Saturday, May 3, 2014

Ulasan Pelajar Kelas Asas Blog, Fanpage & Beriklan Di Laman Mudah.my

Teks : Maya Hs Collection
Sumber : http://mayahscollection.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage-iklan.html

Assalamu'alaikum

Saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa, mempunyai seorang anak gadis yang comel
 berumur 12tahun dan dua orang anak bujang yang macam-macam kerenah, masing-masing berumur 11tahun dan 5tahun.Ibu saya tinggal serumah dengan saya jadi sementara saya bekerja anak-anak di jaga oleh ibu.

Dulu saya bekerja dalam bidang makanan, oleh kerana anak yang berumur 5tahun saya itu telah mula memasuki alam persekolahan dan merasa segala tanggung jawab di rumah terabai, saya memutuskan untuk berhenti bekerja. 

Kehidupan yang sentiasa bekerja dulu membuatkan saya bosan untuk duduk diam sahaja. Saya berfikir apa yang perlu saya lakukan selain dari menjadi surirumah sepenuh masa. Akhirnya saya terpikat dengan bisnes perniagaan telekung online kepunyaan adik suami saya. Saya memulakan perniagaan telekung dengan menjadi ejen dropship,tetapi saya hanya berniaga secara offline sahaja. Akhirnya dari main-main untuk menghilangkan bosan saya mula seronok tetapi dugaan datang sekali lagi apabila adik ipar saya telah berpindah kerja ke Qatar.

Saya mula buntu untuk berniaga apa lagi. Suami menyarankan agar saya cuba berniaga sendiri dengan modal sendiri. Saya mula berniaga online dan juga offline, kali ini bukan satu produk sahaja yang saya jual, tetapi apa saja yang boleh di jual saya akan jual. Namun bukan mudah untuk mempelajari dunia perniagaan online,saya pula tidak ramai sahabat di facebook, dan ini membuatkan saya mula risau.

Saya selalu terbaca status-status puan Zaila Mohamad, saya tertarik dan mula melihat ke wall beliau. Kebanyakan status beliau bercerita tetang perniagaan online dan bagaimana mahu berniaga online. Untuk pengetahuan anda semua, puan Zaila merupakan bekas teman sekerja suami saya pada masa dahulu. Jadi suami menyarankan agar saya bertanya terus kepada beliau. Saya menceritakan masalah saya pada puan Zaila dan beliau meyarankan saya agar mengambil pakej "belajar kelas asas blog, fanpage & iklan mudah.my".

Kelas ini merupakan kelas 100% menggunakan Bahasa Melayu, agak mudah difahami kerana saya bukanlah orang yang hebat dalam Bahasa Inggeris dan dalam pengetahuan computer. Saya juga pernah ke kelas offline puan Zaila iaitu di rumahnya. Banyak tips dan cara-cara membina perniagaan di internet, cara asas menulis di blog dengan betul, cara berniaga di fanpage dan cara letak iklan di mudah.my telah diberikan kepada saya. Barulah saya tahu berniaga online bukan hanya di facebook sahaja dan bukannya perlu 24 jam menghadap komputer sahaja untuk mengepos gambar peniagaan kita. Dulu, walaupun saya telah mempunyai fanpage,blog dan akaun Mudah.my tetapi saya tidak tahu cara bagaimana menggunakannya, inilah kelemahan diri saya. Saya tahu membuat kesemua akaun tetapi tidak tahu cara untuk memainkan perniagaan di situ.


Puan Zaila juga mengajar online sesuai bagi saya yang tiada masa untuk pergi ke mana-mana ini. Sambil berniaga pun saya boleh belajar di kelas online beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya apa bila saya buntu. Walau pun pelajaran kelas saya telah berakhir tetapi puan Zaila sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat-nasihat yang positif, nasihat yang boleh diguna pakai di dalam perniagaan.

Dengan mengikuti kelas asas ini kini saya tidak lagi perlu 24 jam menghadap komputer, kehidupan saya teratur,kerja-kerja rumah selesai,saya mempunyai masa untuk keluarga dan untuk pergi ke kelas pengajian al-quran & tajwid yang saya ikuti dan yang paling penting peniagaan saya berjalan lancar.

Apa pun yang kita lalukan harus ada mentor dan mentor itu penting.

kata-kata nasihat oleh Dr Azizan Osman saat saya dan suami mengikuti seminar beliau di Kuala Lumpur masih terngiang-ngiang di telinga saya, benar sekali...Wang bukan ukuran untuk kita menimba ilmu. Jadi kepada anda yang mempunyai masalah sama seperti yang saya alami, jom sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH dengan mengikuti kelas-kelas asas berniaga online.

Sekian ulasan saya mengenai 
kelas asas blog,fanpage & iklan mudah.my.

Semoga ianya bermanfaat untuk anda.

Semalam, Pn Maya telah mentag gambar di bawah ini ;


Puan Maya sekadar mahu berkongsikan pengalaman gembira beliau apabila mendapat pelanggan yang menjumpai iklannya di laman Mudah. Tahniah diucapkan buat Pn Maya. Akhirnya usaha dan penantian berakhir dengan peluang bisnes. Walaupun hanya sekadar satu jual beli tetapi saya boleh bayangkan betapa gembiranya kerana saya juga telah lalui perasaan yang sama juga dahulu.

Bagi yang mahu mengikuti kelas ini, boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
SMS / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Bengkel Urus Akaun Bisnes Bagi WAHM / Peniaga Online Baru

Teks : Zaila Mohamad
Imej : google

Assalamualaikum,

Pernah tak anda merasa hairan dengan bisnes sendiri? Rasanya hampir setiap hari mendapat tempahan atau menjual produk, tetapi di penghujung bulannya duit hasil berniaga itu tidak tahu ke mana hilangnya. Jika berlaku perkara sebegini, sudah tentulah sedikit sebanyak akan menjejaskan mood kita untuk berniaga bukan?

Saya dulu semasa bekerja memang selalu melakukan kesilapan dengan mengcampur-adukkan pendapatan bisnes dengan peribadi. Pantang ada duit di dalam bank, saya akan habiskannya dengan membeli secara dalam talian :) Memang sungguh tidak berdisiplin!

Tahun ini saya cabar diri untuk lebih berdisiplin dalam menjejak aliran tunai wang bisnes saya. Itupun selepas memasuki kelas urus akaun WAHM SOHO yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Alhamdulillah, kesedaran awal membuatkan saya dapat merekod duit masuk bulanan saya.


Penting sangat merekodkan segala duit masuk dan duit keluar. Bila berniaga, jangan ingat duit yang kita gunakan untuk beli barang sahaja dikira modal tetapi segala kos yang dikeluarkan sepanjang menguruskan perniagaan juga dikira sebagai modal. Sebagai contoh, jika berniaga online; bil elektrik, bil internet harus dimasukkan di dalam budget bulanan. Ini dikira sebagai kos tetap yang dikeluarkan leh kita setiap bulan. Kemudian harus pula direkodkan kos membeli bahan mentah, kos pembungkusan dan kos penghantaran. Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan akan anggaran kasar untuk setiap produk yang kita jual.

Jangan jadi macam Kak Jemah yang berniaga tanpa ilmu urus akaun.

Kak Jemah menjual produk makanan jenama A. Kak Jemah membelinya terus dari kilang pada harga yang murah (kerana borong). Kak Jemah mencari ejen-ejen jualan sekitar Kuala Lumpur untuk menjual dan mengedarkan produk makanan jenama A tersebut. Alhamdulillah, produk kak Jemah laku macam goreng pisang panas.

Harga Kak Jemah jual mengikut harga pasaran. Kak Jemah memberikan komisen RM-X kepada ejen-ejen Kak Jemah dan Kak Jemah mengambil untung sebanyak RM-Y atas setiap satu produk.

Ejen Kak Jemah semua mendapat untung bersih sebanyak RM-X bagi setiap jualan produk, manakala Kak Jemah hanya mendapat untung RM-Z setelah Kak Jemah membuat kiraan berikut :

- Harga modal produk + kos poslaju + harga plastik poslaju + bubble wrap + saletape + kos minyak kereta Kak Jemah setiapkali pergi pos

Baru Kak Jemah tahu rupa-rupanya Kak Jemah hanya untung sedikit sahaja atas satu produk jenama A tersebut. Kadang-kadang Kak Jemah terpaksa menanggung kerugian apabila Kak Jemah mendapat pelanggan yang cerewet dalam kos pos.

Kesian Kak Jemah kan?


Itu dilema yang biasa bagi mereka yang baru bermula. Sebab itulah, setiap urusan jual beli perlu direkodkan satu-satu supaya boleh dijadikan rujukan di dalam urusan seterusnya. 

Ini contoh rekod jualan harian saya. Saya selesa merekod di dalam Microsft Excel kerana sudah biasa menggunakannya sewaktu bekerja dahulu.


Setiap hari jangan lupa catatkan jualan & belian kita. Begitu juga perbelanjaan yang lain seperti kos membayar bil internet, membayar hutang, membeli barangan untuk penghantaran dan sebagainya.


Tidak kira bagaimana cara kita mendapatkan bayaran iaitu samaada melalui tunai mahupun transaksi online, jangan lupa untuk merekodkannya. Konsisten sehingga hujung bulan di mana nanti kita akan dapat tahu jumlah jualan adakah melebihi jumlah modal yang kita gunakan sepanjang berbisnes.

Apa yang dapat saya simpulkan adalah, dengan rekod yang bagus, kita dapat mengetahui beberapa perkara seperti :

- Keuntungan bersih yang kita dapati hasil dari berniaga
- Dari keuntungan bersih juga kita dapat agih-agihkan kepada beberapa bahagian seperti duit gaji kita, simpanan tetap, pembayaran hutang dan juga untuk sedekah (mahupun zakat)

Selain itu, semua resit mahupun bukti pembayaran atau penghantaran harus disimpan sebagai rujukan untuk pengiraan nanti.

Sekarang nampak bukan betapa pentingnya untuk merekod hasil jualan atau pendapatan kita. Bagi yang mahu belajar lebih lanjut lagi tentang pengurusan akaun, boleh mendaftar ke kelas urus akaun WAHM / WAHD seperti di bawah ini :

Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9pg -5ptg
Makan tengahari dan air mineral disediakan.


Pendaftaran masih dibuka lagi. Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Semoga bermanfaat.

Jangan Berhenti Kerja Sebelum Bersedia

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi Akademi Bekerja Dari Rumah

Assalamualaikum,

Saya sering mendapat pertanyaan bilakah waktu yang sesuai untuk meletakkan jawatan. Selalunya para ibu yang bekerja memang akan selalu merasa tidak bersemangat untuk bekerja apabila anak-anak mereka jatuh sakit atau mengalami masalah tekanan bebanan kerja yang melampau di pejabat. Mengikut pengalaman saya dulu pun, selalu aje dihimpit perasaan bersalah dan mahu melepaskan jawatan di pejabat apabila anak sulung saya Amirul Haziq selalu jatuh sakit dan dimasukkan ke wad di hospital kerajaan mahupun swasta. Akan tetapi, pada masa itu saya masih ragu-ragu akan kemampuan saya untuk berada di rumah dan mencari pendapatan sendiri.

Alhamdulillah, Allah menggerakkan saya untuk bemula dengan blog. Pada tahun 2009, saya mula berblog dan memulakan perniagaan secara online. Dari situ, saya mula belajar (sendiri) apa itu internet marketing, networking dan skill berniaga online saya kembangkan pula menjadi offline dengan menyertai jualan di bazar-bazar pada hujung minggu. Masa itu, anak baru 2 orang dan suami memang memberikan sepenuuh sokongan kepada saya demi mencapai cita-cita untuk berjaya dalam perniagaan. Pengalaman ditipu penganjur juga saya pernah lalui dan pernah juga menyewa bazar jualan di bulan Ramadhan dan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Pendek kata, saya pernah putus asa dengan berniaga satu masa dahulu.

Apabila mengandungkan anak ke empat, perasaan untuk berada di rumah bersama anak-anak memang tidak dapat dibendung lagi. Saya menghantar surat perletakan jawatan tanpa memberitahu suami pun, cuma sebelum itu ada membincangkan untuk meletakkan jawatan bagi menjaga anak-anak. Memang suami memberikan sepenuh sokongan pada saya memandangkan masa itu suami juga sudah tidak tahan melihatkan keadaan anak-anak yang tidak terurus di taska mereka. Akhirnya, Julai 2012 saya menjadi surirumah sepenuh masa. Masa itu hanya berfikir untuk meneruskan blog saya dan menjual secara sambilan sahaja. Tidak pernah terfikir yang Pn Masayu Ahmad akan menarik saya untuk berniaga menjadi ahli dropshipper produk makanan sunnah yang beliau jalankan.

Menyusul selepas itu, satu demi satu projek dan "amanah" diberi oleh Pn Masayu. Sehingga sekarang saya sudah mempunyai pendapatan tetap melalui dari khidmat mengajar pelajar perkara yang saya minat iaitu dalam membina blog & fanpage untuk mula bisnes. Sesuatu yang menjadi bidang saya hampir selama 5 tahun. Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah beri ini saya boleh melunaskan bil internet bulanan dan juga hutang-hutang saya. Begitu banyak tips dan nasihat yang diberikan oleh Pn Masayu dan sememangnya saya cuba praktikkan untuk menjadi contoh kepada pelajar-pelajar saya yang lain. Insya Allah, selagi nyawa masih dikandung badan, saya mahu laksanakan amanah yang Allah ilhamkan melalui Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) dengan menolong lebih ramai lagi surirumah atau suri bekerja yang sedang mengalami masalah seperti saya dulu.

Apa yang penting adalah kita perlu untuk mencari seorang sifu atau mentor dalam apa jua yang kita lakukan. Saya akui dulu saya terlalu berkira untuk membelanjakan sedikit wang demi mencari sebuah ilmu. Segala-galanya berubah apabila saya fokus untuk meneruskan apa yang saya buat sekarang ini. Rupa-rupanya kita perlu untuk berguru demi memudahkan kerja kita. Melaburlah untuk ilmu kerana kita tidak akan kerugian untuk mendapatkan hasilnya.

Bagi mereka yang mahu bermula, mungkin boleh dapatkan pakej ebook di bawah ini. Sekarang ini PROMOSI 2 EBOOK PADA RM50 SAHAJA. Sangat bagus untuk menambah pengetahuan dalam bidang perniagaan online dan WAHM ini.


Harga asal : RM100


Harga asal : RM75

Untuk mendapatkannya, boleh tempah melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
SMS/ Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Atau isikan borang tempahan di sini : BORANG TEMPAHAN

Tuesday, April 15, 2014

Cabaran Ketika Membuat Bisnes Di bulan Puasa

Assalamualaikum,

Hari ini saya akan kongsikan pengalaman berniaga semasa bulan puasa tahun lepas. Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk mencuba perniagaan kerepek. Mulanya kami hanya terjumpa kilang kerepek sahaja, kemudian saya ternampak senarai harga produk kerepek keluaran mereka. Terus terlintas di dalam hati untuk fokus menjual kerepek. Mulanya takut-takut juga memandangkan saya tiada modal yang besar untuk dilaburkan, tapi saya tekad mahu mencuba kerana mahu carikan pengalaman berniaga di bulan puasa.

Perkara pertama yang saya lakukan sudah tentulah dengan mencari ejen-ejen jualan yang sanggup menjual produk tersebut. Saya iklankan di dalam blog saya selama beberapa bulan. Harus diingat, jika mahu berniaga di bulan puasa, seharusnya bermula dari sekarang. Jangan esok baru nak puasa hari ini baru mahu bermula. Jika begitu, lupakan aje niat suci murni itu.

Setelah mendapat beberapa maklumbalas dari mereka yang membaca blog saya, saya tapis pula. Iyalah, bukan semua orang kita mahu berurusan kan? Terutamanya mereka yang tinggal jauh dari Selangor, nak kena fikirkan masalah penghantaran pula. Jadi, setelah menetapkan beberapa syarat dan komisyen, saya telah ada lebih kurang 10 orang ejen yang betul-betul berminat menjual produk kerepek. Alhamdulillah, semuanya memberikan kerjasama yang baik dan jika tidak silap tahun lepas saya berjaya mendapat tempahan melebihi dari 100kg pelbagai jenis kerepek. Maaflah, jumlah sebenar tidak dapat diketahui sebab semua data saya hilang dek kerana laptop yang rosak tempohari!

