Tuesday, June 9, 2015

Bestnya Bila Buka Kedai Online

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini bersiaran dari kampung halaman saya. Sempena cuti sekolah ini, saya ambil peluang pulang ke kampung membawa anak-anak bercuti. Kami memilih untuk balik bercuti di Kelantan kerana mahu meluangkan masa berkualiti antara anak-anak dan keluarga saya di sini. Walaupun sedang bercuti tetapi perniagaan online saya masih berjalan seperti biasa. Bagus kan?

Inilah antara kelebihan membina kedai online. Walau di mana kita berada, dengan perancangan yang teratur dan teliti, kita masih dapat menjalankan perniagaan tanpa perlu menutup kedai. Kenapa saya katakan perancangan yang teliti? Ini penting supaya kita dapat memberikan khidmat yang terbaik buat pelanggan kita walau di mana sahaja kita berada :)


Boleh dapatkan ebook di atas melalui saya. Whats App di 012-970 6828

Alhamdulillah semalam juga saya telah berpeluang berjumpa dan berkongsi ilmu tentang kelas asas blog fanpage & beriklan di Instagram bersama salah seorang pelajar saya yang berada di Kelantan. Inilah jodoh namanya, beliau mendaftar untuk kelas online tetapi diberikan rezeki berjumpa secara berdepan dengan saya. Kebetulan pula saya memang berada di rumah kakak saya yang terletak berhampiran dengan rumah beliau. Mudah bukan?


Selain dapat mengeratkan silaturrahim dan kembangkan jaringan (networking) dapat pula bertukar-tukar pendapat berdasarkan pengalaman masing-masing. Tahniah diucapkan buat Cik Faten yang merupakan seorang graduan bidang Matematik. Singgah baca blog beliau di sini : Tips Skor A Matematik. Selain dari mengajar tusyen subjek Matematik, beliau juga pandai membuat kek. Terima kasih di atas kek coklat yang sedap itu. Bagi sesiapa yang mahu menempah, boleh hubungi Faten melalui blog beliau ya :)


Alhamdulillah blog banyak membantu saya dalam mempromosikan produk dan servis yang saya tawarkan seperti kelas asas blog dan fanpage serta pengiklanan di internet. Inilah antara kelebihan yang ada apabila membuka sebuah "kedai online" (blog & fanpage) kerana walau di mana sahaja kita berada kita masih boleh meneruskan jual beli tanpa perlu menutup kedai atau menangguhkan penghantaran.


Saya juga sempat menambah stok rempah nasi arab Al Bayt yang saya jual. Mudah sahaja apabila kita tahu di mana sumber untuk mendapatkan stok, hanya perlu bawa ke mana-mana sahaja kita pergi. Setiapkali ada pembelian hanya perlu pergi ke Poslaju yang terdekat dan lakukan penghantaran. Itupun selepas pelanggan membayar semua jumlah yang telah ditetapkan ya! Terima kasih kepada perkhidmatan bank secara dalam talian (internet banking) yang membolehkan kita melihat transaksi walau di mana sahaja kita berada.

Tambahan pula dengan dunia sekarang yang boleh dikatakan internet hanya di hujung jari sahaja, pelbagai urusan boleh dilakukan secara dalam talian seperti urus niaga jual beli, promosi dan dunia tanpa sempadan. Bukan setakat kawan-kawan terdekat yang boleh membeli produk kita tetapi orang luar yang mengetahui tentang produk kita melalui blog dan carian di laman Google. Best kan? Saya juga mendapat banyak tempahan dan pelanggan saya selalunya saya tidak kenal dan terdiri dari mereka yang tinggal luar dari Shah Alam.

Jika kalian mahu membina sebuah "kedai online" boleh daftar kelas asas blog fanpage & beriklan di Instagram melalui saya untuk pengambilan bulan Jun. Kelas sebenarnya dibuka sepanjang tahun kerana keunikan kelas ini adalah secara online. Jika mahu kelas secara offline juga boleh cuma perlu datang ke Shah Alam di Seksyen 16 (Alam Avenue) atau tunggu sahaja saya balik bercuti ke Kelantan :)


Untuk pendaftaran boleh hubungi saya melalui :

E-mel : zailamohamad@gmail.com / zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi dan salam kejayaan buat semua :)

Sunday, May 24, 2015

Kelas Asas Blog Fanpage & Beriklan Di Instagram Di Shah Alam

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, berakhir sudah kelas asas blog fanpage & Instagram secara offline pada hari ini. Sebenarnya ini adalah kali kedua kelas ini dibuat di lokasi Seksyen 16 (Alam Avenue) Shah Alam. Kali pertama pada 28 April 2015 yang lepas dan seterusnya pada hari ini pula. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) iaitu Puan Masayu Ahmad dan tak dilupakan juga kepada guru online Puan Aishah Hussein dan barisan jemaah ABDR yang banyak membantu mempromosikan kelas ini. Memang terasa mudahnya apabila kita bekerja secara berjemaah berbanding melakukannya secara seorang diri.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang sanggup meluangkan masa pada hari cuti di hujung minggu demi untuk menimba ilmu. Semoga apa yang telah diajar dapat dimanfaatkan dan memberikan pulangan kepada semua. Lambat atau cepat terpulang kepada usaha masing-masing. Saya dan jemaah guru online di ABDR hanya boleh menunjukkan jalan dan selebihnya adalah bergantung kepada usaha kalian.

Kelas kedua kali ini ada beberapa pelajar yang sudah medaftar tapi tidak dapat menghadirkan diri. Tak mengapalah, kita akan cadangkan supaya sertai kelas yang seterusnya atau pilih sahaja kelas online. Di dalam ABDR jangan risau, bimbingan secara berterusan melalui online dan offline dari guru online dan yang penting adalah ukhuwah yang terjalin walaupun masing-masing tidak pernah bersua muka. Kalau kelas offline ni boleh lah melihat wajah saya yang ayu dan tembam ni (gurau sahaja). Risau juga pelajar tanya soalan-soalan yang susah tapi alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar dan beberapa tugasan berjaya disiapkan dalam masa 4 jam bersiaran dari bilik seminar di sini.


Sebenarnya kelas ini dijalankan bersama-sama dengan guru online Puan Aishah Hussein juga, jadi rasanya tiada pelajar yang terabai kerana sebolehnya memang kami akan bantu pelajar-pelajar menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Sekiranya belum siap, pelajar juga masih boleh terus sambung melalui online dan bertanyakan lagi soalan walau selepas waktu kelas.



Terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan untuk menjayakan kelas ini. Semoga hasil dari menyertai kelas ini dapat melahirkan ramai lagi surirumah yang mampu bekerja hanya dari rumah sahaja. Sebenarnya kelas ini boleh dijadikan sebagai asas atau platform untuk mereka membina jaringan (networking) yang kukuh melalui jaringan ABDR dan seterusnya mampu menjana pendapatan dari rumah sahaja. Insya Allah.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kelas ini, insya Allah kelas seterusnya akan dijalankan pada bulan Jun pula dan sebarang maklumat akan dimasukkan di dalam blog ini juga atau kalian boleh berhubung terus dengan saya melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com
Sms / WA : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu kembali dan salam kejayaan buat semua.

Wednesday, May 20, 2015

Perhatian Kepada Pengusaha Homestay Seluruh Malaysia




Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi ABDR

Assalamualaikum,

Perhatian buat semua pemilik homestay walau di mana anda berada. Jika mahu mengiklankan servis homestay anda bersama kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), di sini lah tempatnya. Kenapa perlu mengiklankannya bersama kami?

Saya tahu ramai pemilik homestay terdiri daripada mereka yang sibuk dan tidak punyai masa untuk mempromosikan servis mereka. Jadi, berikan kami peluang dengan membeli slot pengiklanan hak milik kekal di dalam jaringan ABDR yang semakin berkembang ini. Setiap iklan akan diletakkan di dalam pautan setiap blog pelajar ABDR. Tahukah anda yang semakin banyak pautan iklan kita di dalam internet, maka semakin senanglah iklan kita akan disiarkan di dalam enjin carian seperti google atau enjin carian yang lain.

