Monday, January 11, 2016

Berniaga Itu Satu Tarbiyah


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Saya tertarik dengan satu penulisan yang dikongsi di laman facebook, beberapa orang teman saya juga telah berkongsinya dan mohon maaf saya tidak pasti mana sumber sahih artikel tersebut tapi saya kongsikan di sini sebagai rujukan kita semua ;

Kenapa Nabi SAW berniaga?

Sunnah? Nak kaya?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi SAW berniaga di usianya muda. Di usia 20an. Dan nyata pada usia itu Baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah Baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yang berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah Taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, Nabi SAW akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi Rasul.

Kemudian lagi apa?

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik Islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yang perlu dijaga ialah 'good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan 'good contact' mereka. Dalam konteks dakwah Nabi SAW, 'good contact' digunakan dalam usaha dakwah Baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran Baginda. Jika produk yang di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dengan jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dengan jujur. Apa produl itu? Iman dan Islam.

Kemudian pula apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya dan akan terhasil idea untuk menghasilkan produk yang terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia. Dan dalam konteks dakwah Nabi SAW, Baginda kerap berdagang kesana kemari dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, Baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah Baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yang berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah Nabi SAW menjadi Rasul iaitu diusia Baginda 40 tahun. Namun ramai yang tidak tahu apa yang Baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, Baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniaga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda Baginda, bahawa sebaik baik umat Nabi SAW adalah yang memberi manfaat pada mukmin yang lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.

Berapa usia kita?

Contohi Nabi SAW di usia kita.

Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.

Nak sayang Nabi SAW? Kena tiru Nabi SAW.

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Sunnah itu bukan saja pada jubah, makanan atau pakaian.

Tetapi sunnah pada perlaksanaan.

Agak panjang juga tapi berbaloi untuk dibaca dan dihayati. Saya sendiri juga merasai perkara yang sama sejak saya berniaga. Walaupun hanya berniaga dalam talian, sebenarnya banyak perkara telah merubah hidup dan pemahaman saya tentang konsep rezeki. Apabila kita berniaga, kita harus percaya Allah adalah majikan sebenar kita dan pemberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh-NYA. Oleh itu, untuk menarik atau menjemput rezeki, sudah tentu kita sendiri harus mempunyai hubungan yang baik dengan majikan kita sendiri. Logiknya jika berada dalam satu syarikat, untuk disayangi oleh majikan apa yang kita selalu buat? Sudah tentulah dengan bekerja dengan ikhlas dan menunjukkan ciri-ciri yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas bukan? Begitu juga dalam berniaga. Antara ciri-ciri seorang peniaga harus ada adalah sifat jujur dan amanah sama seperti Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Isteri baginda (Saiditina Khadijah RA) juga harus menjadi ikon kebanggan kita. Walaupun setelah bergelar isteri kepada baginda Rasul, tapi beliau masih menjalankan perniagaan dan banyak menyumbangkan wang untuk perjalanan dakwah baginda Rasulullah SAW. 

Saya percaya, sekiranya kita jujur dalam berniaga dan konsisten melakukannya, insya Allah peluang untuk rezeki datang lagi akan bertambah-tambah. Saya sendiri seakan tidak percaya apabila ada beberapa orang pelanggan yang pernah membeli dan mendapatkan produk barangan parti harijadi akan kembali lagi kepada saya untuk membelinya lagi. Walaupun sudah setahun tapi mereka masih ingat akan servis dan layanan yang diberikan oleh saya. Terima kasih ya kerana mempercayai khidmat dari saya :)

Oleh itu, saya menyeru supaya lebih ramai surirumah yang akan menyahut cabaran saya untuk berniaga. Berniaga tidak perlu terus kepada yang "besar-besar" atau perniagaan juta-juta kerana niat asal berniaga bukanlah untuk menjadi kaya tetapi adalah lebih kepada satu proses mentarbiyahkan diri kepada satu perubahan. Kalau dulu mungkin kita tidak tahu apa itu amalan-amalan yang boleh menarik rezeki tetapi kini, sudah tahu. Insya Allah nanti saya kongsikan apa itu amalan penarik rezeki seperti yang ditulis di dalam buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" tulisan saudara Fathuri Salehuddin.

Bagi mereka yang berminat, boleh juga dapatkan ebook pertama saya iaitu "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES" dengan menghubungi saya melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.
Ebook perkongsian seorang surirumah buat surirumah yang mahu berbisnes. Harga RM25 sahaja ;)

Thursday, January 7, 2016

Bagaimana Untuk Urus Akaun Dengan Betul


Pendaftaran sudah dibuka untuk  bulan Januari 2016.

1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 17/01/16 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order


2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 23/01/16 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

Thursday, December 31, 2015

Peluang Buat Dropship Barangan Parti Harijadi


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi (gambar dari pelanggan fanpage Barangan Parti Harijadi)

Assalamualaikum,

Selamat menyambut tahun baru 2016. Bagaimana dengan persediaan anda semua untuk melangkah ke tahun 2016. Bagi mereka yang sudah bertambah ahli keluarga, sudah tentu akan merasakan sedikit pertambahan di dalam belanja bulanan keluarga. Tambahan pula dengan bebanan kenaikan harga barang kerana GST dan pelbagai lagi faktor lain bakal menyaksikan 2016 lebih mencabar buat rakyat Malaysia.

Oleh itu, saya ingin mengajak surirumah semua untuk menambah pendapatan dengan menjadi ejen dropship bisnes barangan parti harijadi yang telah saya jalankan secara kecil-kecilan semenjak saya berada di rumah. Siapa sangka, pengalaman mendapatkan barangan parti harijadi untuk majlis anak saya telah menjadi penyelesaian kepada masalah ibubapa yang lain dimana mereka mahu dapatkan barangan parti harijadi yang sesuai dengan budget mereka.

Untuk mengetahui syarat-syarat untuk menjadi dropshipper Barangan Parti Harijadi boleh hubungi saya melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Apa yang kalian akan dapat dengan menjadi sebahagian daripada #teamBPH adalah :

- Latihan menjual melalui blog, fanpage & Instagram
- Akses kepada kumpulan sokongan bimbingan saya di Whats App dan Facebook
- Harga borong bagi setiap barangan
- Urusan penghantaran dan simpanan stok semuanya diuruskan oleh saya
- Bagi mereka yang tinggal di Shah Alam boleh dapatkan sesi "coaching" bersama saya di lokasi yang ditetapkan. Bagi mereka yang tinggal di luar kawasan, bimbingan melalui telefon dan laman Facebook disediakan.
- Bonus ebook "Surirumah Juga Boleh Berbisnes" juga akan diberikan.
- Peluang untuk belajar bagaimana memulakan bisnes secara online & offline daripada saya.

Ok lah, siapa yang berusaha insya Allah akan berjaya!

Tuesday, December 29, 2015

Jom Sahut Seruan Pak Menteri : Buat #2kerja

Teks  Zaila Mohamad
Imej : Sumber google

Assalamualaikum,

Minggu ini viral isu buat dua kerja untuk tambah pendapatan keluarga. Maklumlah, tahun ini dengan kenaikan harga barangnya, dengan GST dan kejatuhan nilai ringgit ternyata amat dirasakan oleh rakyat Malaysia. Saya sendiri melihat ada sedikit penurunan dalam tempahan produk yang saya jual. Hujung tahun ramai ibubapa yang mengambil langkah berjimat-cermat dalam perbelanjaan dan hanya membeli apa yang diperlukan sahaja.

