Tuesday, June 9, 2015

Bestnya Bila Buka Kedai Online

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini bersiaran dari kampung halaman saya. Sempena cuti sekolah ini, saya ambil peluang pulang ke kampung membawa anak-anak bercuti. Kami memilih untuk balik bercuti di Kelantan kerana mahu meluangkan masa berkualiti antara anak-anak dan keluarga saya di sini. Walaupun sedang bercuti tetapi perniagaan online saya masih berjalan seperti biasa. Bagus kan?

Inilah antara kelebihan membina kedai online. Walau di mana kita berada, dengan perancangan yang teratur dan teliti, kita masih dapat menjalankan perniagaan tanpa perlu menutup kedai. Kenapa saya katakan perancangan yang teliti? Ini penting supaya kita dapat memberikan khidmat yang terbaik buat pelanggan kita walau di mana sahaja kita berada :)


Boleh dapatkan ebook di atas melalui saya. Whats App di 012-970 6828

Alhamdulillah semalam juga saya telah berpeluang berjumpa dan berkongsi ilmu tentang kelas asas blog fanpage & beriklan di Instagram bersama salah seorang pelajar saya yang berada di Kelantan. Inilah jodoh namanya, beliau mendaftar untuk kelas online tetapi diberikan rezeki berjumpa secara berdepan dengan saya. Kebetulan pula saya memang berada di rumah kakak saya yang terletak berhampiran dengan rumah beliau. Mudah bukan?


Selain dapat mengeratkan silaturrahim dan kembangkan jaringan (networking) dapat pula bertukar-tukar pendapat berdasarkan pengalaman masing-masing. Tahniah diucapkan buat Cik Faten yang merupakan seorang graduan bidang Matematik. Singgah baca blog beliau di sini : Tips Skor A Matematik. Selain dari mengajar tusyen subjek Matematik, beliau juga pandai membuat kek. Terima kasih di atas kek coklat yang sedap itu. Bagi sesiapa yang mahu menempah, boleh hubungi Faten melalui blog beliau ya :)


Alhamdulillah blog banyak membantu saya dalam mempromosikan produk dan servis yang saya tawarkan seperti kelas asas blog dan fanpage serta pengiklanan di internet. Inilah antara kelebihan yang ada apabila membuka sebuah "kedai online" (blog & fanpage) kerana walau di mana sahaja kita berada kita masih boleh meneruskan jual beli tanpa perlu menutup kedai atau menangguhkan penghantaran.


Saya juga sempat menambah stok rempah nasi arab Al Bayt yang saya jual. Mudah sahaja apabila kita tahu di mana sumber untuk mendapatkan stok, hanya perlu bawa ke mana-mana sahaja kita pergi. Setiapkali ada pembelian hanya perlu pergi ke Poslaju yang terdekat dan lakukan penghantaran. Itupun selepas pelanggan membayar semua jumlah yang telah ditetapkan ya! Terima kasih kepada perkhidmatan bank secara dalam talian (internet banking) yang membolehkan kita melihat transaksi walau di mana sahaja kita berada.

Tambahan pula dengan dunia sekarang yang boleh dikatakan internet hanya di hujung jari sahaja, pelbagai urusan boleh dilakukan secara dalam talian seperti urus niaga jual beli, promosi dan dunia tanpa sempadan. Bukan setakat kawan-kawan terdekat yang boleh membeli produk kita tetapi orang luar yang mengetahui tentang produk kita melalui blog dan carian di laman Google. Best kan? Saya juga mendapat banyak tempahan dan pelanggan saya selalunya saya tidak kenal dan terdiri dari mereka yang tinggal luar dari Shah Alam.

Jika kalian mahu membina sebuah "kedai online" boleh daftar kelas asas blog fanpage & beriklan di Instagram melalui saya untuk pengambilan bulan Jun. Kelas sebenarnya dibuka sepanjang tahun kerana keunikan kelas ini adalah secara online. Jika mahu kelas secara offline juga boleh cuma perlu datang ke Shah Alam di Seksyen 16 (Alam Avenue) atau tunggu sahaja saya balik bercuti ke Kelantan :)


Untuk pendaftaran boleh hubungi saya melalui :

E-mel : zailamohamad@gmail.com / zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi dan salam kejayaan buat semua :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...