Imej : koleksi peribadi dari akaun Instagram
Teks : Zaila Mohamad
Assalamualaikum,
Bertemu kembali. Hari ini saya ingin kongsikan dengan kalian semua tentang salah satu cabang bisnes yang boleh dijalankan dari rumah. Bagi mereka yang gemar memasak, ada kenderaan dan sukakan cabaran, sudah tentu bisnes penghantaran makanan sangat sesuai dijalankan.
Tempohari semasa saya melewati akaun Instagram saya (boleh ikuti Instagram saya : Zailabinimdae), saya terlintas melihat satu status yang dikongsikan oleh seorang selebriti blogger yang saya ikuti perkembangannya di dunia maya. Beliau mempromosikan bisnes kawannya yang menjalankan perniagaan memasak dan menghantar makanan kepada mereka yang menempahnya. Bagus bukan? Zaman sekarang yang serba sibuk ini, perkhidmatan sebegini memang sudah semestinya menjadi trend di kalangan warga kota lantaran kesibukan kerja dan kurangnya masa untuk ke dapur.
Bukan sahaja khas untuk mereka yang bekerja tetapi saya juga seorang surirumah kadang-kadang merasakan tidak cukup masa untuk memasak lantaran seharian sibuk dengan urusan mengemas dan menguruskan anak-anak. Sudah semestinya sekali-sekala saya juga akan terfikir untuk menempah perkhidmatan sebegini jika ianya memudahkan urusan rumahntangga saya sekeluarga. Setuju bukan?
Ok, ramai orang yang terfikir bagaimana mahu bermula? Bisnes ini tidak memerlukan modal yang besar. Buat permulaan apa yang penting adalah sebuah telefon, kenderaan untuk bergerak dan kekuatan networking. Tapi sudah tentulah modal diperlukan juga untuk membelikan bahan-bahan untuk memasak. Tetapi untuk permulaan, letakkan syarat dan terma dahulu seperti :
- menentukan menu yang akan dimasak mengikut hari; contohnya nasi lemak ayam berempah pada hari Isnin dan Rabu, nasi ayam pada hari Selasa dan Khamis, nasi beriani pada hari Jumaat. Ini memudahkan kita untuk membuat perancangan bahan-bahan mentah yang boleh dibeli.
- menentukan jumlah limit tempahan yang boleh diambil seperti menghadkan kepada 50 tempahan setiap hari. Jika cukup kakitangan dan tenaga, bolehlah menaikkan jumlah tempahan dari hari ke hari.
- menentukan tempat penghantaran atau tempat "pick up" di mana supaya memudahkan kerja penghantaran. Sekiranya mendapat tempahan dari tempat yang berasingan, perancangan masa adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang kelewatan dalam penghantaran.
Bagi yang mahu bermula, apa kata cuba dahulu untuk lakukan promosi di tempat kerja pasangan anda atau rakan-rakan kenalan anda. Saya teringat kenangan sewaktu bekerja dahulu, ada seorang kakitangan keselamatan yang menjual nasi berlauk pada waktu pagi. Beliau terlebih dahulu mengambil pesanan dan akan membawanya pada keesokan hari. Yang bagusnya, dia sendiri yang memasak masakan tersebut, isteri beliau hanya membantu membungkusnya sahaja. Itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan duit sampingan bagi mereka yang bekerja. Bagi yang tidak bekerja, peluang kalian lagi besar kerana tidak terikat dengan majikan. Jadi seharusnya boleh cuba dalam melakukan bisnes ini.
Sebagai persediaan, boleh dapatkan ebook di bawah untuk sumber pembacaan dan menambahkan ilmu.
RM50
RM50
Boleh dapatkannya melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : Kedai Buku Online
Blog : Kedai Buku Online Anda
No comments:
Post a Comment