Monday, December 7, 2015

Tugas Personal Shopper Jawatan Baru Bagi Surirumah


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Kebelakangan ini semakin ramai pula surirumah yang menjadi "orang tengah" atau dikenali dengan gelaran personal shopper kepada golongan yang tertentu. Seingat saya, pengalaman saya menggunakan khidmat personal shopper adalah pada tahun 2009 di mana saya membeli dompet jenama "Tommy Hilfiger" sebagai hadiah buat en suami. Saya mengenali seorang personal shopper (PS) iaitu rakyat Malaysia yang menetap di Las Vegas melalui blog beliau dan sudah tentulah saya tertarik dengan banyak barangan yang dibeli di sana ditawarkan pada harga jauh lebih murah dari butik Malaysia! Waktu itu kami hanya berhubung melalui e-mel sahaja dan alhamdulillah walaupun jarak beribu batu tapi saya percayakan akan perkhidmatan yang ditawarkan lantaran membaca blog kawan-kawna yang sudah ramai mendapatkan khidmat beliau.

Zaman sekarang lagilah mudah untuk berhubung kan? Dunia hanya di hujung jari sahaja; Whats App, Telegram, WeChat dan pelbagai aplikasi lain yang sangat memudahkan kita untuk berhubung antara penjual dan pembeli. Persoalannya, bagaimana mahu menjadi seorang personal shopper?

Dunia sekarang ramai yang terlalu sibuk dan kalau bukan sibuk pun "malas" untuk keluar. Bukan apa, bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil atau keadaan lain yang tak mengizinkan sudah tentulah agak sukar untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Di sinilah berfungsinya tugas seorang PS dimana dapat menyelesaikan masalah orang. Tak semestinya menjadi seorang PS harus menjual barangan berjenama sahaja tetapi sebenarnya ada banyak lagi pekerjaan lain seperti menjadi PS untuk produk Ikea, memberikan servis membeli barang bagi ibu-ibu dalam pantang, membeli barangan di jualan gudang dan sebagainya.

Namun begitu harus diingat bahawa tugas sebagai seorang PS ini tidaklah semudah yang disangka. Seseorang harus mempunyai tahap kesabaran dan semangat yang gigih dalam melayan karenah pelanggan. Sebagai contoh menghadapi karenah pelanggan yang cerewet mungkin akan menyebabkan diri kita mudah hilang sabar juga! Seeloknya setiap urusan jual beli harus disertakan dengan terma & syarat sekali supaya tidak membebankan diri kita sebagai PS. Iyalah, upah tidak seberapa tapi dimarahi pula sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, kan naya namanya tu. Jadi, sebelum memutuskan untuk menjadi seorang PS cuba dulu buat kajian dan tawarkan khidmat kepada mereka yang terdekat dahulu seperti saudara-mara atau kenalan rapat sahaja.

Insya Allah, nanti saya kongsikan lagi tips untuk menjadi personal shopper. Gambar di atas adalah salah satu mesej yang dihantar oleh pembaca blog saya untuk membelikan langsir di Ikea. Tapi maaflah, buat masa sekarang saya masih belum bersedia lagi untuk menjadi PS barangan Ikea. Bukan kerana saya tak suka menolong orang tapi keadaan fizikal saya yang tidak sesuai untuk bersusah-susah ke Ikea :) Insya Allah mana tahu selepas melahirkan anak ke 6 saya boleh jadi PS Ikea pada kawan-kawan. Lagipun saya memang suka masuk Ikea dapatkan sumber inspirasi :)

Oklah, hingga bertemu lagi. Assalamualaikum. Jika berminat untuk mendaftarkan diri ke kelas asas blog & fanpage secara online boleh hubungi saya melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Assalamualaikum.



