Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi
Assalamualaikum,
Semalam hari yang menggembirakan bagi saya. Bukanlah mendapat jualan beribu ringgit, tetapi mendapat perkhabaran dari salah seorang pelajar kelas asas blog, fanpage & beriklan di Mudah.my yang iklannya sudah keluar di laman Mudah.my. Jujurnya saya memang sedikit gusar kerana sekarang ini bukan mudah untuk memasukkan iklan di laman Mudah.my kerana terdapat banyak tapisan dan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh peniaga sebelum memasukkan sesuatu iklan.
Saya selalu menerima banyak panggilan dan email bertanyakan kenapa iklan mereka tidak diterima oleh pihak Mudah.my. Susah juga untuk memberikan jawapan kerana terlalu banyak sebab yang membolehkan iklan tidak diterima. Mungkin boleh rujuk entri-entri saya yang lama di bawah labels catatan Mudah.my. Hanya itu sahaja yang mampu saya kongsikan kerana ianya bukan bidang kuasa saya. Tetapi selagi anda bergelar pelajar kelas saya, insya Allah saya akan cuba sedaya yang mungkin untuk membantu.
Semalam saya memberikan tugasan untuk membina akaun Proniaga untuk pelajar saya. Alhamdulillah sekejap sahaja sudah membolehkannya memasukkan iklan ke dalam laman Mudah.my secara percuma. Kami berhubung melalui Whats App dan facebook untuk menerangkan sesuatu. Memang kasihan juga dekat pelajar saya tu bila ternanti-nantikan jawapan dari saya. Hi hi hi Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran pelajar akhirnya iklan beliau disiarkan dan sudah ada beberapa orang yang menghubunginya bertanyakan tentang produk tersebut. Saya kongsikan kegembiraan saya di sini :
Untuk pengetahun, pelajar saya merupakan seorang peniaga barangan rotan dan kraftangan. Beliau memilih untuk menjadi surirumah yang bekerja dari rumah dan menumpukan sepenuh masa kepada bisnesnya yang telah lama diceburi cuma belum lagi mempromosikannya secara dalam talian (online). Boleh singgah jengah blog kepunyaan Pn. Zanurah Ramli di sini :
Blog : Panduan Mula Bisnes Kraf
Fanpage : Panduan Mula Bisnes Kraf
Iklan di Mudah.my : Dulang Rotan Tiqa Hamizah Enterprise
Bagi mereka yang mempunyai produk dan ingin mengembangkan lagi perniagaan ke 3 saluran seperti di atas iaitu blog, fanpage dan juga laman Mudah.my, sila hubungi saya melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
Sehingga bertemu lagi. Oh ya! Pencarian ejen jualan untuk bisnes hari raya masih lagi berjalan seperti biasa ya. Sila emailkan kepada saya untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment