Gambar : Koleksi peribadi
Assalamualaikum,
Sebenarnya sudah lama saya ingin berkongsikan di sini 5 bisnes yang gerenti masyuk (buat duit) pada bulan Ramadhan ini. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri ya memandangkan saya juga seorang peniaga online mahupun offline. Sejak berhenti kerja, saya memang menumpukan sepenuh masa kepada bisnes online saya.
Tahun pertama (2013) saya jual kerepek. Memang mendapat sambutan sangat tapi saya mengalami masalah stok yang tidak cukup sehingga pelanggan tidak berpuas hati. Antara kesilapan saya adalah terlalu memberi banyak pilihan pelbagai jenis kerepek. Tahun kedua (2014) saya hanya fokus kepada satu produk sahaja dan alhamdulillah walaupun masa itu saya sedang sarat mengandung saya mampu menjual lebih daripada 300 peket produk tersebut. Dalam bulan puasa saya sudah un melahirkan dan berpantang :)
Tahun ini (2015) saya mahu mencadangkan beberapa bisnes lain yang gerenti masyuk jika anda lakukan dengan bersungguh-sungguh. Tidak perlu banyak, hanya fokus jual ini sahaja. Tapi syaratnya harus bermula dari sekarang. Lakukan promosi berterusan dan gunakan kelebihan media sosial yang anda tahu.
1) Produk Makanan
Sudah semestinya memang menjadi pilihan pertama. Ini kerana rakyat Malaysia cukup terkenal dengan budaya kepelbagaian bangsa dan pilihan makanan. Tambah-tambah bulan puasa lagi banyak dugaan kan? Bila perut lapar mulalah semua nak makan? Jangan lupa promosi sekarang, bulan puasa sudah boleh buat agihan. Salah satu produk saya nak rekemenkan adalah sambal kentang di bawah ini
Jika berminat untuk menjadi ejen, boleh klik "like" fanpage saya yang ini : Sambal Kentang Sedap
2) Produk Kurus
Rata-rata rakyat Malaysia sudah makin ramai yang mencapai taraf obesiti. Ini mungkin disebabkan faktor pemakanan rakyat Malaysia juga seperti makanan berlemak, lebih gula dan lebih santan. Jangan ingat makan nasi sahaja punca kepada kgemukan ya tetapi banyak faktor sebenarnya. Jadi, gunakan peluang waktu ini menjual produk untuk kurus seperti TEH GLUCOSE CUT (GST) ini. Dengan pengambilan selama sebulan sudah menampakkan kesan. Jadi, untuk kelihatan kurus pada bulan puasa, boleh ambil GCT dari sebelum puasa lagi. Untuk berminat menjadi ejen jualan, boleh "like" di sini : Cegah Diabetes & Obese Dengan GC Tea atau hubungi 012-970 6828.
3) Produk Kecantikan
Ini salah satu peluang untuk mempromosikan produk kecantikan. Rata-rata kaum muslimah mahu nampak kekal cantik pada hari lebaran ini. Maklumlah setiap masa akan ke majlis-majlis rumah terbuka dan bertemu dengan sanak-saudara ataupun teman lama. Jadi, produk kecantikan juga boleh menjaminkan pulangan yang masyuk sempena bulan puasa nanti. Jika mahu cantik boleh mulakan dengan mengamalkan minuman yoghurt perisa strawberi ini iaitu Nano Centa. Merupakan produk keluaran bumiputera dan mengandungi pelbagai pilihan produk seperti salmon placenta, marine kolagen, habbatus sauda, arabic gum, delima dan banyak lagi. Mahu jadi ejen jualan seluruh Malaysia boleh "like" fanpage ini : Mari Kelih Store
Kenapa tudung dan bukannya baju raya? Ini kerana selalunya baju raya kaum hawa sudah membuat persiapan hampir 6 bulan yang lepas. Ini bagi mengelakkan terjadinya kes-kes tukang jahit tidak menerima tempahan baju raya di bulan puasa. Jadi pilih bisnes tudung kerana ianya tak memerlukan modal yang besar.
5) Tempahan Sampul Raya / hamper
Selalunya perniagaan ini anda hanya perlu mencari sumber kedai yang boleh mencetak sampul surat raya pada kadar yang murah. Hanya perlu untuk mempergiatkan promosi di laman-laman sosial sahaja dan setelah cukup tempahan, bawa design ke kedai percetakan. Mudah bukan? Anda bukannya perlu memiliki saham di kedai tersebut tatapi anda hanya perlu berusaha untuk mendapatkan pelanggan sahaja :)
Saya harap ramai yang akan berniaga selepas ini. Tidak kira apa juga jawatan anda, seharusnya umat Islam berniaga untuk mendapatkan pendapatan yang lebih dan dalam masa yang sama boleh membantu mereka yang memerlukan. Berniaga ini boleh melatih diri kita supaya memiliki perasaan sabar dan tidak berputus-asa. Jika tak tahu boleh belajar dari internet, sifu-sifu pemasaran dan banyak lagi.
Untuk mengikuti kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) boleh mendaftar melalui saya :
Emel : zailamohamad@gmail.com
No Telefon : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad
Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.
sedapnya sambal kentang tu... :)
ReplyDelete