Sebenarnya isu buat dua kerja ni sudah lama kerana sebelum berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa pun, saya sudah melakukan dua kerja iaitu kerja pejabat pada waktu siang dan menjadi blogger dan peniaga online pada waktu malam. Hanya selepas isu ini dibangkitkan oleh menteri yang tertentu membuatkan ianya begitu viral dan menjadi bahan lawak di Malaysia pula ;)

Dalam hakikat dunia zaman sekarang, tak dinafikan setiap keluarga perlu mencari sumber pendapatan lain yang bersesuaian dengan kudrat, minat dan taraf pendidikan mereka. Ada orang memilih untuk menjalankan perniagaan online kerana ianya memudahkan dan tidak perlu keluar rumah berjemur panas hujan kerana ianya boleh dilakukan hanya dari rumah sahaja. Ada orang memilih untuk melakukan perniagaan offline kerana mereka suka untuk berjumpa dengan orang lain dan rajin untuk mengikuti mana-mana pasar tani atau pasar karat yang berdekatan dengan rumah. Ada juga yang memilih untuk menjadi pekerja di mana-mana kedai kerana mereka tidak memiliki apa-apa kemahiran atau ilmu untuk berniaga.

Walau apa pun pilihan mereka, saya suka untuk cadangkan kepada surirumah agar mencuba untuk tambah pendapatan melalui perniagaan online. Memanglah ramai yang memberi gambaran bahawa berniaga online ini perlukan lesen dari SSM dan pelbagai lagi syarat yang kadang-kadang "menakutkan" surirumah untuk bermula. Jangan risau, bermulalah dari sedikit iaitu dengan mencari ilmu dan banyak membaca dahulu. Boleh daftar kelas asas blog & fanpage bersama saya juga. Kemudian boleh pilih untuk berniaga secara dropship atau borong. Jangan pandang rendah pada modal sedikit kerana apa yang kita kejarkan bukannya keuntungan semata tetapi adalah pengalaman yang berharga. Dari modal yang sedikit cuba kembangkan untuk mendaftar perniagaan dan seterusnya melakukan tabungan secara konsisten.

Saya terbaca dalam satu buku yang mengatakan untuk menjadi jutawan adalah dengan melatih diri untuk menyimpan secara konsisten. Dalam kes ini kita bukan mahu jadi jutawan pun, (tapi kalau dapat alhamdulillah itu bonus!) tapi kita mahu cari sumber pendapatan lebih buat diri sendiri dan keluarga. Mengikut pengalaman saya yang sudah berada di rumah selama hampir 4 tahun, saya juga bermula dari bawah iaitu dengan melakukan dropship dan kini masih juga bertatih dalam bisnes tapi alhamdulillah sudah nampak perubahan juga.

Saya doakan semoga surirumah di luar sana akan lebih produktif pada tahun 2016. Boleh sertai kelas asas blog & fanpage di bawah bimbingan saya dan jemaah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad
Fanpage : Barangan Parti Harijadi

Assalamualaikum.

Wednesday, December 9, 2015

Bagaimana Persediaan Anak-Anak Untuk Sesi Persekolahan 2016


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Carian internet

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kita sudah menghampiri penghujung tahun 2015. Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah sudah semestinya bulan ini memerlukan belanja yang besar untuk membeli segala persiapan anak-anak untuk ke sekolah. Saya terbaca status kawan saya di facebook yang mengatakan ada pekerja di tempat kerjanya terpaksa mengambil pinjaman kerana mahu membeli persiapan sekolah anak-anak. Tambahan kos kehidupan yang semakin meningkat di bandar mahupun luar bandar, memang cukup terasa akan duit yang mengalir bak air tu!

Sebenarnya bagi mereka yang mempunyai perancangan kewangan yang bagus sudah pasti tidak akan mengalami sebarang masalah untuk berbelanja. Persoalannya bagaimana? Sudah tentulah dengan membuat simpanan untuk tabung pendidikan anak-anak secara berdisiplin. Saya senaraikan antara cadangan yang terlintas di fikiran saya. Semoga ianya dapat memberi manfaat buat anda semua. Saya juga dalam fasa untuk berubah ke arah lebih berdisiplin dalam menabung untuk anak-anak :)

1) Insuran & tabung pendidikan 

Saya tak pasti nama sebenarnya apa cuma untuk anak-anak kami memang en suami ada mengambil pelan perlindungan BSN-Prudential bagi setiap anak-anak. Selain dapat rawatan di hospital terpilih, apabila anak-anak cukup usia sejumlah wang dapat dikeluarkan bagi menanggung perbelanjaan pendidikan mereka. Kalau tak silap sewaktu mereka berusia 18 tahun nanti. Ada orang kata rugi tapi bagi kami, ianya sangat-sangat membantu terutamanya anak kami yang selalu sakit dan selalunya kos rawatan memang akan ditanggung oleh pihak insuran. Tepuk dada tanya berapa budget yang boleh dipotong demi masa depan anak-anak.

