Friday, March 13, 2015

Ulasan Ebook "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES"

Teks: Hifzaila Hafni

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada Guru Online saya, Puan Zaila Mohamad dengan terbitnya ebook sulung beliau iaitu 'Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes'.

Jika selama ini, kita fikir suri rumah hanya perlu berada di rumah untuk uruskan rumah tangga sahaja, namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai suri rumah yang makin pandai dan bijak memenuhi masa dan menambah pendapatan membantu suami dengan menjadi suri rumah yang bijak berbisnes.

Dan tidak kurang juga yang berkerjaya sebelum ini, melepaskan jawatan untuk menunaikan tanggungjawab di rumah. Namun, bukan menjadi suri rumah semata-mata, tetapi suri rumah yang masih mampu membantu suami, mengurus anak-anak sambil bekerja di rumah sahaja.

Dalam ebook ini, Puan Zaila berkongsi pengalaman beliau menjadi ibu bekerjaya dan kemudian akhirnya mengambil keputusan menjadi suri rumah setelah dikurniakan 4 orang anak. Berdasarkan pengalaman beliau ini (yang kisahnya hampir sama saja dengan saya), saya amat memahami sebab beliau mengambil keputusan untuk berada di rumah, yakni bekerja dengan hanya di rumah.

Bila makin bertambah ahli keluarga, perbelanjaan juga makin bertambah. Tidak dapat dinafikan, kos menghantar anak ke taska atau pengasuh pada zaman sekarang boleh tahan juga bayaran bulanannya. Bayangkan Puan Zaila yang perlu menghantar 3 orang anak ke taska sebelum berhenti kerja. Berapakah kosnya? Dengan bayaran lebih masa, perlu hantar pada hari Sabtu. Saya juga mengalami perkara yang sama. Dan ada lagi sebab lain berkenaan anak-anak beliau dengan taska, yang membuatkan beliau nekad berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak di rumah.

Nak tahu sebabnya? Kenalah beli ebook ini ya.

Menjadi suri rumah adalah pilihan masing-masing. Dan bukan semua orang mampu berbuat demikian. Komitmen lain, dan juga keperluan muslimah dalam sesetengah bidang pekerjaan kadangkala menuntut sebahagian daripada kita untuk terus bekerja. Terpulang kepada keadaan masing-masing. Cuma yang pasti, setiap pilihan yang dibuat jangan terburu-buru dan sebaiknya solat istikharah dan Bertanya Allah Dahulu #teknikBAD.

Banyak lagi yang dikongsikan oleh Puan Zaila dalam ebook sulung beliau ini. Antaranya bagaimana beliau memulakan bisnes secara part time, kemudian secara online dan memanfaatkan media sosial untuk meluaskan pasaran dan pelanggan. Dan jangan tak tahu, Puan Zaila ada macam-macam jenis bisnes yang pernah diceburi dan merupakan blogger yang berjaya mendapat hasil daripada berblog, dengan hanya beroperasi dari rumah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...