Pekerjaan Apa Yang Sesuai Bagi Surirumah Yang Ingin Tambah Pendapatan


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Sumber carian internet

Assalamualaikum,

Bertemu kembali, alhamdulillah sekarang ini saya sedang berada di dalam fasa mod rajin untuk berkongsi idea dan tips khas buat suri yang mahu berada di rumah di samping menjana pendapatan sendiri. Hari ini saya ingin kongsikan antara beberapa pekerjaan yang sesuai dilakukan oleh surirumah yang mahu menjana pendapatan hanya dari rumah tanpa perlu keluar bekerja.

1) Menjadi Seorang Blogger

Alhamdulillah, saya juga telah memasuki tahun ke enam menjadi seorang blogger picisan. Kenapa picisan? Kerana sekarang saya lebih suka untuk menulis dan berkongsi maklumat tentang apa yang saya suka dan kenangan yang manis-manis dalam kehidupan saya sebagai seorang surirumah sahaja. Sewaktu awal menulis blog, saya aktif juga ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak pengiklanan seperti Nuffnang dan buat liputan majlis. Bagi mereka yang sukakan gaya kehidupan yang aktif dan selalu berjumpa dengan ramai orang, bolehlah memilih kerjaya sebagai seorang blogger. Blogger hanya menulis dan melakukan kerja hanya dari rumah sahaja. Lebih tinggi trafik blog kita maka lebih tinggi juga peluang untuk dijemput dan diberikan bayaran untuk menulis. Tapi jangan ingat mudah untuk dikenali ya melainkan kita sememangnya seorang artis terkenal. JAdi, haruslah disertai dengan kesungguhan dan disiplin untuk ke memenuhi undangan membuat liputan sebarang majlis samaada berbayar ataupun tidak. Bagi ibu yang mempunyai anak, boleh memilih untuk menjadi blogger yang menulis tentang tips dan gayahidup ibubapa masa kini. Selalunya pengiklan seperti produk kanak-kanak akan lebih tertarik untuk memberikan kita bayaran untuk mempromosikan produk mereka. Sekiranya ada majlis, mereka akan menjemput anda sekeluarga dan merasai sendiri pengalaman mencuba produk baru.

2) Menjual Secara Online

Bagi surirumah yang suka berniaga, boleh jadikan kerjaya peniaga online sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan. Bagaimana untuk tahu apa yang kita pandai jual? Cuba mulakan dengan menjual apa yang kita minat dan suka buat. Tak semestinya kita harus menjual produk yang kita buat atau hasilkan sendiri. Sebenarnya paling bagus adalah menjual produk orang lain kerana kita tidak perlu pening kepala untuk memikirkan kos pembuatan atau kos-kos lain yang terlibat dalam pembikinan sebuah produk. Jujur saya katakan yang menjual produk MLM adalah satu tindakan yang bijak yang boleh dilakukan oleh surirumah untuk menambah pendapatan keluarga. Tapi sudah tentulah perlu menimba ilmu dan jangan meletakkan modal yang tinggi sekiranya ingin bermula. Sebagai contoh, saya sendiri sudah beberapa bulan menyertai Amway salah sebuah syarikat jualan langsung yang terbesar di Malaysia dan di dunia. Yuran penyertaan adalah serendah RM100 dan saya boleh menjual pelbagai produk yang terdapat di dalam Amway. Sudah tentulah saya bermula dengan menggunakan produk mereka iaitu periuk Noxxa dan seterusnya terus berminat untuk menjadi ahli dan mula menjual. Yang bagusnya, saya tidak perlu menyimpan stok dan melaburkan modal yang banyak untuk membeli barangan tersebut. Setiap pertengahan bulan juga ada bonus yang diberikan oleh syarikat di atas kejayaan dan usaha kita menjual produk.

Sekali lagi jangan ingat mudah ya, semuanya harus bermula dengan keinginan dan semangat yang kuat. Ilmu juga sangat penting jadi jangan penat untuk menuntut ilmu dan mencari mentor yang sesuai untuk membimbing kita. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai perniagaan Amway, boleh hubungi saya di talian 012-970 6828 (Whats App sahaja).

3) Menawarkan Perkhidmatan 

Antara perkhidmatan yang sesuai bagi surirumah adalah perkhidmatan memberikan servis seperti menjaga anak kawan atau jiran. Itupun bagi mereka yang menggemari kanak-kanak atau tidak mempunyai anak yang ramai. Ini kerana upah menjaga seorang kanak-kanak agak lumayan juga ya sekitar RM250 ke RM300 bagi mereka yang tinggal di bandar. Macam saya, nak jaga anak sendiri pun sudah pening kepala. He he he

Selain itu, bagi surirumah yang mempunyai bakat mereka bentuk atau menggunakan komputer boleh tawarkan khidmat rekabentuk atau mengambil upah membina blog atau mempromosikan produk orang lain secara berbayar. Bayaran boleh ditetapkan mengikut pengalaman dan persetujuan antara kedua belah pihak. Mudah kan?

Bagi yang sudah ada pengalaman, boleh sediakan kelas-kelas secara online mahupun offline untuk memberikan tunjuk ajar kepada mereka yang berminat. Sebagai contoh di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) saya merupakan seorang guru online yang memberikan tunjuk ajar kepada surirumah yang mahu mulakan bisnes secara online dan tidak tahu bagaimana untuk bermula. Sudah ramai surirumah yang berjaya membuktikan bahawa dengan ilmu mereka juga dapat menambah pendapatan dan seterusnya mengembangkan bisnes mereka ke luar kawasan yang lebih jauh. Terima kasih kepada teknologi dunia tanpa sempadan, kini berniaga tidak perlu untuk membuka kedai lagi. Tak faham? Jom sertai kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) untuk pelajari teknik asas menjual secara online di mana kedai kita boleh dibuka di mana-mana sahaja :)

Sebenarnya ada banyak lagi kerjaya yang boleh dipilih, bergantung kepada minat dan kepakaran masing-masinglah ya. Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Saturday, December 5, 2015

Ulasan Buku Zero Hutang; Bukan Mudah Tetapi Tak Mustahil!


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya membawa anak-anak ke MPH Subang Parade untuk membeli buku. Iya, sejak menjadi surirumah sepenuh masa ini, saya rasa kecintaan saya terhadap membaca buku-buku motivasi seperti suatu ketagihan. Betul bagai dikata orang, lagi banyak kita baca lagi banyak perkara baru yang kita pelajari. Kalau singgah kedai buku, tak sah rasanya kalau tak ambil kesempatan untuk membeli dan menambah koleksi bahan bacaan untuk diri sendiri.

Kali ini buku yang berjaya menarik perhatian saya bertajuk "Zero Hutang ; Bukan Mudah Tetapi Tak Mustahil" tulisan saudara Mohd Zulkifli Shafie. Saya tertarik kerana harganya yang murah (RM15) dan juga kandungan yang nipis dan penulisan yang santai. Kalau sekali baca pun mudah untuk difahami dan tidak perlu sampai berkerut-kerut muka untuk memahami isi kandungannya. Baiklah saya kongsikan di sini beberapa point yang saya rasa sangat bagus untuk dikongsikan.

1) Kaya Atau Miskin Adalah Suatu Pilihan

Tak dinafikan setiap manusia mempunyai nafsu dan keinginan masing-masing. Nafsu untuk berkahwin, memiliki zuriat, membeli rumah idaman dan kereta besar adalah antara nafsu biasa yang manusia akan rasai. Tetapi tahukah anda bahawa setiap dari nafsu tersebut boleh dikawal dengan memilih untuk berbelanja di bawah kadar kemampuan. Dalam erti kata yang lain mengurangkan bebanan hutang bagi melunaskan nafsu yang ada. Sebagai contoh, bagi graduan yang baru mendapat kerja sudah tentu bernafsu untuk membeli sebuah kereta idaman hati bukan? Cuba berpijak di alam yang nyata dengan membeli kereta yang ansuran bulanan tidak memakan hampir separuh dari gaji kerana kereta mahal sebenarnya tidak akan membawa apa-apa nilai kepada kewangan anda. Seeloknya duit gaji digunakan untuk simpanan tetap dan membeli sebuah hartanah yang mampu milik di lokasi yang strategik dan boleh memberikan pendapatan lebihan pula kepada anda.

