Saturday, May 3, 2014

Bengkel Urus Akaun Bisnes Bagi WAHM / Peniaga Online Baru

Teks : Zaila Mohamad
Imej : google

Assalamualaikum,

Pernah tak anda merasa hairan dengan bisnes sendiri? Rasanya hampir setiap hari mendapat tempahan atau menjual produk, tetapi di penghujung bulannya duit hasil berniaga itu tidak tahu ke mana hilangnya. Jika berlaku perkara sebegini, sudah tentulah sedikit sebanyak akan menjejaskan mood kita untuk berniaga bukan?

Saya dulu semasa bekerja memang selalu melakukan kesilapan dengan mengcampur-adukkan pendapatan bisnes dengan peribadi. Pantang ada duit di dalam bank, saya akan habiskannya dengan membeli secara dalam talian :) Memang sungguh tidak berdisiplin!

Tahun ini saya cabar diri untuk lebih berdisiplin dalam menjejak aliran tunai wang bisnes saya. Itupun selepas memasuki kelas urus akaun WAHM SOHO yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Alhamdulillah, kesedaran awal membuatkan saya dapat merekod duit masuk bulanan saya.


Penting sangat merekodkan segala duit masuk dan duit keluar. Bila berniaga, jangan ingat duit yang kita gunakan untuk beli barang sahaja dikira modal tetapi segala kos yang dikeluarkan sepanjang menguruskan perniagaan juga dikira sebagai modal. Sebagai contoh, jika berniaga online; bil elektrik, bil internet harus dimasukkan di dalam budget bulanan. Ini dikira sebagai kos tetap yang dikeluarkan leh kita setiap bulan. Kemudian harus pula direkodkan kos membeli bahan mentah, kos pembungkusan dan kos penghantaran. Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan akan anggaran kasar untuk setiap produk yang kita jual.

Jangan jadi macam Kak Jemah yang berniaga tanpa ilmu urus akaun.

Kak Jemah menjual produk makanan jenama A. Kak Jemah membelinya terus dari kilang pada harga yang murah (kerana borong). Kak Jemah mencari ejen-ejen jualan sekitar Kuala Lumpur untuk menjual dan mengedarkan produk makanan jenama A tersebut. Alhamdulillah, produk kak Jemah laku macam goreng pisang panas.

Harga Kak Jemah jual mengikut harga pasaran. Kak Jemah memberikan komisen RM-X kepada ejen-ejen Kak Jemah dan Kak Jemah mengambil untung sebanyak RM-Y atas setiap satu produk.

Ejen Kak Jemah semua mendapat untung bersih sebanyak RM-X bagi setiap jualan produk, manakala Kak Jemah hanya mendapat untung RM-Z setelah Kak Jemah membuat kiraan berikut :

- Harga modal produk + kos poslaju + harga plastik poslaju + bubble wrap + saletape + kos minyak kereta Kak Jemah setiapkali pergi pos

Baru Kak Jemah tahu rupa-rupanya Kak Jemah hanya untung sedikit sahaja atas satu produk jenama A tersebut. Kadang-kadang Kak Jemah terpaksa menanggung kerugian apabila Kak Jemah mendapat pelanggan yang cerewet dalam kos pos.

Kesian Kak Jemah kan?


Itu dilema yang biasa bagi mereka yang baru bermula. Sebab itulah, setiap urusan jual beli perlu direkodkan satu-satu supaya boleh dijadikan rujukan di dalam urusan seterusnya. 

Ini contoh rekod jualan harian saya. Saya selesa merekod di dalam Microsft Excel kerana sudah biasa menggunakannya sewaktu bekerja dahulu.


Setiap hari jangan lupa catatkan jualan & belian kita. Begitu juga perbelanjaan yang lain seperti kos membayar bil internet, membayar hutang, membeli barangan untuk penghantaran dan sebagainya.


Tidak kira bagaimana cara kita mendapatkan bayaran iaitu samaada melalui tunai mahupun transaksi online, jangan lupa untuk merekodkannya. Konsisten sehingga hujung bulan di mana nanti kita akan dapat tahu jumlah jualan adakah melebihi jumlah modal yang kita gunakan sepanjang berbisnes.

Apa yang dapat saya simpulkan adalah, dengan rekod yang bagus, kita dapat mengetahui beberapa perkara seperti :

- Keuntungan bersih yang kita dapati hasil dari berniaga
- Dari keuntungan bersih juga kita dapat agih-agihkan kepada beberapa bahagian seperti duit gaji kita, simpanan tetap, pembayaran hutang dan juga untuk sedekah (mahupun zakat)

Selain itu, semua resit mahupun bukti pembayaran atau penghantaran harus disimpan sebagai rujukan untuk pengiraan nanti.

Sekarang nampak bukan betapa pentingnya untuk merekod hasil jualan atau pendapatan kita. Bagi yang mahu belajar lebih lanjut lagi tentang pengurusan akaun, boleh mendaftar ke kelas urus akaun WAHM / WAHD seperti di bawah ini :

Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9pg -5ptg
Makan tengahari dan air mineral disediakan.


Pendaftaran masih dibuka lagi. Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...