2) Tabung Simpanan

Selalunya apabila menyambut kedatangan ahli keluarga yang baru sudah tentu ramai ahli keluarga atau saudara mara akan sedekahkan duit kan? Maka duit ini boleh disimpan di dalam bank atau Tabung Haji di atas nama anak sendiri. Anak-anak kami ada tabung akaun simpanan di Maybank atas nama saya sebagai wakil sehingga mereka dewasa baru boleh ambil sendiri. Selain itu, duit raya anak-anak juga boleh disimpan dan digunakan saat mahu masuk ke sekolah nanti. Tahun ini, saya juga ada membuat simpanan hasil dari duit berniaga ke dalam akaun anak-anak. Walaupun tak banyak tetapi jika konsisten lama-lama akan bertambah juga jumlahnya. Ini bagi mencegah dari diri sendiri membazirkan duit hasil berniaga kepada perkara yang tidak berfaedah :)

3) Menyimpan Duit Syiling

Perasan tak kalau menyapu di lantai rumah tu kadang-kadang tersapu syiling bernilai sepuluh sen, dua puluh sen dan kadang-kadang lima sen. Bagi mereka yang tak mahu dompet terasa berat, sudah pasti tidak akan biarkan duit syiling berada lama-lama di dalam dompet kan? Jadi, apa kata asingkan mengikut nilai dan ajar anak untuk mengutip dan menabung duit syiling. Haaa hujung tahun macam ni, sekeping syiling yang bernilai satu sen pun sangat berharga tau! Sila kira siap-siap dan bawa ke bank untuk ditukar kepada duit ringgit dan boleh gunakan duit tersebut untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-anak.

4) Menyimpan Dinar Emas

Yang ini satu pelaburan jangka masa panjang. Saya tak nasihatkan sangat untuk beli baju sekolah anak-anak sampai pergi gadai wang dinar emas kita tapi kalau mahu simpan sebagai tabung pendidikan anak-anak di masa hadapan, mungkin boleh mulakan dari sekarang.

Itu sahaja yang terlintas di fikiran saya. Menabung ini memang susah untuk dilakukan terutama bagi kita orang Melayu yang terlalu suka untuk bermewah-mewah. Tapi kalau mak-mak sebelum kita boleh buat, tak kan kita ibu zaman moden tak dapat lakukan juga? Hanya perlu disiplin dan otak yang sedikit "nyanyuk" untuk melupakan segala apa yang kita simpan demi pendidikan anak-anak di masa hadapan.

Apabila sudah ada tabungan dan perancangan yang jelas, sudah tentulah kita boleh elakkan dari membuat pinjaman di tempat kerja atau meminjam duit daripada saudara-mara mahupun kenalan rapat. Insya Allah. Jika anda rasakan idea atau tips yang saya berikan ini bermanfaat, silakan kongsi bersama kawan-kawan yang lain. Sekiranya mahu tahu bagaimana cara untuk belajar berniaga secara online dan offline yang saya lakukan hanya dari rumah, boleh hubungi saya melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Boleh daftar kelas asas blog & fanpage secara online mahupun offline dan dapatkan bonus ebook yang sangat membantu dalam merealisasikan impian untuk bekerja dari rumah. Hingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Tuesday, December 8, 2015

Perlukah Surirumah Pandai Memandu?

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Carian Internet

Assalamualaikum,

Zaman sekarang rata-rata kaum wanita memiliki kereta sendiri dan pandai memandu lantaran tuntutan hidup untuk pergi bekerja atau mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah. Saya sendiri sudah memiliki lesen memandu sejak dari zaman belajar di universiti lagi tetapi sangat takut untuk memandu kereta. Ditambah pula dengan faktor bekerja satu pejabat dengan suami membuatkan skill memandu saya memang tersimpan rapi bertahun lamanya.

Namun begitu, sedikit demi sedikit saya terpaksa keluar dari kepompong selesa dan takut untuk memandu apabila suami selalu keluar daerah atas tuntutan kerja. Nak tak nak, saya kena kuatkan semangat memandu kereta manual untuk ulang alik ke pejabat. Apabila saya berhenti kerja sepenuhnya pada tahun 2012, sekali lagi saya "menggantung" lesen memandu :) Urusan bisnes saya lakukan pada hujung minggu sahaja di mana suami memang menjadi pemandu setia saya. Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mendapat suami yang begitu memahami dan  menyokong segala urusan bisnes yang saya lakukan.

Tahun ini setelah dipertimbangkan suami mencadangkan agar saya memiliki kereta sendiri supaya lebih senang untuk saya bergiat aktif dalam bisnes. Selain itu, ada agenda lain juga iaitu beliau dengan rasminya melantik saya menjadi pemandu kepada anak-anak untuk ke sekolah. Sekali lagi saya bersyukur, dengan adanya kenderaan sendiri memang tak dinafikan urusan bisnes saya lebih laju berbanding sebelum ini. Saya tidak perlu menunggu suami untuk keluar mengambil stok ataupun menghantar barang sebaliknya semua saya lakukan sendiri dengan kebenaran daripada beliau. Walaupun sudah memiliki kereta sendiri, ini tidak bermakna yang saya bebas keluar ke mana-mana tanpa pengawasan atau kebenaran dari suami.

Namun begitu, setiap bulan pening juga kepala saya memikirkan bagaimana untuk mengumpulkan duit untuk membayar ansuran bulanan kereta tersebut. Alhamdulillah, setakat ini saya bayar dengan hasil duit berniaga saya dan syukur juga kereta yang suami belikan tidak tinggi komitmen bulanan dan begitu jimat dalam penggunaan minyak! Pada yang tertanya-tanya kereta apa, sudah tentulah Perodua Axia kereta kecil sesuai untuk saya. Yang paling penting ianya jenis automatik dan alangkah mudahnya untuk dipandu :) Selama ini hanya biasa membawa manual, apabila mendapat kereta jenis automatik baru saya tahu kenapa ianya begitu senang. He he he

Bagi surirumah yang masih belum berkesempatan untuk mempunyai kenderaan sendiri, tidak mengapa asalkan ada kemahiran memandu. Tak kisahlah pandu kereta atau motorsikal, ianya sangat penting untuk menentukan tahap berdikari diri kita. Saya terbaca di dalam buku "Bekerja & Berniaga" tulisan puan Azura Abdullah yang surirumah patut ada kemahiran memandu untuk mengelakkan dari bergantung 200% kepada suami. Sangat bahaya jika berlaku sesuatu kecemasan pada suami dan kita tidak dapat berbuat apa-apa. Mesej ini bukan untuk menakutkan anda cuma jika ada peluang belajarlah memandu walau hanya untuk pergi ke kedai runcit sahaja.

Saya teringatkan sepupu saya yang juga merupakan seorang surirumah. Sewaktu anak-anak kecil, beliau hanya berada di rumah menjahit baju dan menjaga anak-anak sepenuhnya. Sekarang ini, anak-anak sudah membesar memasuki alam persekolahan beliau nekad untuk belajar memandu kerana mahu menghantar sendiri anak-anaknya ke sekolah. Berkat kerajinan dan bijak mengambil peluang dengan menumpangkan anak-anak jiran juga, kini beliau sudah boleh memandu sendiri van sekolah dan mempunyai pendapatan tetap sendiri. Hanya dengan keberanian dan mahu keluar dari zon selesa, kini beliau sudah ada pendapatan tetap setiap bulan.

Sehingga bertemu lagi. Bagi mereka yang mahu tahu dengan lebih lanjut mengenai Akdemi Bekerja Di Rumah (ABDR) dan kelas-kelas yang ditawarkan, boleh hubungi saya melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Assalamualaikum.

Monday, December 7, 2015

Tugas Personal Shopper Jawatan Baru Bagi Surirumah


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Kebelakangan ini semakin ramai pula surirumah yang menjadi "orang tengah" atau dikenali dengan gelaran personal shopper kepada golongan yang tertentu. Seingat saya, pengalaman saya menggunakan khidmat personal shopper adalah pada tahun 2009 di mana saya membeli dompet jenama "Tommy Hilfiger" sebagai hadiah buat en suami. Saya mengenali seorang personal shopper (PS) iaitu rakyat Malaysia yang menetap di Las Vegas melalui blog beliau dan sudah tentulah saya tertarik dengan banyak barangan yang dibeli di sana ditawarkan pada harga jauh lebih murah dari butik Malaysia! Waktu itu kami hanya berhubung melalui e-mel sahaja dan alhamdulillah walaupun jarak beribu batu tapi saya percayakan akan perkhidmatan yang ditawarkan lantaran membaca blog kawan-kawna yang sudah ramai mendapatkan khidmat beliau.

Zaman sekarang lagilah mudah untuk berhubung kan? Dunia hanya di hujung jari sahaja; Whats App, Telegram, WeChat dan pelbagai aplikasi lain yang sangat memudahkan kita untuk berhubung antara penjual dan pembeli. Persoalannya, bagaimana mahu menjadi seorang personal shopper?

Dunia sekarang ramai yang terlalu sibuk dan kalau bukan sibuk pun "malas" untuk keluar. Bukan apa, bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil atau keadaan lain yang tak mengizinkan sudah tentulah agak sukar untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Di sinilah berfungsinya tugas seorang PS dimana dapat menyelesaikan masalah orang. Tak semestinya menjadi seorang PS harus menjual barangan berjenama sahaja tetapi sebenarnya ada banyak lagi pekerjaan lain seperti menjadi PS untuk produk Ikea, memberikan servis membeli barang bagi ibu-ibu dalam pantang, membeli barangan di jualan gudang dan sebagainya.

Namun begitu harus diingat bahawa tugas sebagai seorang PS ini tidaklah semudah yang disangka. Seseorang harus mempunyai tahap kesabaran dan semangat yang gigih dalam melayan karenah pelanggan. Sebagai contoh menghadapi karenah pelanggan yang cerewet mungkin akan menyebabkan diri kita mudah hilang sabar juga! Seeloknya setiap urusan jual beli harus disertakan dengan terma & syarat sekali supaya tidak membebankan diri kita sebagai PS. Iyalah, upah tidak seberapa tapi dimarahi pula sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, kan naya namanya tu. Jadi, sebelum memutuskan untuk menjadi seorang PS cuba dulu buat kajian dan tawarkan khidmat kepada mereka yang terdekat dahulu seperti saudara-mara atau kenalan rapat sahaja.

Insya Allah, nanti saya kongsikan lagi tips untuk menjadi personal shopper. Gambar di atas adalah salah satu mesej yang dihantar oleh pembaca blog saya untuk membelikan langsir di Ikea. Tapi maaflah, buat masa sekarang saya masih belum bersedia lagi untuk menjadi PS barangan Ikea. Bukan kerana saya tak suka menolong orang tapi keadaan fizikal saya yang tidak sesuai untuk bersusah-susah ke Ikea :) Insya Allah mana tahu selepas melahirkan anak ke 6 saya boleh jadi PS Ikea pada kawan-kawan. Lagipun saya memang suka masuk Ikea dapatkan sumber inspirasi :)

Oklah, hingga bertemu lagi. Assalamualaikum. Jika berminat untuk mendaftarkan diri ke kelas asas blog & fanpage secara online boleh hubungi saya melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Assalamualaikum.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...