Apabila kita turutkan nafsu, selalunya akan membawa mudarat kepada diri iaitu dengan menanggung hutang yang kadang-kadang mencecah puluhan atau ratusan ribuan ringgit. Ditambah pula dengan pelbagai tawaran kad kredit atau skim ansuran bulanan yang disediakan oleh bank mahupun kedai barangan elektrik, sebenarnya ini boleh menjerat kepada hutang yang tidak disedari. Oleh itu, hidup kita adalah hasil dari pilihan kita iaitu samaada mahu bebas hutang atau bergaya tapi sebenarnya pokai!

2) Disiplin Menabung Penting

Penulis mencadangkan supaya melakukan tabungan secara konsisten dan adakan dana kecemasan sekurang-kurangnya minimum pendapatan 3 bulan gaji. Jika mampu, boleh gandakan sehingga 6 bulan dan seterusnya duit yang berlebihan pula digunakan untuk pelaburan. Bagaimana mahu konsisten menanbung? Seeloknya lakukan tabungan di tempat yang susah untuk keuarkan seperti Tabung Haji atau jika menabung di mana-mana kalau boleh poskan buku akaun bank ke kampung supaya susah untuk mengambil duit. Lumrah manusia, jika tahu ada duit pasti mahu habiskan ya? Jadi, disiplin diri sangat penting dan kalau boleh menabung dan lupakan terus. Dana kecemasan hanya perlu digunakan apabila berlaku kes-kes kecemasan sahaja.

3) Tips Membeli Hartanah

Seeloknya beli hartanah seawal mungkin dan jangan tunggu sudah bersara baru nak bina kediaman sendiri. Beli kediaman yang terletak di lokasi yang strategik supaya mudah untuk disewakan atau dijual sekiranya kita sudah memilih untuk berhijrah ke kampung. Selain itu, jangan tergopoh-gapah membeli kediaman yang memakan bayaran melebihi gaji bersih kita kerana ini akan merugikan diri. Kalau boleh, cari hartanah yang mampu kita bayar bulan-bulan dan berdekatan dengan tempat kerja supaya kita tidak perlu menambah kos pengangkutan pergi balik ke tempat kerja yang jauh dengan rumah idaman hati. Pendek kata, untuk membeli sesebuah hartanah memang memerlukan ilmu dan rajinkan diri membeli buku tentang hartanah sebelum memutuskan untuk mebeli hartanah pertama atau kedua atau seterusnya.

Pinjaman bank untuk membeli hartanah adalah merupakan hutang yang baik sekiranya kita bijak mengambil peluang. Sebagai contoh, kita mahu membeli sebuah rumah apartmen yang hanya perlu membayar kadar pinjaman RM800 sebulan tetapi kediaman yang kita beli tu boleh disewakan pada kadar RM900 sebulan. Sudah tentu kadar sewa akan bertambah setiap tahun manakala bayaran pinjaman bank pula adalah tetap setiap bulan. Dari situ kita sudah boleh mencipta pendapatan pasif hasil dari pembelian hartanah yang betul.

4) Sedekah Antara Jalan Kekayaan

Penulis ada juga berkongsi pengalaman beliau dalam bersedakah dan menginfakkan harta kepada mereka yang memerlukan dan bagaimana Allah membalas dengan hasil yang berlipatkali ganda lagi. Mulakan dengan sedekah yang konsisten, walau tak banyak tapi konsisten. Boleh mula dengan mendermakan RM1 ke dalam tabung masjid atau surau dan setiapkali sedekah selepas itu cuba gandakan jumlahnya. Insya Allah kita tidak akan pernah jatuh miskin dengan hanya mengeluarkan sedekah.

5) Melakukan Bisnes Dengan Sabar dan Bermula Dari Kecil

Bermula dari kecil adalah sunnatullah iaitu mengikut sunnah Allah. Ramai yang tak mampu bertahan dalam bisnes kerana mereka mahu cepat kaya, belum apa-apa lagi sudah mahu tukar kereta mahu menunjukkan simbol yang mereka sudah berjaya dalam perniagaan. Sedangkan hakikatnya nak bayar bulanan kereta pun semput setiap bulan. Jadi, walaupun keuntungan pada peringkat permulaan hanya RM10 jangan mudah putus asa sebaliknya cuba gandakan keuntungan kepada RM20, RM50 hingga seterusnya boleh melebarkan perniagaan atau menggunakan duit tersebut ke pelaburan yang lain pula. Berniaga ibarat menanam pokok, perlu dijaga dengan penuh konsisten dan kesabaran. Insya Allah suatu hari pasti akan membuahkan hasilnya.

6) Ilmu Penting Sebelum Bermula

Penulis banyak berkongsikan kisah suka duka dan pahit manis kehidupannya yang tidak mempunyai gaji yang besar tetapi berkat kesabaran dan konsisten menabung, beliau berjaya melunaskan beberapa hutang seperti PTPTN isteri dan juga mampu untuk bebas dari bebanan hutang. Segalanya bukan mudah tetapi harus belajar dan timba sebanyak mungkin ilmu dari mereka yang sudah berjaya. Pelaburan yang pertama adalah dengan membeli buku-buku hasil tulisan jutawan-jutawan yang telah berjaya seperti Irfan Khairi, Azizi Ali, Chef Li dan banyak lagi mereka yang telah membuktikan bahawa dengan ilmu yang betul kita mampu untuk menggandakan duit kita.

7) Emas Adalah Pelaburan Jangka Panjang

Semua orang sukakan emas dan nilai emas ada susut naiknya setiap tahun tetapi nilai emas tetap utuh sepanjang zaman. Sebelum memulakan pelaburan emas, pastikan diri sendiri dilengkapi dengan ilmu dahulu dan jangan laburkan semua simpanan kepada emas kerana apabila berlaku kecemasan, emas yang baru dibeli tidak akan memberikan pulangan yang tinggi sekiranya dijual. Emas adalah pelaburan jangka masa panjang dan harus sabar dalam menyimpannya. Ilmu zakat emas juga harus dipelajari supaya apa yang kita laburkan mendapat keberkatan Allah SWT.

Rasanya cukup itu sahaja yang saya boleh kongsikan, sebenarnya ada banyak lagi tisp menarik tetapi anda haruslah membeli dan membacanya sendiri. Apabila habis membaca buku ini, semangat untuk memiliki rumah kedua sebagai pelaburan semakin membuak-buak tapi mungkin masanya belum tiba lagi. Cukuplah sekiranya saya dapat konsisten dalam menabung dan menyediakan dana kecemasan buat diri dan anak-anak.

Sehingga bertemu lagi. Sekiranya berminat untuk mendaftarkan ke kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) boleh hubungi saya melalui :

Emel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Assalamualaikum.


Friday, December 4, 2015

3 Sifat Yang Surirumah Wajib Ubah Untuk 2016


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Carian internet

Assalamualaikum,

Sudah tinggal berbaki tak sampai sebulan lagi 2015 bakal melabuhkan tirai. Sekejap aje masa berlalu kan? Apakah kita masih berpegang kepada azam tahun 2015? Masih konsisten atau sudah tergelincir dari trek? Walau apa pun yang telah berlaku, masa tidak akan kembali lagi. Tahniah bagi mereka yang konsisten dalam melaksanakan azam tahun 2015. Bagi saya, apabila melewati penghujung tahun ni banyak tersasar kerana kesilapan diri sendiri yang kurang fokus dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Namun begitu, saya masih bersyukur walaupun tidak dapat mencapai atau melunaskan beberapa impian 2015 tapi saya masih lagi berjaya menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja. Berkat konsisten menulis blog, banyak membantu perniagaan kecil-kecilan saya dikenali.

Tahun 2016 kedengarannya begitu mencabar ekoran kenaikan harga barang. Entah apa lah yang naik tu tapi rasanya semua naik kan? Bagi surirumah, waktu sebegini elok sangatlah kita gunakan untuk memajukan diri dan membantu suami dalam menambah pendapatan keluarga. Sebenarnya ada banyak pekerjaan yang kita boleh buat untuk mencari sumber pendapatan kedua tapi harus dilengkapi dengan 3 sifat yang saya nyatakan di bawah baru lah apa yang kita usahakan akan menjadi. Saya kongsikan ya ;

1) JANGAN MALAS 

Saya selalu ingatkan kepada diri saya bahawa orang yang rajin selalu akan menang dalam apa jua keadaan. Sebenarnya untuk berniaga secara online mahupun offline, kita hanya perlukan sedikit ilmu dulu sebagai permulaan dan seterusnya adalah sifat malas atau rajin yang akan menentukan usaha kita. Apabila sudah ada ilmu untuk bermula, jika anda malas untuk berusaha sudah tentulah hasilnya lambat akan terima. Jadi, apa kata untuk tahun 2016 kita sebagai surirumah campak segala selimut "kemalasan" yang menyeliputi diri dan berusaha lebih sedikit untuk berjaya.

2) DISIPLIN MENABUNG

Saya ada terbaca di dalam buku Zero Hutang tulisan saudara Mohd Zulkifli Shafie menyatakan antara kelemahan diri dalam melunaskan hutang kerana tidak disiplin di dalam menabung. Pantang ada duit, mahu beli macam-macam. Penulis menyarankan supaya menabung di satu tempat yang paling sukar untuk mengeluarkan wang simpanan tersebut seperti di dalam akaun Tabung Haji atau dalam bentuk simpanan emas. Apa kata tahun 2016, kita berazam supaya dapat menabung dengan konsisten dan lupakan baki yang ada supaya kita sekurang-kurangnya mempunyai tabung simpanan kecemasan dan boleh diguna sekiranya terdesak.

3) JANGAN SUKA CIPTA ALASAN

Sebenarnya sifat ini akan berkait dengan sifat yang dinyatakan pada no. 1 iaitu jangan malas. Apabila malas, kita akan mencipta pelbagai alasan. Antara alasan-alasan lapuk yang selalu digunakan oleh surirumah adalah tiada modal, anak-anak tak bagi kerjasama, suami tak bagi, tak reti urus masa, malu dan sebagainya. Bagi setiap alasan yang diberi sebenarnya pasti akan ada jalan penyelesaiannya cuma nak kena tekadkan semangat dan rempuh sahaja halangan yang ada. Saya juga tak sangka yang sepanjang hampir 3 tahun berada di rumah dan bekerja dari rumah, pelbagai cabaran dan dugaan telah saya tempuhi. Insya Allah, semoga tahun 2016 menjanjikan tahun di mana saya juga harus buang sikap suka bertangguh dan memberikan alasan.

Surirumah mana yang tidak mahu pendapatan sampingan secara tetap setiap bulan kan? Tak dapat 4 angka dapat 3 angka pun sudah syukur bukan? Tapi, jangan lah hanya sekadar menanam impian. Zaman sekarang ada macam-macam cara dan pekerjaan yang boleh dilakukan hanya dari rumah sahaja. Antaranya adalah menjadi ejen dropship, menjual produk digital dan macam-macam lagi. Bagusnya semua ini ada dilatih di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) melalui kelas-kelas yang ditawarkan sepanjang tahun. Kelas juga fleksibel iaitu secara online dan boleh belajar sehingga pandai. Gabungan surirumah-surirumah profesional di dalam jaringan besar ABDR sangat membantu di mana kita boleh belajar daripada mereka yang telah berjaya.

Mahu sertai ABDR? Boleh mendaftar kelas melalui online ataupun offline bersama saya. Hubungi saya melalui :

Emel : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad.

Ayuh, jom sama-sama kita ubah diri dan kewangan keluarga pada tahun 2016 ini. Assalamualaikum.


