Tuesday, February 25, 2014
Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Berhenti Kerja?
Imej : Carian Google
Teks : Zaila Mohamad
Assalamualaikum,
Semalam saya mendapat pertanyaan daripada salah seorang teman di dalam akaun facebook saya. Saya kongsikan di sini ya :
Salam perkenalan. Sy XXX..... nak bertanya n dapatkan nasihat puan zaila sikit. Bila anak2 semakin membesar ni, saya mula rasa jemu nak kerja sbb mahukan lebih masa utk keluarga khususnya anak2.
Saya ada sedikit kemahiran dan minat dalam dunia masakan n baking tp tak tau mcm mana cara saya perlu bertindak utk merealisasikan impian saya utk lebih masa bersama keluarga dan dalam masa yang sama ada sumber pendapatan sendiri.
Adakalanya terfikir menjual produk di pasaran secara online adalah lebih mudah...kerana tak perlu menghasilkan produk.
Saya masih keliru dan tak tahu cara mana yang paling sesuai utk saya. boleh puan bantu guide sy n mungkin sy perlu mengambil apa2 kursus....
wassalam...
Jawapan saya :
Mungkin puan boleh bermula dengan menjadi ejen dropship menjual produk pastri atau makanan yang sememangnya menjadi minat puan. Saya rekemenkan produk shell tart Haneesa La Shoppe atau jualan pretzel SherZam Pretzels di mana puan tidak perlu membuat produk tetapi hanya memasarkan produk melalui facebook dan blog. Duit yang terkumpul hasil jualan boleh digunakan untuk mengambil kursus masakan atau mengambil kelas baking. Jangan takut untuk bermula dari bawah, jangan lupa amalkan apa yang dipelajari dan lakukan dengan bersungguh-sungguh. Mula ambil tempahan dari saudara-mara dan rakan-rakan dan belajar dari kesilapan.
Jangan terus berhenti kerja selagi kewangan keluarga tidak kukuh. Tingkatkan usaha dengan mengumpul modal untuk mencari lebih ilmu dalam bidang pemasaran internet juga. Menyusul nanti jawapan di dalam blog saya nanti.
Sedikit penambahan di sini, menurut sifu saya perlunya persediaan seperti menyediakan tabung persediaan sebelum berhenti kerja seelok-eloknya dilakukan dalam 3 tahun pertama menjalankan bisnes. Apa itu tabungnya?
1. Tabung modal
2. Tabung Simpanan
3. Tabung penyelarasan kewangan (iaitu hutang piutang, kereta, rumah dan lain-lain)
Boleh ikuti blog Pn Masayu di sini (Panduan Bekerja Di Rumah WAHM SAHM SOHO)
Selain itu formula utama yang sangat berkesan adalah redah terus iaitu bermula dengan apa yang ada sahaja. Seperti yang saya katakan, jika tidak ada produk, bolehlah bermula dengan mengumpul modal dari hasil jualan dengan menjadi ejen dropship. Konsep ini sama jika dibandingkan dengan menjadi ahli jualan langsung yang jual produk-produk kecantikan seperti Avon dahulu. Bezanya sekarang kita menjualnya secara dalam talian dan mendapat komisen di atas setiap barangan yang terjual. Macamana nak jadi ejen dropship? Kenalah mendaftar atau membeli produk dahulu.
Seperti di Akademi Bekerja Di Rumah, kami juga menawarkan kalian menjadi ejen dropship produk digital kami di mana kalian dapat sama-sama menjual dan mempromosikan produk ABDR seperti ebook dan juga kelas online. Boleh daftar sebagai Rakan Niaga dahulu. Baca keterangan lebih lanjut di sini : Pakej Rakan Niaga ABDR.
Sekiranya perniagaan yang kita jalankan sudah melepasi pendapatan semasa makan gaji, maka bolehlah mengambil kira untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan yang dijalankan ini.
Sehingga bertemu lagi. Jika ada sebarang kemusykilan, boleh emailkan soalan atau PM sahaja di facebook saya melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app / viber / telegram : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment