Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google
Assalamualaikum,
Petang semalam saya terlihatkan status ini di dinding (wall) facebook teman saya. Saya kongsikan di sini :
Ada satu ketika dulu saya berbual dengan seorang sahabat... kata beliau nak cuba buat side income, maklumlah kos sara hidup semakin naik, makin lama zon selesa makin rasa tak selesa.
Saya masa tu alhamdulillah dah pun agak selesa sikit-sikit dengan bisnes Shaklee... Saya cuma dengar sajalah luahan hati sahabat ni. (Tak promo pun ajak join Shaklee ye)
Cuma bila tiba di satu part... "Along takpe, banyak masa nak buat side income... Along ada BIbik kan? Anak-anak semua tidur awal kan? Makan pun selalu makan luar je..."
Terkesima seketika.
(Dalam hati: Pepandai je kau ni kan).
Saya tiada bibik.
Anak-anak saya tidur paling awal jam 1 pagi. Anak-anak ni cuma nak Mami je.
Saya masak setiap hari, fresh, tak ada panas-panaskan lauk tengah hari. Sekali-sekali kalau sampai di rumah jam 9 malam tu terpaksalah makan malam di luar. (saya dapati anak2 lebih senang diurus bila makan hasil masakan Maminya sendiri)
99% kerja-kerja rumah saya buat sendiri.
Makin lama makin faham makna "nak 1000 daya, taknak 1000 dalih"; "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"; "do what you love, love what you do"
Itu pengakuan teman saya yang juga seorang ibu kepada 3 orang anak lelaki yang bekerja dari rumah. Sekarang ini giat melakukan bisnes dan mengembara secara "backpackers" ke serata dunia. Hebat bukan?
Beginilah hakikat seorang surirumah yang bekerja dari rumah terutamanya yang mempunyai ramai anak dan tidak ada pembantu rumah. Sudah macam sotong kurita atau lipas kudung pun ada rupanya! Apa yang penting adalah bagaimana untuk menguruskan masa dan emosi. Menjadi seorang WAHM adalah pilihan diri sendiri, jadi kena lah sentiasa berfikiran positif dan belajar untuk menerima ketidaksempurnaan. Sebagai contoh; ada satu hari di mana Allah mahu uji kita, mendapat pertanyaan dari pelanggan bertalu-talu yang membuatkan kita terpaksa menjawabnya dengan segera (jika lambat mungkin pelanggan bakal lari mencari peniaga lain), lepas tu pula anak-anak menangis buat perangai dan perut kita pun sedang berkeroncong minta diisi. Itu belum tambah dengan keadaan di mana kucing jiran kencing depan rumah hingga berbau busuk, laptop anda rosak dan sekarang ini berebut henset pula dengan anak-anak. Sungguh rumit kan bila ianya berlaku secara serentak! Apa yang harus anda lakukan jika berhadapan dengan situasi begini?
Jika saya, saya sedang belajar untuk menerima ketentuan yang rezeki Allah ada di mana-mana. Kena bertenang dan fikir balik apa tujuan saya berada di rumah? Sudah tentulah untuk bersama dengan anak-anak bukan? Jadi, seharusnya dahulukan keperluan mereka, kemudian baru layan pelanggan yang sedia menanti. Ada rezeki maka adalah urusan. Selalunya Allah nak bagi ganjaran tidak kira masa pun. Selalu sangat terkena pada saya yang kadang-kadang marahkan anak atau abaikan mereka kerana mahu kejarkan jualan tetapi akhirnya tidak mendapat apa-apa melainkan perasaan bersalah. Selalunya apabila saya tertekan, saya akan tutup laptop mahupun telefon dan peluk cium anak-anak. Itu sahaja terapi yang terbaik!
Hidup ini sebenarnya mengenai pilihan. Jadi, pilihlah untuk menjadi sentiasa positif dan yakin pada rezeki Allah. Seeloknya jangan cuba untuk mencari alasan tetapi berfikirlah untuk sentiasa memperbaiki diri. Saya memilih untuk menjadi seorang WAHM dan saya perlu terima segala apa cabaran yang Allah sediakan pada saya. Bagi yang baru bermula, saya nasihatkan supaya banyakkan membaca dan berkawan dengan mereka yang sudah berjaya mengharungi fasa-fasa mencabar di dalam WAHM. Kawan dan kumpulan sokongan juga menjadi faktor utama untuk terus bermotivasi. Jadi, jom sama-sama menyertai Akademi Bekerja Di Rumah di mana di sini dihimpunkan ramai ibu-ibu hebat yang bekerja dari rumah. Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini : Yuran Pakej Akademi Bekerja Dari Rumah
Bagi bahan bacaan pula, boleh dapatkan ebook di bawah ini kerana ianya memang sangat membantu bagi memberikan motivasi kepada mereka yang baru bermula. Baca dulu ulasan ebook ini di blog Pn Hifzaila di sini :Ulasan Ebook Superwahm Supermom
Ebook ni, khas untuk semua suri sama ada yang berada di rumah sepenuh masa atau yang bekerja. Dalam ebook ni, banyak panduan dan perkongsian oleh suri yang lebih berpengalaman (yang makan garam dulu) dalam mengurus rumah tangga sehari-hari walaupun dalam kesibukan.
Semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Tapi ada yang berjaya menggunakan sepenuh masanya dengan optimum, tapi ada yang tidak dan sentiasa tak cukup masa.
Sebenarnya, hidup sebagai suri rumah atau suri berkerjaya ni kena ada perancangan. Macamana nak pastikan anak-anak dan suami terjaga walaupun mak / isteri bekerja. Begitu juga dengan suri rumah, macamana nak optimumkan masa di rumah selain fokus utama mengurus rumah tangga, dan dalam masa yang sama mengembangkan bakat dan minat dan ambil peluang itu untuk buat duit.
Boleh merancakkan ekonomi keluarga juga. Suami pun mesti suka. Tapi kena la tahu cara dan taktiknya.
Saya asalnya bekerja juga, kemudian menjadi WAHM seketika selepas melahirkan anak pertama. Disebabkan kurang ilmu untuk menjadi WAHM yang komited, setelah melalui fasa-fasa sukar (yang pastinya dilalui oleh kebanyakan suri juga), akhirnya saya mengalah dan kembali bekerja.
Bila saya baca ebook ni, saya dapat bandingkan hidup saya ketika menjadi WAHM dan juga bekerja. Kedua-dua situasi ada pro dan kontra. Dan sebenarnya banyak panduan dalam ebook ni yangmendorong dan memotivasikan saya untuk tak putus asa menjadi WAHM semula.
Dengan syarat, kena rangka strategi.
Tempah di sini : Borang Pesanan
Harga : RM30
Sehingga bertemu kembali. Ingat, hidup ini adalah pilihan. Jadi pilihlah untuk berjaya :)
No comments:
Post a Comment