Tuesday, April 8, 2014

Bagaimana Mahu Memulakan Bisnes Jualan Makanan Sarapan Pagi Dari Rumah

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Sumber carian google

Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk menulis entri ini khas buat sahabat saya yang sedang dalam perancangan untuk memulakan sebuah bisnes menjual sarapan pagi. Iya, bunyinya memang senang tetapi untuk melaksanakannya, perlukan keazaman dan semangat yang kuat. Kenapa begitu? Jika mental dan fizikal tidak kuat, boleh kecundang di tengah jalan.

Ok, bagaimana untuk bermula?

Pertama sekali sasarkan dulu siapa pelanggan kita. Masih ingatkah kisah abang jaga (pengawal keselematan) yang bekerja di syarikat tempat saya bekerja dahulu? Iya, dia mensasarkan pekerja kilang tempat dia bekerja. Pada hari abang jaga bekerja sesi pagi, dia akan mengambil tempahan. Saya tengok memang mendapat sambutan kerana saya juga merupakan salah seorang pelanggan tetap abang jaga itu. Beliau hanya menyediakan 2 jenis menu sahaja iaitu nasi minyak Terengganu di mana lauknya adalah ayam goreng berempah atau ayam gulai. Di dalam nasi tu terdapat sambal lada dan juga acar timun. Sungguh berselera saya makan dan harganya adalah RM4. Ada orang bilang mahal, tapi bagi saya itu sudah berbaloi dengan lauk yang disediakan. Lagi satu saya tak perlu berhenti di tepi jalan untuk membeli sarapan. Hanya tunggu sahaja abang jaga datang ke pejabat!

Jadi, adalah lebih baik bermula dengan mengambil tempahan dari teman-teman sekerja dahulu. Sekiranya anda surirumah sepenuh masa, mungkin boleh gunakan suami atau sahabat handai yang bekerja untuk mempromosikan servis anda.

Bagaimana pula dengan modal?

Mungkin boleh gunakan sedikit wang yang ada sebagai modal permulaan dahulu. Yang penting, bahan-bahan asas untuk berniaga harus ada. Janganlah mahu jual nasi lemak tetapi berasnya pula tidak ada! Mulakan dengan apa yang ada dahulu, kemudian dari situ bolehlah mengumpul modal untuk membeli peralatan yang boleh memudahkan kerja anda. Saya masih ingat lagi bagaimana mak saya bermula perniagaan menjual lauk pauk tengahari satu ketika dahulu. Mak bermula dengan membawa itik serati peliharaan ayah dan dijual kepada peniaga-peniaga di kedai. Masa itu, ada pelanggan yang memberikan cadangan supaya mak membawa masakan gulai itik serati pula. Bermula dari situ, mak gigih menjual lauk-pauk yang sudah siap. Bermula dari 2 jenis lauk, semakin bertambah sehingga kini mak ada 3 orang pekerja. Nah! satu bukti yang jelas bahawa modal bukannya alasan untuk bermula.

Sebaliknya teruskan dengan apa yang dirancang. Kerana dengan itu kita akan tahu apa kekurangan mahupun kelemahan yang harus kita perbaiki. Sebaiknya gunakan kelebihan teknologi yang kita ada. Zaman internet di hujung tangan ini membolehkan kita mempromosikan servis mahupun produk kita dengan hanya sekadar berada di rumah sahaja. Antara nak dengan tak nak sahaja. Pilihan semua ada di tangan kita, jika mahukan cabaran kena lah sentiasa perbaiki dan ada keinginan untuk belajar.

Oklah, sehingga sini sahaja coretan saya. Entri ini saya tujukan khas buat kawan saya yang sedang teragak-agak untuk memulakan perniagaan sarapan paginya. Dalam berniaga tidak perlu melakukan kajian yang terlalu mendalam sebaliknya belajar dari apa yang berlaku kerana pengalaman akan memantangkan kita. Saya juga andai diberi pilihan mahu memulakan bisnes jualan makanan seperti mak saya tetapi mungkin belum sampai masanya kerana masih ada perkara yang saya belum selesaikan. Mak juga bermula agak lewat di mana anak-anak sudah besar dan menginjak masuk ke sekolah baru mak menumpukan sepenuh masa pada perniagaannya. Sebelum itu, tugas mak hanya berada di rumah bersama anak-anak sahaja. Bukan setakat jaga anak sahaja, tetapi masih bekerja mencari duit tetapi agak terhad sekitar di rumah sahaja.

Sehingga bertemu kembali. Jika mahukan bahan bacaan yang sesuai dengan idea berbisnes dari rumah, saya cadangkan ebook ini : 101 Idea Home Based Bisnes. Boleh beli di sini pada harga RM50 sahaja. Isikan maklumat di bawah :

3 comments:

  1. Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Anda boleh mendapatkan pinjaman anda (WANG) hari ini!

    Puan Mary Shilali adalah C.E.O syarikat Benar Benar yang didedikasikan untuk menyediakan penyelesaian kewangan pasukan profesional dan berkelayakan kami boleh memenuhi semua jenis keadaan kewangan. Sama ada anda membeli atau membina rumah baru, melabur dalam perniagaan, hartanah pelaburan, Menjalankan Projek, membiayai semula atau menggabungkan pinjaman sedia ada anda, atau membeli kereta baru dan banyak lagi, kami dapat membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik.
    24 jam sehari, proses dalam talian automatik memberikan anda akses mudah kepada penyelesaian kewangan jangka panjang. Apabila anda memerlukan bantuan Puan Mary Shilali, hubungi kami. Ejen kami berdiri tujuh hari seminggu untuk membantu anda. Untuk mendapatkan wang yang anda perlukan apabila anda memerlukannya. Kami menawarkan pinjaman dalam Dollar ($), IDR (Rupiah), MYR (Rm), e.t.c dan mana-mana mata wang lain di dunia pada kadar paling rendah hanya satu peratus (1%).
    Kami mahu setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kami, dan kami sentiasa meneruskan ke hadapan dengan teknologi baru untuk menjadikan matlamat ini menjadi kenyataan.
    Jangan ragu untuk menghubungi kami hari ini Melalui:
    commercialfarmersloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Anda boleh mendapatkan pinjaman anda (WANG) hari ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...