Monday, February 24, 2014

101 Idea Bisnes Dari Rumah : Bisnes Penghantaran Makanan


Imej : koleksi peribadi dari akaun Instagram
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Bertemu kembali. Hari ini saya ingin kongsikan dengan kalian semua tentang salah satu cabang bisnes yang boleh dijalankan dari rumah. Bagi mereka yang gemar memasak, ada kenderaan dan sukakan cabaran, sudah tentu bisnes penghantaran makanan sangat sesuai dijalankan.

Tempohari semasa saya melewati akaun Instagram saya (boleh ikuti Instagram saya : Zailabinimdae), saya terlintas melihat satu status yang dikongsikan oleh seorang selebriti blogger yang saya ikuti perkembangannya di dunia maya. Beliau mempromosikan bisnes kawannya yang menjalankan perniagaan memasak dan menghantar makanan kepada mereka yang menempahnya. Bagus bukan? Zaman sekarang yang serba sibuk ini, perkhidmatan sebegini memang sudah semestinya menjadi trend di kalangan warga kota lantaran kesibukan kerja dan kurangnya masa untuk ke dapur.

Bukan sahaja khas untuk mereka yang bekerja tetapi saya juga seorang surirumah kadang-kadang merasakan tidak cukup masa untuk memasak lantaran seharian sibuk dengan urusan mengemas dan menguruskan anak-anak. Sudah semestinya sekali-sekala saya juga akan terfikir untuk menempah perkhidmatan sebegini jika ianya memudahkan urusan rumahntangga saya sekeluarga. Setuju bukan?

Ok, ramai orang yang terfikir bagaimana mahu bermula? Bisnes ini tidak memerlukan modal yang besar. Buat permulaan apa yang penting adalah sebuah telefon, kenderaan untuk bergerak dan kekuatan networking. Tapi sudah tentulah modal diperlukan juga untuk membelikan bahan-bahan untuk memasak. Tetapi untuk permulaan, letakkan syarat dan terma dahulu seperti :

- menentukan menu yang akan dimasak mengikut hari; contohnya nasi lemak ayam berempah pada hari Isnin dan Rabu, nasi ayam pada hari Selasa dan Khamis, nasi beriani pada hari Jumaat. Ini memudahkan kita untuk membuat perancangan bahan-bahan mentah yang boleh dibeli.
- menentukan jumlah limit tempahan yang boleh diambil seperti menghadkan kepada 50 tempahan setiap hari. Jika cukup kakitangan dan tenaga, bolehlah menaikkan jumlah tempahan dari hari ke hari.
- menentukan tempat penghantaran atau tempat "pick up" di mana supaya memudahkan kerja penghantaran. Sekiranya mendapat tempahan dari tempat yang berasingan, perancangan masa adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang kelewatan dalam penghantaran.

Bagi yang mahu bermula, apa kata cuba dahulu untuk lakukan promosi di tempat kerja pasangan anda atau rakan-rakan kenalan anda. Saya teringat kenangan sewaktu bekerja dahulu, ada seorang kakitangan keselamatan yang menjual nasi berlauk pada waktu pagi. Beliau terlebih dahulu mengambil pesanan dan akan membawanya pada keesokan hari. Yang bagusnya, dia sendiri yang memasak masakan tersebut, isteri beliau hanya membantu membungkusnya sahaja. Itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan duit sampingan bagi mereka yang bekerja. Bagi yang tidak bekerja, peluang kalian lagi besar kerana tidak terikat dengan majikan. Jadi seharusnya boleh cuba dalam melakukan bisnes ini.

Sebagai persediaan, boleh dapatkan ebook di bawah untuk sumber pembacaan dan menambahkan ilmu.


RM50


 RM50

Boleh dapatkannya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : Kedai Buku Online

Friday, February 21, 2014

Surirumah Juga Boleh Jana Pendapatan Sendiri


Imej : Google
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah,  tahun ini sudah masuk tahun kedua saya berhenti kerja dan menyambung perniagaan online yang telah saya usahakan sejak dari tahun 2009 lagi. Dulu saya pernah terdengar bisik-bisik dari kawan-kawan yang mengatakan tidak mahu berhenti kerja kerana risau akan tiada sumber kewangan sendiri untuk membeli barangan peribadi seperti gincu, henbeg idaman hati dan sebagainya. Alhamdulillah, saya ingin war-warkan di sini yang semua itu boleh kita dapat sekiranya kita tahu caranya.