Semasa mengambil tempahan, sudah tentulah saya juga harus mengeluarkan modal pendahuluan untuk membeli dan menyediakan sampel, kemudian saya juga memerlukan sejumlah wang yang banyak juga untuk membeli dahulu produk supaya setiap pelanggan bakal mendapat apa yang ditempah. Jika tidak silap, saya menggunakan dalam RM700 sebagai modal permulaan. Dari mana saya mendapat duitnya? Sudah tentulah dengan berhutang dahulu dengan mak saya. Hi hi hi Masa itu saya kasihankan suami yang terpaksa menanggung banyak beban kewangan keluarga jadi saya memilih emak saya sebagai sumber kewangan saya :)

Emak sememangnya seorang peniaga memang cukup baik dan memahami keadaan saya. Alhamdulillah, setelah mendapat bayaran, saya terus membayar hutang tersebut supaya nanti tidak akan terguna duit tersebut. Memang, apabila berniaga kita akan banyak berhutang terutamanya untuk dijadikans ebagai modal pendahuluan. Jika kita seagai pengeluar biskut raya, sudah tentu juga kita memerlukan duit yang banyak untuk membeli bahan mentah dan peralatan untuk membuat biskut raya kan? Kerana selepas siap baru pelanggan akan membayarnya. Jadi, nasihat saya bagi mereka yang mahu berniaga, simpanlah duit untuk dijadikan sebagai modal. Bergantung kepada jenis perniagaan anda, jika besar modalnya maka besarlah pelaburannya.

Selain dari masalah modal, saya juga mengalami masalah kekurangan stok dari kilang. Harus diingatkan ya, pada bulan puasa bukan kita seorang sahaja yang menjual. Ada ramai lagi peniaga-peniaga otai yang menjual dan membeli borong sampaikan habis semua stok di kilang. Memang mencabar fizikal dan mental apabila barang yang dijanjikan tidak ada. Hampir setiap hari saya telefon kilang dan bertanyakan stok. Akhirnya, dua minggu menanti di dalam bulan puasa, stok ada cuma ada beberapa yang tidak mengikut perjanjian asal. Contohnya pek 500gm tiada dan diberikan pek 5kg dan menyuruh kita membungkusnya sendiri. Aduuuhh, bila diingatkan pengalaman tersebut memang boleh patah semangat juga!


Gambar : sebahagian dari tempahan pelanggan

Saya cukup berterima kasih kepada suami saya yang sangat memberikan sokongan kepada saya. Bayangkan, selepas berbuka puasa suami berkorban pergi mengambil stok di kilang dan perjalanan pergi dan balik mengambil masa lebih dari sejam. Dengan pelbagai karenah pekerja kilang yang sudah hilang sabarnya, dengan keadaan kereta kami yang tak sesuai untuk mengangkut barang. Alhamdulillah, suami berjaya juga. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas segala jasa baik suami pada saya. Ikutkan hati, tahun ini saya sudah tidak mahu melihat suami bersusah macam itu, jadi saya telah rangka strategi baru.

Dalam perniagaan, sudah tentulah akan ada pengorbanan. Bukan senang untuk berjaya. Bagi saya yang hanya peniaga picisan ini, masih ada banyak lagi ilmu untuk digali melalui mentor-mentor di luar sana. Nasihat saya, jika kalian tiada wang modal yang banyak untuk bermula, mulakan dengan menjadi ejen jualan dropship dan nikmati komisen tanpa perlu bersusah-susah seperti saya. Bukan semua orang sukakan cabaran dalam berniaga. Ada yang mudah patah semangat, bila timbul masalah terus hilang semangat. Itu bukan diri saya. Alhamdulillah, bila kita diuji bermaksud semakin dekat Allah mahu kita berada di sampingNYA.

Niat untuk berniaga juga harus diperbetulkan. Bukannya semata-mata mahu mencari keuntungan wang ringgit dan dunia semata-mata. Saya bersyukur tahun lepas saya mampu memberikan duit raya yang lebih sedikit buat mak ayah dan ibu mertua saya dan ianya bukan duit suami. Iya, duit itu hasil dari berniaga. Walau tak banyak tapi besar maknanya kan? Insya Allah, tahun ini saya cabar lagi diri ini. Walaupun sedang mengandung dan bakal melahirkan anak kelima dalam bulan puasa ini, saya cabar juga diri untuk melakukan semua ini. Bukan kerana saya tamak, tapi saya mahu membahagiakan orang-orang lain; mak ayah, adik beradik dan ejen-ejen saya. Doakan semoga saya berjaya.

Jangan takut akan pandangan orang lain tapi takutlah pada Allah. Akhir kata, saya buka peluang bagi mereka yang berminat untuk menjadi ejen-ejen jualan produk saya pada bulan puasa nanti. Jom sama-sama kita kumpul duit raya sendiri :)

Daftar sini : Borang Tempahan 

atau hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Friday, April 11, 2014

Di Sebalik Tabir Seorang Surirumah Bekerja Dari Rumah (WAHM)


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google

Assalamualaikum,

Petang semalam saya terlihatkan status ini di dinding (wall) facebook teman saya. Saya kongsikan di sini :

Ada satu ketika dulu saya berbual dengan seorang sahabat... kata beliau nak cuba buat side income, maklumlah kos sara hidup semakin naik, makin lama zon selesa makin rasa tak selesa.

Saya masa tu alhamdulillah dah pun agak selesa sikit-sikit dengan bisnes Shaklee... Saya cuma dengar sajalah luahan hati sahabat ni. (Tak promo pun ajak join Shaklee ye)

Cuma bila tiba di satu part... "Along takpe, banyak masa nak buat side income... Along ada BIbik kan? Anak-anak semua tidur awal kan? Makan pun selalu makan luar je..."

Terkesima seketika.
(Dalam hati: Pepandai je kau ni kan).

Saya tiada bibik.
Anak-anak saya tidur paling awal jam 1 pagi. Anak-anak ni cuma nak Mami je.
Saya masak setiap hari, fresh, tak ada panas-panaskan lauk tengah hari. Sekali-sekali kalau sampai di rumah jam 9 malam tu terpaksalah makan malam di luar. (saya dapati anak2 lebih senang diurus bila makan hasil masakan Maminya sendiri)
99% kerja-kerja rumah saya buat sendiri.

Makin lama makin faham makna "nak 1000 daya, taknak 1000 dalih"; "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"; "do what you love, love what you do"


Itu pengakuan teman saya yang juga seorang ibu kepada 3 orang anak lelaki yang bekerja dari rumah. Sekarang ini giat melakukan bisnes dan mengembara secara "backpackers" ke serata dunia. Hebat bukan?

Beginilah hakikat seorang surirumah yang bekerja dari rumah terutamanya yang mempunyai ramai anak dan tidak ada pembantu rumah. Sudah macam sotong kurita atau lipas kudung pun ada rupanya! Apa yang penting adalah bagaimana untuk menguruskan masa dan emosi. Menjadi seorang WAHM adalah pilihan diri sendiri, jadi kena lah sentiasa berfikiran positif dan belajar untuk menerima ketidaksempurnaan. Sebagai contoh; ada satu hari di mana Allah mahu uji kita, mendapat pertanyaan dari pelanggan bertalu-talu yang membuatkan kita terpaksa menjawabnya dengan segera (jika lambat mungkin pelanggan bakal lari mencari peniaga lain), lepas tu pula anak-anak menangis buat perangai dan perut kita pun sedang berkeroncong minta diisi. Itu belum tambah dengan keadaan di mana kucing jiran kencing depan rumah hingga berbau busuk, laptop anda rosak dan sekarang ini berebut henset pula dengan anak-anak. Sungguh rumit kan bila ianya berlaku secara serentak!  Apa yang harus anda lakukan jika berhadapan dengan situasi begini?

Jika saya, saya sedang belajar untuk menerima ketentuan yang rezeki Allah ada di mana-mana. Kena bertenang dan fikir balik apa tujuan saya berada di rumah? Sudah tentulah untuk bersama dengan anak-anak bukan? Jadi, seharusnya dahulukan keperluan mereka, kemudian baru layan pelanggan yang sedia menanti. Ada rezeki maka adalah urusan. Selalunya Allah nak bagi ganjaran tidak kira masa pun. Selalu sangat terkena pada saya yang kadang-kadang marahkan anak atau abaikan mereka kerana mahu kejarkan jualan tetapi akhirnya tidak mendapat apa-apa melainkan perasaan bersalah. Selalunya apabila saya tertekan, saya akan tutup laptop mahupun telefon dan peluk cium anak-anak. Itu sahaja terapi yang terbaik!

Hidup ini sebenarnya mengenai pilihan. Jadi, pilihlah untuk menjadi sentiasa positif dan yakin pada rezeki Allah. Seeloknya jangan cuba untuk mencari alasan tetapi berfikirlah untuk sentiasa memperbaiki diri. Saya memilih untuk menjadi seorang WAHM dan saya perlu terima segala apa cabaran yang Allah sediakan pada saya. Bagi yang baru bermula, saya nasihatkan supaya banyakkan membaca dan berkawan dengan mereka yang sudah berjaya mengharungi fasa-fasa mencabar di dalam WAHM. Kawan dan kumpulan sokongan juga menjadi faktor utama untuk terus bermotivasi. Jadi, jom sama-sama menyertai Akademi Bekerja Di Rumah di mana di sini dihimpunkan ramai ibu-ibu hebat yang bekerja dari rumah. Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini : Yuran Pakej Akademi Bekerja Dari Rumah

Bagi bahan bacaan pula, boleh dapatkan ebook di bawah ini kerana ianya memang sangat membantu bagi memberikan motivasi kepada mereka yang baru bermula. Baca dulu ulasan ebook ini di blog Pn Hifzaila di sini :Ulasan Ebook Superwahm Supermom

Ebook ni, khas untuk semua suri sama ada yang berada di rumah sepenuh masa atau yang bekerja. Dalam ebook ni, banyak panduan dan perkongsian oleh suri yang lebih berpengalaman (yang makan garam dulu) dalam mengurus rumah tangga sehari-hari walaupun dalam kesibukan.

Semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Tapi ada yang berjaya menggunakan sepenuh masanya dengan optimum, tapi ada yang tidak dan sentiasa tak cukup masa.

Sebenarnya, hidup sebagai suri rumah atau suri berkerjaya ni kena ada perancangan. Macamana nak pastikan anak-anak dan suami terjaga walaupun mak / isteri bekerja. Begitu juga dengan suri rumah, macamana nak optimumkan masa di rumah selain fokus utama mengurus rumah tangga, dan dalam masa yang sama mengembangkan bakat dan minat dan ambil peluang itu untuk buat duit.

Boleh merancakkan ekonomi keluarga juga. Suami pun mesti suka. Tapi kena la tahu cara dan taktiknya.

Saya asalnya bekerja juga, kemudian menjadi WAHM seketika selepas melahirkan anak pertama. Disebabkan kurang ilmu untuk menjadi WAHM yang komited, setelah melalui fasa-fasa sukar (yang pastinya dilalui oleh kebanyakan suri juga), akhirnya saya mengalah dan kembali bekerja.

Bila saya baca ebook ni, saya dapat bandingkan hidup saya ketika menjadi WAHM dan juga bekerja. Kedua-dua situasi ada pro dan kontra. Dan sebenarnya banyak panduan dalam ebook ni yangmendorong dan memotivasikan saya untuk tak putus asa menjadi WAHM semula.

Dengan syarat, kena rangka strategi.