Jadi, jom beriklan bersama kami. Hanya bayar sekali sahaja dan biarkan jaringan ABDR yang bekerja setiap hari. Jika mahu meletakkan iklan, boleh hubungi saya melalui :

e-mel : zailamohamad@yahoo.com
Sms / WA : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Jangan lepaskan peluang ini. Iklan anda akan disiarkan di laman blog Senarai Homestay Malaysia. Semua carian mengenai homestay akan tertumpu di situ.

Sehingga bertemu lagi. Salam kejayaan buat semua

Thursday, April 23, 2015

5 Bisnes Gerenti Masyuk Sempena Puasa

Teks : Zaila Mohamad
Gambar : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Sebenarnya sudah lama saya ingin berkongsikan di sini 5 bisnes yang gerenti masyuk (buat duit) pada bulan Ramadhan ini. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri ya memandangkan saya juga seorang peniaga online mahupun offline. Sejak berhenti kerja, saya memang menumpukan sepenuh masa kepada bisnes online saya.

Tahun pertama (2013) saya jual kerepek. Memang mendapat sambutan sangat tapi saya mengalami masalah stok yang tidak cukup sehingga pelanggan tidak berpuas hati. Antara kesilapan saya adalah terlalu memberi banyak pilihan pelbagai jenis kerepek. Tahun kedua (2014) saya hanya fokus kepada satu produk sahaja dan alhamdulillah walaupun masa itu saya sedang sarat mengandung saya mampu menjual lebih daripada 300 peket produk tersebut. Dalam bulan puasa saya sudah un melahirkan dan berpantang :)

Tahun ini (2015) saya mahu mencadangkan beberapa bisnes lain yang gerenti masyuk jika anda lakukan dengan bersungguh-sungguh. Tidak perlu banyak, hanya fokus jual ini sahaja. Tapi syaratnya harus bermula dari sekarang. Lakukan promosi berterusan dan gunakan kelebihan media sosial yang anda tahu.

1) Produk Makanan

Sudah semestinya memang menjadi pilihan pertama. Ini kerana rakyat Malaysia cukup terkenal dengan budaya kepelbagaian bangsa dan pilihan makanan. Tambah-tambah bulan puasa lagi banyak dugaan kan? Bila perut lapar mulalah semua nak makan? Jangan lupa promosi sekarang, bulan puasa sudah boleh buat agihan. Salah satu produk saya nak rekemenkan adalah sambal kentang di bawah ini


Jika berminat untuk menjadi ejen, boleh klik "like" fanpage saya yang ini : Sambal Kentang Sedap

2) Produk Kurus

Rata-rata rakyat Malaysia sudah makin ramai yang mencapai taraf obesiti. Ini mungkin disebabkan faktor pemakanan rakyat Malaysia juga seperti makanan berlemak, lebih gula dan lebih santan. Jangan ingat makan nasi sahaja punca kepada kgemukan ya tetapi banyak faktor sebenarnya. Jadi, gunakan peluang waktu ini menjual produk untuk kurus seperti TEH GLUCOSE CUT (GST) ini. Dengan pengambilan selama sebulan sudah menampakkan kesan. Jadi, untuk kelihatan kurus pada bulan puasa, boleh ambil GCT dari sebelum puasa lagi. Untuk berminat menjadi ejen jualan, boleh "like" di sini : Cegah Diabetes & Obese Dengan GC Tea atau hubungi 012-970 6828.


3) Produk Kecantikan

Ini salah satu peluang untuk mempromosikan produk kecantikan. Rata-rata kaum muslimah mahu nampak kekal cantik pada hari lebaran ini. Maklumlah setiap masa akan ke majlis-majlis rumah terbuka dan bertemu dengan sanak-saudara ataupun teman lama. Jadi, produk kecantikan juga boleh menjaminkan pulangan yang masyuk sempena bulan puasa nanti. Jika mahu cantik boleh mulakan dengan mengamalkan minuman yoghurt perisa strawberi ini iaitu Nano Centa. Merupakan produk keluaran bumiputera dan mengandungi pelbagai pilihan produk seperti salmon placenta, marine kolagen, habbatus sauda, arabic gum, delima dan banyak lagi. Mahu jadi ejen jualan seluruh Malaysia boleh "like" fanpage ini : Mari Kelih Store



4) Tudung / Selendang

Kenapa tudung dan bukannya baju raya? Ini kerana selalunya baju raya kaum hawa sudah membuat persiapan hampir 6 bulan yang lepas. Ini bagi mengelakkan terjadinya kes-kes tukang jahit tidak menerima tempahan baju raya di bulan puasa. Jadi pilih bisnes tudung kerana ianya tak memerlukan modal yang besar.

5) Tempahan Sampul Raya / hamper

Selalunya perniagaan ini anda hanya perlu mencari sumber kedai yang boleh mencetak sampul surat raya pada kadar yang murah. Hanya perlu untuk mempergiatkan promosi di laman-laman sosial sahaja dan setelah cukup tempahan, bawa design ke kedai percetakan. Mudah bukan? Anda bukannya perlu memiliki saham di kedai tersebut tatapi anda hanya perlu berusaha untuk mendapatkan pelanggan sahaja :)

Saya harap ramai yang akan berniaga selepas ini. Tidak kira apa juga jawatan anda, seharusnya umat Islam berniaga untuk mendapatkan pendapatan yang lebih dan dalam masa yang sama boleh membantu mereka yang memerlukan. Berniaga ini boleh melatih diri kita supaya memiliki perasaan sabar dan tidak berputus-asa. Jika tak tahu boleh belajar dari internet, sifu-sifu pemasaran dan banyak lagi.

Untuk mengikuti kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) boleh mendaftar melalui saya :

Emel : zailamohamad@gmail.com
No Telefon : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Friday, March 27, 2015

Sahaja Aku Berniaga Kerana Allah Taala

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Pernah tak anda mendapat soalan macam ini? "Dah lama berniaga tapi kenapa tak kaya-kaya?" tak pun berbunyi macam ini "Kau takpelah, berniaga duit banyak". Jujurnya saya sebenarnya sudah lali dengan pelbagai soalan dan sindiran sinis dari teman-teman yang masih tidak faham nawaitu (niat) saya berniaga. Di dalam minda mereka hanya tertulis "BERNIAGA UNTUK KAYA" sahaja jadi apabila mereka melakukan sesuatu perniagaan dan apabila tidak mendapat kekayaan seperti yang dijanjikan mereka akan kecewa dan seterusnya mula mencari kesalahan orang lain untuk dituding!

Tapi sekarang ini alhamdulillah saya sentiasa dikelilingi oleh insan-insan hebat yang tahu niat sebenar untuk berniaga. Dalam apa jua yang anda lakukan, niatkan hanya untuk Allah Taala. Apabila kita ikhlas, maka kita akan bersedia untuk menerima segala kemungkinan yang ada. Jangan ingat berniaga ini kita akan sentiasa mendapat duit masuk sahaja? Kalau dapat tempahan setiap hari pun tidak bermakna kita akan senantiasa untung. Saya sendiri kadang-kadang "terduduk" juga apabila wang keluar lebih banyak dari wang masuk. Bukan apa, salah saya juga yang tidak membuat perkiraan dengan tepat segala kos dan kadang-kadang menyebabkan kerugian yang terpaksa saya tanggung.

Namun, ini semua adat berniaga. Jika tidak mahu merasai segala perit jerih berniaga, maka jangan mulakannya. Tapi bagi saya, anda sudah tentulah orang yang rugi. Kenapa? Sedangkan isteri kesayangan Rasulullah sendiri iaitu Khadijah yang merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya. Malah, beliau juga merupakans eorang surirumah pendamping kepada baginda Rasulullah SAW.

Seharusnya setiap surirumah berbangga dengan jawatan yang dipegang kerana ianya merupakan amanah Allah buat mereka untuk terus menguruskan keluarga tanpa perlu keluar dari rumah. Contohi Khadijah, isteri kepada Rasulullah SAW yang masih tetap menjalankan bisnes walaupun setelah berkahwin dengan Rasulullah. Malah, beliau juga menjadi penyumbang wang yang utama pada saat-saat sukar dalam perjalanan dakwah Rasulullah.
Justeru itu, jangan malu untuk menjadikan status surirumah sebagai satu kerjaya. Insya Allah, selain dapat menguruskan keluarga, kita juga masih mampu untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat juga.

Sumber : Ebook Surirumah Juga Boleh Berbisnes. Untuk pembelian sila klik sini : BORANG TEMPAHAN

Masih ingat lagi azam tahun baru 2015 saya yang mahu menabung untuk pendidikan anak-anak saya?
Alhamdulillah, walaupun sudah masuk suku pertama 2015 saya masih konsisten memasukkan jumlah wang yang saya peruntukkan untuk mereka. Tidak kisah banyak mana yang penting adalah konsisten. Untuk Ashraf saya terus masukkan ke dalam akaun SSPN. Untuk Husna & Haziq saya hanya masukkan ke dalam akaun simpanan mereka kerana saya fikir wang ini nanti boleh dikeluarkan pada awal tahun depan untuk membayar yuran tahunan sekolah mereka. Itupun jika perlu, jika tidak biarkan sahaja di situ tanpa diusik :)

Ini menjawab pertanyaan kenapa saya berniaga tidak kaya-kaya. Saya tertarik dengan penulisan Puan Azura Abdullah di dalam buku sulungnya iaitu "BEKERJA & BERNIAGA" yang mengatakan bahawa ramai kaum wanita terjebak dalam kancah hutang yang tidak perlu seperti hutang kereta, hutang pinjaman peribadi untuk kecantikan, hutang beg tangan dan segala jenis hutang kerana ramai di antara mereka yang berlumba-lumba untuk memuaskan hati orang lain dan cakap-cakap orang lain.

Jadi, sebelum berniaga pastikan kita perbetulkan niat sebenar kita berniaga iaitu kerana Allah Taala. Yakinlah dengan rezeki yang DIA bagi dan bersederhanalah dalam kehidupan. Selain dari itu, pastikan niat kita berniaga untuk membahagiakan hati pasangan kita, ibubapa kita dan mereka yang kita sayangi juga. Dengan duit hasil berniaga juga kita boleh membantu orang lain dengan memperbanyakkan sedekah (yang ini sudah pasti!).

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Tuesday, March 24, 2015

Peluang Bisnes Bulan Ramadhan 2015


Assalamualaikum,

Tidak lama lagi kita akan bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan dan sentiasa dirindui. Bagi saya seorang peniaga kecil-kecilan, sudah tentulah bulan ini menjanjikan pendapatan yang lebih sedikit daripada biasa. Alhamdulillah, sejak berhenti kerja dan melakukan perniagaan menjual produk makanan, permintaan di dalam bulan puasa senantiasa mendapat sambutan yang menggalakkan. Pendek kata, sesiapa yang berusaha sudah pasti akan mendapat hasilnya. Percayalah!

Tahun lepas, seingat saya produk sambal kentang yang mendapat sambutan hangat sekali. Sebanyak lebih 300 peket (500gm) terjual dan ejen-ejen saya juga sangat aktif menerima tempahan dan pesanan. Tahun ini, insya Allah jika dipanjangkan usia oleh Allah SWT saya mahu melihat lebih ramai lagi surirumah yang bangkit berniaga bagi membantu kewangan keluarga. Tambahan pula, bulan depan negara akan mengaplikasikan sistem GST yang sedikit sebanyak akan merubah taraf kehidupan kita. Nak tak nak terpaksalah mencari sumber kedua pendapatan iaitu dengan berniaga.

Saya cukup bersyukur kerana zaman sekarang surirumah sentiasa diberi pilihan untuk berada di rumah dan menjalankan perniagaan hanya dari rumah sahaja. Tak percaya? Sudah hampir 3 tahun saya beroperasi dari rumah dan menjual melalui online sahaja. Kebanyakan ejen bukan dari kawasan kediaman saya malah merata tempat di Malaysia. Jadi, bagi yang berminat boleh daftar dan hubungi saya melalui :

E-mel : zailamoamad@gmail.com
WA : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad


Alhamdulillah tahun ini juga kita telah perkenalkan stiker baru produk yang laku keras sepanjang bulan puasa ini iaitu Sambal Kentang Sedap. Semoga ianya menjadi pemangkin semangat untuk saya berusaha lebih kuat lagi membantu surirumah di luar sana yang mahu mencari sumber pendapatan kedua untuk bekalan hari raya nanti.

Jangan lupa dapatkan sampel untuk edaran di pejabat mahupun kejiranan anda ya :)

Sehingga bertemu lagi dan nantikan lebih banyak lagi produk yang akan masuk. Insya Allah.

Friday, March 13, 2015

Ulasan Ebook "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES"

Teks: Hifzaila Hafni

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada Guru Online saya, Puan Zaila Mohamad dengan terbitnya ebook sulung beliau iaitu 'Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes'.

Jika selama ini, kita fikir suri rumah hanya perlu berada di rumah untuk uruskan rumah tangga sahaja, namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai suri rumah yang makin pandai dan bijak memenuhi masa dan menambah pendapatan membantu suami dengan menjadi suri rumah yang bijak berbisnes.

Dan tidak kurang juga yang berkerjaya sebelum ini, melepaskan jawatan untuk menunaikan tanggungjawab di rumah. Namun, bukan menjadi suri rumah semata-mata, tetapi suri rumah yang masih mampu membantu suami, mengurus anak-anak sambil bekerja di rumah sahaja.

Dalam ebook ini, Puan Zaila berkongsi pengalaman beliau menjadi ibu bekerjaya dan kemudian akhirnya mengambil keputusan menjadi suri rumah setelah dikurniakan 4 orang anak. Berdasarkan pengalaman beliau ini (yang kisahnya hampir sama saja dengan saya), saya amat memahami sebab beliau mengambil keputusan untuk berada di rumah, yakni bekerja dengan hanya di rumah.

Bila makin bertambah ahli keluarga, perbelanjaan juga makin bertambah. Tidak dapat dinafikan, kos menghantar anak ke taska atau pengasuh pada zaman sekarang boleh tahan juga bayaran bulanannya. Bayangkan Puan Zaila yang perlu menghantar 3 orang anak ke taska sebelum berhenti kerja. Berapakah kosnya? Dengan bayaran lebih masa, perlu hantar pada hari Sabtu. Saya juga mengalami perkara yang sama. Dan ada lagi sebab lain berkenaan anak-anak beliau dengan taska, yang membuatkan beliau nekad berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak di rumah.

Nak tahu sebabnya? Kenalah beli ebook ini ya.

Menjadi suri rumah adalah pilihan masing-masing. Dan bukan semua orang mampu berbuat demikian. Komitmen lain, dan juga keperluan muslimah dalam sesetengah bidang pekerjaan kadangkala menuntut sebahagian daripada kita untuk terus bekerja. Terpulang kepada keadaan masing-masing. Cuma yang pasti, setiap pilihan yang dibuat jangan terburu-buru dan sebaiknya solat istikharah dan Bertanya Allah Dahulu #teknikBAD.

Banyak lagi yang dikongsikan oleh Puan Zaila dalam ebook sulung beliau ini. Antaranya bagaimana beliau memulakan bisnes secara part time, kemudian secara online dan memanfaatkan media sosial untuk meluaskan pasaran dan pelanggan. Dan jangan tak tahu, Puan Zaila ada macam-macam jenis bisnes yang pernah diceburi dan merupakan blogger yang berjaya mendapat hasil daripada berblog, dengan hanya beroperasi dari rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...