Sejak berhenti kerja, tak dinafikan saya lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan. Setiap wang yang masuk dikira dan akaun bank juga dikosongkan setiap hari. Bekerja sendiri melatih diri menjadi sangat disiplin dan meletakkan sasaran setiap minggu. Namun tidak selalunya saya bernasib baik dengan mendapat jualan yang meletop setiap bulan tapi yang pastinya sejak bekerja sendiri, semua bil internet yang berjumlah RM98 setiap bulan saya yang bayar, selain hutang sendiri iaitu hutang  PTPTN. Kalau dulu semua en suami yang bayarkan, tetapi sekarang sudah boleh melunaskan hutang-hutangdengan "gaji" saya sendiri hasil dari usaha bekerja dari rumah.

Bagi surirumah yang masih teragak-agak untuk bermula, adalah sangat merugikan bagi kalian sekiranya melepaskan peluang yang ada di depan mata. Alasan apa lagi yang mahu diberikan lagi?Andai ini adalah alasan sebelum anda bermula, maka bacalah jawapan yang saya berikan di bawah. Saya juga sudah melalui fasa-fasa bekerja makan gaji, bekerja sendiri dan sudah pastilah bekerja sendiri lebih dekat di hati saya:)

1) Alasan : Saya malu dan tidak tahu berniaga

Jawapan : Saya dulu pon semasa bermula memang pemalu dan tidak boleh berdepan dengan orang langsung. Tapi saya bermula dengan blog dimana saya menjual kepada mereka yang berminat dengan produk jualan saya. Yang bestnya saya tidak perlu berhadapan dengan pelanggan pun, hanya berhubung melalui telefon dan juga email sahaja. Setelah beberapa kali melakukan jualan secara online, saya bergerak selangkah lagi dengan menyertai jualan-jualan di bazar-bazar. Saya gunakan blog juga sebagai medium untuk mengwar-warkan bazar yang saya sertai dengan menawarkan promosi-promosi sekiranya pelanggan berkunjung ke gerai jualan saya.

2) Alasan Suami tidak memberikan sokongan

Jawapan : Bagaimana suami kita mahu memberikan sokongan andainya kita tidak bersungguh-sungguh membuktikan kepadanya yang kita betul-betul serius dalam perniagaan yang kita ceburi. Pengalaman saya yang lepas, saya banyak menghabiskan masa membangunkan blog jualan saya dan sehingga perniagaan saya mendapat sambutan. Selepas itu, suami memang menjadi orang kuat yang membantu saya dalam berniaga seperti meminjamkan modal, menjadi pemandu dan memberikan sokongan yang tak putus-putus kepada saya.

3) Alasan : Saya tiada modal untuk bermula

Jawapan : Modal bukanlah alasan lagi kerana sekarang apa yang terbaik adalah mulakan dengan apa yang ada dahulu. Sekiranya tidak mempunyai modal yang besar untuk membeli stok, boleh bermula sebagai ejen dropship dimana anda hanya perlu menjual produk orang lain dan menikmati keuntungan dari komisen bagi setiap barangan yang terjual. Setiap duit yang dapat boleh dikumpul untuk dijadikan modal. Sekiranya komisen setiap jualan hanya RM5, maka gandakanlah wangnya dengan menjual sekurang-kurangnya 5 produk tersebut. Jadi sehari sudah dapat RM25 untung bersih!

4) Alasan : Saya tiada internet di rumah

Jawapan : Zaman IT dihujung jari ini memang sangat-sangat tidak boleh diterima sekiranya ada yang memberikan  alasan sebegini. Kecuali orang miskin yang memang nak beli beras pun tak mampu itu iyalah, kita terima alasannya. Tapi jika anda mampu untuk membeli sebuah telefon smartphone walaupun ianya hanyalah klon dari China, maka anda memang layak untuk berniaga melalui facebook. Terus terang saya katakan telefon saya sekarang hanyalah Samsung S2 yang skrinnya pecah dua. Alhamdulillah masih beroperasi dengan elok dan telefon saya hanya gunakan prabayar sahaja setiap bulan dimana saya membeli data internet secara prabayar mengikut penggunaan data. Kalau facebook kita boleh buka dan skrol tanpa jemu, gunakan peluang yang ada untuk belajar menggunakan kemudahan yang ada. Facebook, Whatsapp, viber, Instagram dan Telegram antara aplikasi yang sangat-sangat membantu dalam berhubung.

5) Alasan : Saya tiada masa untuk berniaga kerna sibuk jaga anak

Jawapan : Setiap orang diberikan jumlah masa yang sama oleh Allah iaitu 24 jam sehari. Jadi, atas kepandaian dan kebijaksanaan sendiri untuk menggunakannya. Rata-rata saya melihat orang yang berjaya dalam bidang yang diceburinya adalah kerana mereka tidak membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Mungkin masa untuk menonton sinetron atau tidur bersamaanak-anak boleh digantikan dengan mencari ilmu dan belajar untuk menguruskan perniagaan atau kewangan dengan lebih baik. Untuk berjaya, tak dinafikan disiplin memang sangat-sangat penting. Saya juga kadang-kadang kecundang terutamanya apabila badan penat menguruskan keluarga dan anak-anak. Tetapi sebagai seorang peniaga (walaupun bukanlah yang punyai bisnes besar skala juta-juta) kita kena cepat-cepat bangkit agar tidak hanyut dibuai perasaan.

6) Alasan : Saya tiada kenderaan untuk keluar menghantar barang

Jawapan : Sekiranya kita menjadi ejen dropship, kita tidak perlu pun untuk bersusah-susah menghantarkan barangan yang dijual kerana kita hanya bertindak sebagai ejen untuk promosi dan menjadi pengantara kepada pelanggan sahaja. Saya juga walaupun menjual produk sendiri sudah jarang ke pejabat pos untuk mengepos barangan. Ini kerana saya menggunakan khidmat Gdex dimana lori Gdex akan datang ke rumah untuk mengambil barang yang kita akan hantar. Proses penghantaran juga cepat berbanding dengan Poslaju. Tak dinafikan bayaran agak mahal tetapi saya telah menetapkan terma dan syarat awal-awal lagi sebelum pelanggan bersedia untuk membeli barangan tersebut.

7) Alasan : Saya cepat sentap jika pelanggan marah

Jawapan : Sebagai manusia biasa memang tak dinafikan kita akan ,mudah berasa cepat sentap, terasa, kecik hati apabila menghadapi masalah dengan pelanggan atau perniagaan kita. Sebab itulah pentingnya ada kumpulan sokongan yang boleh membantu dalam memberikan nasihat dan kata-kata semangat. Seperti saya sendiri, kumpulan Akademi Bekerja Di Rumah memang banyak mebantu dalam memberikan semangat dan sokongan yang saya perlukan. Oleh sebab itu, sangat penting kita mencari sifu yang betul dalam perniagaan. Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan lagi seperti mengikut (follow) fanpage sifu perniagaan dan motivasi yang terkenal seperti Dr. Azizan, Irfan khairi, Coach Bahar dan banyak lagilah! Jangan buang masa melayan fanpage-fanpage artis dan laman-laman politik yang di dalamnya sendiri terdapat banyak aura negatif.

8) Alasan : Saya tiada idea nak jual apa sebab semua saya rasa mahu buat

Jawapan : Bagi saya tidak ada masalah untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa iaitu dengan menjual pelbagai barangan untuk menambah pendapatan kita. Saya sendiri suka mencuba dan menjual apa yang saya suka. Tidak mengapa asalkan sekurang-kurangnya kita bermula juga. Ada orang suka merancang apa yang mahu dijual tapi sampai sudah tidak terjual-jual. Dari hasil jualan kita, kita boleh tengok nanti mana jualan yang mendapat sambutan paling tinggi dan bolehlah kita fokus menjual produk tersebut sahaja.

9. Alasan :Saya selalu tak nampak hasil jualan saya, sebab itulah malas nak teruskan

Jawapan : Apabila kita bekerja sendiri, tak dinafikan disiplin diri memang snagat penting. Sebab itulah sifu saya selalu berpesan supaya mengosongkan akaun bank setiap hari (atau setiapkali ada jualan setelah ditolak kos modal) dan dimasukkan ke satu akaun yang tidak boleh dipindahkan lagi. Teknik simpan dan lupakan sangat sesuai diaplikasikan bagi surirumah yang bekerja sendiri. Bukan apa, nanti boleh membantu menyelesaikan masalah kewangan suami (andai berlaku kecemasan) atau boleh digunakan apabila perlu. Selain itu, boleh tukar duit yang ada ke dalam bentuk pelaburan juga seperti dengan membeli saham amanah dan pelaburan emas.

10. Alasan : Saya dan cuba berniaga dah tapi selalu aje gagal

Jawapan : Gagal adalah salah satu cara Allah mahu melatih kita untuk berjaya. Sebab itu apabila berniaga, jangan takut untuk melakuan kesilapan. Saya sendiri banyak melakukan kesilapan seperti salah sebut harga produk, salah kira kos pos yang kadang-kadang mendatangkan kerugian pula. Tapi saya tidak serik, bak kata orang-orang tua "kita belajar dari kesilapan masa lampau". Selain itu, saya perhatikan apabila kita bekerja sendiri majikan yang memberikan kita gaji adalah Allah Yang Maha Esa. Jadi, hubungan baik dengan majikan memang kena jaga selalu. Antara tips yang selalu sifu saya bagi adalah solat awal waktu, solat dhuha, solat tahajud dan banyakkan sedekah. Ini semua lazimnya kita tahu sebagai cara yang mudah untuk menarik rezeki datang dekat kita. Iya, memang mudah untuk melafazkannya tetapi untuk istikomah melakukannya terasa begitu susah sekali. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk merubah diri.

Wah! Tak sangka sampai 10 alasan yang terlintas difikiran saya jawab di sini. Apa yang saya jawab itu adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Jika anda surirumah yang masih teragak-agak untuk bermula, rasanya boleh tolak kketepi semua alasan tersebut. Jangan tahu nak mengeluh duit tak ada, cemburu dengan wanita berkerjaya ada duit boleh beli apa sahaja yang mereka suka sedangkan kita juga tiada bezanya. Kita juga boleh malah lebih bagus lagi kerana masih berpeluang menjaga anak-anak di depan mata. Jadi berhenti mengeluh dan mulakan dengan bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Alhamdulillah!

Daftar kelas asas blog & fanpage bersama saya dan bersama-sama kita majukan diri dan kewangan keluarga nanti. Insya Allah.

Thursday, February 13, 2014

Kenapa Tajuk Blog Penting Untuk Naikkan Trafik Blog?

Teks : Zaila Mohamad

Imej : Koleksi Akademi Bekerja Di rumah

Assalamualaikum

Salah satu perkara yang saya tekankan untuk membina sebuah blog adalah tajuk blog. Iya, 

tajuk blog memainkan peranan yang penting dalam menentukan arah tuju blog. Selain itu, 

ianya juga memainkan peranan penting di dalam membantu untuk menyenaraikan blog kita 
di dalam carian enjin seperti google, yahoo, bing dan sebagainya. 

Sebagai contoh, kepakaran kita adalah di dalam bidang makanan, mungkin kita boleh 

menyenaraikan beberapa tajuk blog yang menyentuh mengenai makanan seperti :

1) Panduan Makanan Sihat

2) Pemakanan Sihat Untuk Keluarga

3) Tips Makanan Sihat

Itu adalah beberapa contoh tajuk blog yang boleh digunapakai. Contoh seterusnya adalah 

blog salah seorang pelajar #Akademibekerjadirumah iaitu Pn Lela Khalil yang 

mengkhususkan blognya untuk perkongsian mengenai bisnes pastri yang dijalankan beliau.

 Setelah beberapa bulan berblog, hasilnya blog beliau telah tersenarai di tangga teratas 

carian google apabila kita menaip perkataan "bisnes pastri" di bahagian carian enjin google. 

(sila rujuk gambar)




Boleh singgah di blog Pn Lela iaitu di sini (Perjalanan hidupku : Bisnes Pastri)


Selain itu, ada beberapa lagi perkara yang sangat membantu dalam menaikkan blog di 

dalam carian google. Boleh daftar di kelas asas blog & fanpage bersama saya. Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com

Sms / Whats app : 012-322 8651

Facebook : Zaila Mohamad

Sedikit tips untuk penjenamaan melalui blog ;

-Tulis dan tulis tentang 'isi penting' berkaitan tajuk blog

-Tulis tips yang berkaitan blog, setiap hari kongsi idea baru untuk memastikan sentiasa ada 


trafik singgah di blog kita

-Untuk menguasai sesuatu topik atau bidang kita, perlu membaca seberapa banyak 


mungkin buku, bahan bacaan, laman web berkaitan

-guna google books untuk menjejaki buku-buku yang sudah terbit, dalam atau luar negara.


Sehingga bertemu kembali :)

Wednesday, January 29, 2014

Panduan Rakan Niaga Khas Bagi Mereka Yang Mahu Berniaga Tetapi Tiada Produk Untuk Diniagakan


Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah

Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?
Kini anda tidak perlu risau lagi.

Berdaftarlah Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!!!

Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
 
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu blog tersedia dengan pautan:

1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH. HANYA HUJUNG JARI SAHAJA!!!

Mudahkan. Bahan promosi semua disediakan. Saya akan bimbing anda membina sebuah blog & fanpage yang berpengaruh. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Whats App / Sms / Telegram : 012-328651
Facebook : Zaila Mohamad

Monday, January 27, 2014

Kelas Asas Blog & Fanpage : Bagaimana Blog Menaikkan Jualan Produk

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah hampir 6 bulan bergelar guru online kepada Akademi Bekerja Di Rumah, saya kerap mendapat feedback dari pelajar-pelajar yang sudah menghabiskan semua tugasan. Tahniah bagi yang telah berjaya membuat urusan urusniaga melalui online, bagi yang masih belum mendapat pelanggan, jangan berhenti mencuba dan perlu tambahkan lagi usaha untuk berkongsi maklumat di blog & fanpage kalian.

Berikut saya kongsikan gambar printscreen mesej-mesej yang dihantar oleh pelajar saya yang juga merupakan alumni #akademibekerjadirumah sebagai bukti yang mereka juga telah berjaya membuat jualan melalui blog yang telah dihasilkan.








Bagi mereka yang berminat untuk mempromosikan produk/servis/perniagaan melalui blog dan fanpage, boleh mendaftar di dalam kelas asas blog & fanpage (mula bisnes). Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Insya Allah saya akan cuba membantu anda membina sebuah blog yang berpengaruh dan penuh berinformasi di samping menjana kewangan juga.

Sehingga bertemu lagi.

Tuesday, January 7, 2014

Pengaruh Blog Kepada Masyarakat


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Sumber blog protege kelas asas blog & fanpage iaitu Pn Zunairah ABdul Ghani

Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk menulis entri ini berikutan dengan kisah perkongsian daripada salah seorang protege kelas asas blog & fanpage di blog beliau iaitu mengenai adik Nurkhatijah yang membayar yuran sekolah dengan menggunakan duit syiling sahaja. Boleh baca entri asalnya di sini :

http://zunairahghani.blogspot.com/2014/01/muhasabah-yuran-sekolah-dari-duit.html

Perkongsian ikhlas dari hati Pn Zunairah ini memang sangat terkesan di hati setiap pembaca dan akhirnya mendapat banyak perkongsian di dalam media massa yang lain. Malah, saya juga berkongsikan kisah ini di laman sosial facebook saya dengan niat untuk sama-sama berkongsikan maklumat agar ada pihak-pihak yang dermawan akan tampil membantu.

Alhamdulillah, dalam masa beberapa hari sahaja berita ini telah tersebar seperti virus yang menular. Banyak blog-blog yang mengambil kesempatan menyiarkan kisah ini. Ada yang memberikan kredit kepada si penulis dan ada juga yang tidak. Walau apapun niat dan tujuan mereka, diharapkan apa yang dikongsikan akan membawa manfaat kepada semua. Antara salah satu blog yang menyiarkan hasil penulisan Pn Zunairah adalah blog ini di mana segala penulisan ditiru bulat-bulat daripada sumber yang asal :

http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/sayu-anak-yatim-guna-duit-syiling-bayar.html

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah juga kerana sambutan oleh rakyat Malaysia yang berhati dermawan ini memang cukup mengejutkan. Info terkini daripada ustazah yang bertugas telah pun memberitahu yang bantuan sudah mencukupi dan sebarang derma sudah ditutup. Boleh baca update terkini perkembangan adik Nurkhatijah di sini :

http://zunairahghani.blogspot.com/2014/01/nurkhatijah-norsyafiqah-info-terkini.html

Fenomena yang melanda blog Pn Zunairah ini sebenarnya adalah biasa bagi mereka berblog. Bayangkan dalam masa sehari sahaja ramai yang mendapat tahu berita yang ingin disampaikan dan iainya tersebar secara meluas sekejap sahaja. Zaman sekarang orang sudah tidak perlu membeli suratkhabar untuk mendapatkan berita kerana berita boleh didapati di hujung jari sahaja. Facebook merupakan media sosial yang paling cepat untuk menyampaikan maklumat. Tetapi perlu diingatkan juga etika dan adab ketika menerima dan berkongsikan maklumat atau berita.

Mungkin saya akan mengupas isu etika menulis atau mengambil penulisan orang lain (plagiarism) di dalam entri yang lain. Cuma di sini saya ingin kalian lihat betapa besarnya pengaruh blog terhadap masyarakat kita. Dalam perniagaan juga, aplikasi yang sama boleh digunakan untuk meluaskan pemasaran. Jika kena gayanya, sekejap sahaja perniagaan kita akan dikenali dan mendapat tempat di dalam carian google. Jadi, jangan lupa untuk menggandingkan antara blog dan juga kuasa facebook juga. Dua formula yang mudah untuk dipelajari dan diaplikasikan bagi menaikkan momentum perniagaan.

Tahun 2014 ini, ayuh campakkan selimut dan belajar sesuatu yang baru. Jika betul-betul mahu berubah, boleh daftar kelas asas blog & fanpage bersama saya dan sertai keluarga besar Akademi Bekerja Dari Rumah bersama kami. Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-322 8651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu kembali. Assalamualaikum.

Friday, January 3, 2014

Keistimewaan Kelas Online Bina Blog & Fanpage


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah saya menerima banyak email dan pertanyaan "personal message" di facebook yang bertanyakan tentang kelas online yang dijalankan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah ini. Ternyata, ramai yang begitu berminat untuk memulakan langkah dengan bekerja dari rumah kerana ianya merupakan trend semasa yang begitu popular di kalangan rakyat Malaysia sekarang ini.

Sebagai seorang guru online yang mengajar secara online, saya juga ingin menyatakan betapa istimewanya kelas kami ini. Masih ramai yang tertanya-tanya bilakah kelas akan diadakan memandangkan saya juga mempunyai protege (pelajar) yang berada di Jepun di mana jarak dan waktu sangat berbeza. Namun begitu, itu bukanlah mejadi satu halangan untuk saya terus mengajar Pn Noriati Saud (Travelog Bumi Jepun) di mana kami sering bertemu di laman sosial facebook.

Inilah uniknya kelas online kami di mana waktu belajar adalah fleksibel. Saya sendiri tidak pernah memaksa pelajar saya menyiapkan tugasan (melainkan jika sudah lama mereka tidak menyiapkannya). Pelajar boleh memilih untuk "mengganggu" saya pada bila-bila masa sahaja dan sudah tentulahs egala pertanyaan akan dibalas dengan kadar segera. Malah, ketika saya dan keluarga bercuti di Krabi juga kelas masih berjalan seperti biasa asalkan ada sahaja talian internet. Mudah bukan?

Selain itu, pendekatan mengajar juga adalah secara coaching one to one di mana saya mengajar dan menumpukan masa sepenuhnya kepada setiap pelajar. Walaupun dalam satu masa saya perlu mengajar sekumpulan pelajar yang terdiri dari berpuluh pelajar tetapi Alhamdulillah setakat ini setiap pelajar masih dibimbing oleh saya sendiri. Jadi, tiada istilah pilih kasih atau pelajar tertinggal keretapi (kalau ada mungkin kerana pelajar sendiri yang tidak menyiapkan tugasan) kerana setiap hari saya akan memantau tugasan pelajar-pelajar kelas ini.

Alhamdulillah, setakat ini ramai pelajar yang berjaya menyiapkan semua tugasan. Semuanya bergantung kepada usaha pelajar juga, ada yang jenis rajin dalam seminggu sudah siapkan semua, ada yang malas-malas manja mengambil masa yang lebih dari itu. Tiada paksaan dan tekanan dalam menyiapkan tugasan kerana pada sesiapa yang berjaya menyiapkannya akan mendapat "hadiah" dari Akademi Belajar Di Rumah. Best bukan? Jadi, pada yang berminat jangan lengah-lengahkan masa lagi. Boleh mendaftarkan diri ke dalam kelas asas blog & fanpage yang diajar secara online.

Kalau mahu kelas offline pun boleh juga cuma waktu dan masa haruslah ditetapkan dengan lebih awal ya supaya senang saya membuat perancangan. Jika berminat untuk menyertai mana-mana kelas, boleh hubungi saya untuk pertanyaan melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu kembali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...