pendapatan yang kita mahukan. Tapi haruslah selar dengan usaha juga. Jika usahanya luar biasa, sudah pastilah hasil yang akan didapati juga akan luar biasa!
Sempena bulan Mac ini, saya ingin menawarkan 2 buah ebook yang sangat bagus untuk dibaca dan dimiliki oleh semua orang yang mahu bekerja dari rumah. Klik di sini (BORANG TEMPAHAN) untuk menempah. Harga tawaran adalah RM50 (harga asal RM100)
Bagi mereka yang masih ragu-ragu untuk bermula atau mahu dapatkan khidmat nasihat atau mahu mendaftar kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) atau kelas mula bisnes dengan Mudah.my, boleh hubungi saya melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad
Sehingga bertemu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment