Monday, March 10, 2014

Idea Bisnes Dari Rumah Khas Buat Surirumah : Bisnes Kerepek


Dapatkan ebook 101 Idea Home Based Bisnes di sini (BORANG TEMPAHAN)

Imej : Carian google & koleksi ABDR
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri melakukan bisnes membungkus kerepek sebagai salah satu pendapatan sampingan saya. Segalanya bermula pada tahun lepas di mana saya mengambil tempahan kerepek untuk jualan hari raya. Alhamdulillah, memang mendapat sambutan yang menggalakkan di mana saya berjaya menjual lebih dari 100 kg pelbagai jenis kerepek. Sekarang ini walaupun sudah melepasi musim perayaan, namun permintaan masih lagi ada terutamanya melalui ejen-ejen yang pernah saya lantik semasa bulan puasa dahulu.

Ingin tahu bagaimana caranya? Di sini saya kongsikan bagaimana memulakan bisnes operasi membungkus makanan kering (kerepek) tanpa memerlukan modal yang besar.

Umum diketahui bahawa masyarakat Malaysia terutamanya orang Islam memang akan membelanjakan sedikit (atau banyak) wang untuk membeli juadah kuih-muih atau kerepek untuk dihidangkan kepada tetamu di hari raya. Jadi, saya mengambil peluang untuk berniaga bisnes kerepek kerana kerepek harganya tidak mahal dan tidak mudah rosak. Bagaimana saya memulakannya?

1) Pertama sekali harus ada sumber di mana kita dapat membeli kerepek pada harga yang murah. Seeloknya kita berurusan dengan kilang atau pusat jualan kerepek yang dapat menyediakan pelbagai jenis kerepek dalam satu masa. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan sebuah kilang kerepek yang terletak berdekatan juga dengan rumah saya. Jadi memang tidak ada masalah untuk mengambil stok.

2) Saya bermula sebulan sebelum puasa lagi di mana saya menghebohkan di dalam blog saya untuk mencari ejen jualan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah ramai yang menghantar maklumbalas dan ingin untuk menjadi ejen saya. Rata-ratanya di kalangan ahli keluarga, kawan-kawan dan juga kenalan di alam maya. Terima kasih buat semua!

3) Saya memberikan sampel-sampel percuma kepada ejen-ejen untuk diedarkan di sekolah mahupun tempat mereka bekerja. Di dalam bulan Ramadhan, saya meletakkan tarikh tutup untuk meletakkan tempahan dan menetapkan tarikh untuk penghantaran juga. Apabila bayaran dibuat, saya akan menghantar stok kepada ejen-ejen. Namun, untuk memudahkan urusan saya juga terpaksa mengeluarkan sedikit modal sebagai pendahuluan untuk membayar segala tempahan di kilang kerepek.

Sebenarnya ada beberapa cabaran yang saya terpaksa hadapi semasa menjalankan bisnes kerepek di bulan puasa. Memang tak ternilai segala pengalaman yang dapat dikutip sepanjang melakukan bisnes ini. Mungkin saya akan kongsikan di dalam entri yang lain. Di sini, saya ingin fokuskan kepada bisnes membungkus kerepek yang boleh dijalankan oleh surirumah di rumah sahaja.


Antara alatan yang saya beli dan gunakan untuk membungkus kerepek. Hanya bermodalkan RM19.90 sahaja.

Bagi yang mahu bermula secara kecil-kecilan dahulu, bolehlah mendapatkan alat penutup (sealer) di atas. Alatan lain yang diperlukan adalah alat untuk menimbang berat kerepek (kilo), plastik saiz kecil dan tag harga. Sekarang ini saya lebih suka menjual dalam bungkus yang kecil kerana ramai pelanggan yang terdiri dari pekerja pejabat gemar untuk membeli untuk santapan ringan sambil membuat kerja di pejabat. Saya dulu pernah bekerja, jadi saya tahu waktu-waktu selepas pukul 3 petang, masing-masing akan mencari sesuatu untuk menghilangkan rasa mengantuk. Jadi, sudah semestinya makanan yang akan menjadi pilihan untuk kekal fokus dalam melakukan kerja.

Katakan saya membeli 1kg kerepek, jadi saya boleh bahagikan kepada 10 bungkus yang kecil jika setiap bungkus mempunyai berat 100gm. Boleh letakkan dalam 20 bungkus bagi setiap pejabat untuk sejenis kerepek. Jika ada 3 jenis kerepek pilihan, 3 x 20 bungkus = 60 bungkus. Sekejap sahaja tu boleh habis. Mungkin dalam anggaran seminggu sahaja bergantung kepada jumlah pekerja di pejabat tersebut. Katakan setiap bungkus harganya adalah RM2. Jadi RM2 x 60 bungkus = RM120 adalah pendapatan yang saya bakal dapat untuk seminggu. Itu hanya untuk satu pejabat, jika di hantar lagi ke beberapa pejabat yang lain? Mungkin 5 buah pejabat dalam masa seminggu saya boleh menjana RM120 x 5 = RM600 jika semuanya habis dijual.

Mudah bukan? Yang penting adalah kerajinan dan minat untuk menjual. Sehingga bertemu lagi. Insya Allah saya akan kongsikan lagi pengalaman saya menjual produk lain pula.

Assalamualaikum.

18 comments:

  1. sgt menarik, yg penting kna rajin
    dan pastinya..malu letak tepi ;)

    ReplyDelete
  2. salam saye baru nak menceburi bidang perniagaan kerepek tapi x jumpa lagi alat kat atas tu, kat mane saye dapat beli siller?

    ReplyDelete
  3. Terbaik laaa. Sya jual kerepek. Sya nk ikot macam akk buat. Tq2 murah rezeki akk. In sya Allah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Masa sy student dulu sy buat camni gak nak cari duit poket sendri. Xsangka siap dpt bg mak duit plak.. Alhamdulillah syukurr.. Happy. Bezanya sy da siap packing kecik2 sy ketuk pintu setiap umah student setiap tingkat dr blok ke blok. Walau penat tp sy happy. Bile nak busy assignment cuti packing je.nak cuti niaga rugi rasanya. 2 3 jam je sy bejalan turun naik tangga ketuk pintu. Skg nak try semula.. :)

    ReplyDelete
  5. Sis sy nak tnye tenting panduan asas membina blog

    ReplyDelete
  6. Sis sy nak tnye tenting panduan asas membina blog

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Akak,tumpang tanya..sy newbie dlm bisnes kerepek dan sy tertarik dengan cara akak cume disebabkan modal limited,saya kena fikirkan cara terbaik ..sekarang saya kompius samada pergi walk in tanya office2 samada boleh ke saya tumpang letak kerepek atau dapatkan stok kerepek dulu baru pergi tanya office?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pd pendapat sy(sekiranya jual dlm pack kecil RM1/RM2, akak boleh tumpang ltak di kedai2 mkn,terutamanya kdai2 yg ramai anak2 muda lepak.Yela kan sedap lepak2 sambil kunyah sesuatu.

      Tnya owner kedai/office dlu sblum dptkn stok,deal brp percent boleh bagi, lpstu baru buat kira2 brp stok kene beli.Biasanya 5Kg boleh dpt dlm 60-70 pcs. Sy prefer jual RM2 utk 100 gram, owner amik RM0.5. Kalau di tempat sy kg, RM2 kira mahal trpksa jual RM1, sy ambil RM0.70 shj.. Tu agak susah nk grow. Sbb margin (untung) x bnyk.

      Delete
    2. Jangan lupa follow sy di IG @boyskreypekhq & Facebook Page @Boy's Kreypek HQ

      Delete
  9. Menarik! Mmenag boleh sangat buat income dengan bisnes online ni kan..rajin dengan tak je..

    ReplyDelete
  10. Sis nk tnya... Hantar kat ofis tu mesti minta kebenaran dr siapa?

    ReplyDelete
  11. saya pun pernah jual kerepek macam tu..tapi saya hantar di kedai-kedai runcit...sekarang ni saya hanya bisnes online di rumah sahaja

    ReplyDelete
  12. Sy pernah bisnes kerepek ltak di bwh blok asrama U..alhamdulillah 60 pcs sehari hbis & dpt rolling stok 5 kg tu 9 kali sehinggalah pkp trus lingkup rugi kira2 RM300. Ye la semua student dpt arahan balik.. Ingtkn pkp sekejap shj.. jadi sy biarkn stok dlm asrama smpai bln 7 baru dibenaerkn ambil barang dlm asrama..memang lemau la cite dia.. Tp bende yg jatuhkan kita ni yg buat rasa nk pergi lebih jauh. Jangan lupa follow IG saya @boyskreypekhq & Facebook Page @ Boy's Kreypek HQ. Sy doakan semoga yg baca komen sy ni dimurahkan rezeki, kaya & berjaya. Amiin.

    ReplyDelete
  13. Salam, kalau jual kerepek mcm nie.
    Dan atas brand yg dicipta sendiri.
    Perlu daftar ssm tak?

    ReplyDelete
  14. Salam Saya berminat nak berniaga krepek pisang nak bermula macam Mana ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...