Tempah di sini : Borang Pesanan


Harga : RM30

Sehingga bertemu kembali. Ingat, hidup ini adalah pilihan. Jadi pilihlah untuk berjaya :)

Thursday, April 10, 2014

Mudahnya Beriklan Di dalam Laman Mudah

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Semalam hari yang menggembirakan bagi saya. Bukanlah mendapat jualan beribu ringgit, tetapi mendapat perkhabaran dari salah seorang pelajar kelas asas blog, fanpage & beriklan di Mudah.my yang iklannya sudah keluar di laman Mudah.my. Jujurnya saya memang sedikit gusar kerana sekarang ini bukan mudah untuk memasukkan iklan di laman Mudah.my kerana terdapat banyak tapisan dan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh peniaga sebelum memasukkan sesuatu iklan.

Saya selalu menerima banyak panggilan dan email bertanyakan kenapa iklan mereka tidak diterima oleh pihak Mudah.my. Susah juga untuk memberikan jawapan kerana terlalu banyak sebab yang membolehkan iklan tidak diterima. Mungkin boleh rujuk entri-entri saya yang lama di bawah labels catatan Mudah.my. Hanya itu sahaja yang mampu saya kongsikan kerana ianya bukan bidang kuasa saya. Tetapi selagi anda bergelar pelajar kelas saya, insya Allah saya akan cuba sedaya yang mungkin untuk membantu.

Semalam saya memberikan tugasan untuk membina akaun Proniaga untuk pelajar saya. Alhamdulillah sekejap sahaja sudah membolehkannya memasukkan iklan ke dalam laman Mudah.my secara percuma. Kami berhubung melalui Whats App dan facebook untuk menerangkan sesuatu. Memang kasihan juga dekat pelajar saya tu bila ternanti-nantikan jawapan dari saya. Hi hi hi Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran pelajar akhirnya iklan beliau disiarkan dan sudah ada beberapa orang yang menghubunginya bertanyakan tentang produk tersebut. Saya kongsikan kegembiraan saya di sini :


Untuk pengetahun, pelajar saya merupakan seorang peniaga barangan rotan dan kraftangan. Beliau memilih untuk menjadi surirumah yang bekerja dari rumah dan menumpukan sepenuh masa kepada bisnesnya yang telah lama diceburi cuma belum lagi mempromosikannya secara dalam talian (online). Boleh singgah jengah blog kepunyaan Pn. Zanurah Ramli di sini :

Blog : Panduan Mula Bisnes Kraf

Fanpage : Panduan Mula Bisnes Kraf

Iklan di Mudah.my : Dulang Rotan Tiqa Hamizah Enterprise

Bagi mereka yang mempunyai produk dan ingin mengembangkan lagi perniagaan ke 3 saluran seperti di atas iaitu blog, fanpage dan juga laman Mudah.my, sila hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Oh ya! Pencarian ejen jualan untuk bisnes hari raya masih lagi berjalan seperti biasa ya. Sila emailkan kepada saya untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Tuesday, April 8, 2014

Peluang Untuk Buat Bisnes Sempena Hari Raya

Assalamualaikum,

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan puasa. Bulan yang penuh rahmat dari Allah. Alhamdulillah, tahun lepas rezeki saya berpeluang menjana pendapatan dari perniagaan kerepek. Tahun ini perancangan sudah ada dan bertambah juga. Terima kasih Allah kerana sentiasa memberikan saya idea dan peluang untuk terus berkhidmat kepada keluarga dan mereka yang memerlukan. Seperti biasa, saya juga bercita-cita untuk menolong lebih ramai lagi surirumah yang berkeinginan untuk menambah pendapatan atau dalam erti kata lain mencari duit poket untuk hari raya nanti.

Antara peluang untuk menambah pendapatan adalah melalui :

- bisnes hamper raya
- bisnes produk kurma & pes nasi arab
- bisnes kerepek
- bisnes telekung solat

Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi ejen jualan saya :

>> rajin dan bersemangat tinggi
>> sukakan duit
>> sanggup untuk belajar & diajar
>> bersedia untuk terima kegagalan


Gambar : ihsan google

Bagi yang berminat, bolehlah hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com (nyatakan tajuk : mahu buat bisnes raya)
Whats app / sms : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sila berikan nama, alamat email supaya saya boleh menghantar terma & syarat untuk menjadi ejen rakan bisnes saya.

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...