Friday, November 20, 2015

Mengapa Perlu Menulis Dengan Betul?



Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Bertemu kembali di ruangan ini setelah saya begitu lama menyepikan diri. Menyepi tidak bermakna blog ini terus berkubur begitu sahaja ya. Biasalah, masa begitu mencemburui saya yang semakin sibuk dengan tugasan baru iaitu menjadi pemandu kepada anak-anak ke sekolah. Walau apa jua alasan yang diberikan, percayalah saya masih lagi seorang surirumah dan berjaya menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja :)

Petang ini pintu mesej saya diketuk oleh Puan Sau'dah Salleh iaitu antara pelajar yang terawal mendaftar di dalam kelas asas blog & fanpage. Saya dapat tahu Pn Sau'dah yang mesra dikenali sebagai Odah merupakan seorang blogger dan sudah mempunyai sebuah blog yang dijadikan sebagai tempat mencoret aktiviti harian beliau. Saya difahamkan yang Odah ingin belajar untuk menulis dengan betul dan sekaligus mahu menaikkan perniagaan suaminya iaitu sebuah bengkel kereta yang beroperasi di Shah Alam. Jemput baca perkongsian Odah di dalam entri terbarunya yang ditulis pada hari ini berikutan hasil perkongsian di dalam fanpagenya yang telah diviralkan oleh laman Oh!Bulan dan telah dikongsi oleh hampir 5700 pembaca facebook. Wow! Hasil yang sudah tentu menggembirakan hati beliau :)

"2 tahun yang lalu, saya membuat keputusan untuk belajar menulis. Iya, belajar menulis dengan betul.

Kenapa nak belajar tulis dengan betul? Tak pandai tulis ke?

Memang saya tak pandai menulis. Menulis karangan yang mempunyai tujuan. Menulis untuk memberikan manfaat kepada pembaca. Dan salah satu kelemahan saya adalah bahasa melayu.

Sebenarnya saya boleh menulis. Tapi tanpa tujuan. Tulis just sebab nak tulis. Konon boleh jadi memori la kan. Atau tulis sebab nak update blog. Asalkan tulis dan blog ada entri baru.

Kalau tengok dan belek entri saya dari tahun saya mula menulis di blog, iaitu tahun 2009, saya macam "ish...teruknya." Main belasah je tulis. Kejap English, kejap Melayu. Kelakar bila baca, tapi malu ar bila fikirkan ada orang baca. Hehe.

Apabila saya mengakui yang saya tak pandai menulis dengan baik, Allah menghantar bantuan melalui Facebook. Hehe FB menjadi kawan saya.

Saya mula mengikuti dan mengekori rapat 2 guru bahasa saya. 

Guru yang pertama adalah Dato' Roslan Ab Hamid. Beliau digelar Jutawan Perkataan dan ia sememangnya tepat sebab saya berjaya menambah perbendaharaan kata saya.

Guru kedua adalah Puan Ainon Mohd. Pengasas PTS Media Group. Semasa saya di universiti, kami gunakan buku hasil tulisan Puan Ainon untuk rujukan. Pasal Edward De Bono kot.

Kedua-dua mentor ini, bahasanya alahai. Sedap bila dibaca. Menarik kontennya. Mudah difahami. Tambah lagi Dato' Roslan. Siap ada peribahasa. Yang saya memang tak tahu. Cabarannya cuma bila Dato' gunakan bahasa aras tinggi, kena baca 2-3 kali untuk faham.

Kemudian, saya mula mengorak langkah. Cuba untuk tiruvasi gaya penulisan mentor-mentor ini. Tapi masih tiada haluan.

Allah temukan saya pula dengan Zaila, seorang Guru Online bagi Akademi Bekerja Dari Rumah. Masa tu, apa yang buat saya ingin belajar dari Zaila adalah bukan untuk bisnes. Saya cuma nak belajar cara dan teknik menulis. 

Sebab itu kelemahan saya. Sikit-sikit saya dah tahu asasnya. Contoh menulis dalam bahasa mudah tanpa jargon. Setiap para tidak melebihi 5 baris.

Walaupun kami berniaga dengan membuka bengkel automotif, tapi saya fokuskan dahulu kepada teknik menulis. Bila belajar asas, nanti senanglah nak tulis apa pun. Cewah..berangan jugaklah sikit.

Labur duit untuk ilmu penulisan dalam tahun 2013. Kelas dia melalui online sahaja. Tak payah drive dan parking dan masuk kelas. Semuanya depan komputer je. Senang. Tapi homework tetappp ada hehe.

No pressure here. Semua pun boleh join. Semua tu samada you bekerja full-time atau work-at-home. Cuma ikut je struktur yang Zaila beri dan buat homework.



Writing is an exploration. 
You start from nothing 
and learn as you go.



Then 2014 belajar dengan Dato' Roslan melalui Pra Pulau Jutawan. Puan Ainon belajar tentang ilmu pengurusan bisnes.

2015, saya melabur pula dalam Public Speaking Mastery, program eksklusif Dato' Roslan yang mempunyai 3 siri. Saya perlukan ilmu ini sebab saya nervous bila nak bercakap dengan audiens yang ramai. 

Kalau dalam kelas yang ramai, nak tanya soalan pun menggigil-gigil. Berdebar-debar gila. So saya nak atasi rasa takut ni. 

Tapi kelas ni best giler, sebab ada satu aktiviti ni memang buat kita macam "I did this. So i can do almost everything with plans and better execution." Memang best feeling 'terbang tinggi' tu.

Mid 2015, ada lagi satu program yang saya join lagi, iaitu Public Leadership Mastery. Join sebab Public Speaking Mastery dah habis. Lagipun saya perlu Leadership Training sebab saya sangat tak pandai nak lead the team.

Dan yang menariknya, Puan Faridah Hanim Haron adalah Trainer untuk Petronas selama 20 tahun dan beliau adalah di dalam golongan Top 1% Performer di Petronas.

Bayangkan kehebatan beliau dengan menjadi salah seorang Performer terbaik dari 47,000 staf Petronas! Wow. 

Masa kelas 14-15 Nov 2015, tajuknya Creating The Line of Sight. Masa ni belajar tentang Visi, Misi, Corporate Agenda, Roadmap, SWOT, TOWS. Banyaklah. Then kena applied terus dengan buat untuk company kita.

Kenapa kena buat ni semua? Supaya kita jelas mana kita nak pergi, apa kita nak capai, apa kena buat, macam mana nak buat. Semualah tentang bisnes.

And for the first time, everything is completed for Rahim Auto. Kami tahu 10 tahun akan datang, Rahim Auto adalah apa. Sebelum ni, kalau orang tanya, "Rahim Auto nak jadi apa?", kami tak tahu nak jawab apa. But now, we know already. Yeay.

Macam banyak je kan kelas yang saya join? Hehe. 

Dan hasil dari pembelajaran berterusan, sangatlah berbaloi.

Kami menulis satu artikel dan ianya telah viral. Sehingga hari ini (20.11.2015), ianya telah di view seramai 584,000 orang. Dan telah dikongsi oleh 5,700 orang. Wow.

Ianya sangat Wow untuk kami. Anjakan paradigma untuk bisnes kami. Titik permulaan hasil pembelajaran dan TINDAKAN kami."

Sumber entri di sini : Eh Oh!Bulan.com Ambik Entri Kita!

Bagi saya, tak salah untuk melaburkan sejumlah wang demi ilmu yang akan kita praktikkan dan seterusnya membawa kepada keuntungan diri kita juga. Walaupun kadang-kadang seperti tidak nampak akan hasilnya tetapi percayalah! Dengan menulis sepenuh hati dan ikhlas dalam berkongsi ilmu insya Allah kita akan dapat bahagian kita di akhirat kelak.

Mahu daftar kelas asas blog & fanpage bersama saya? Boleh terus hubungi saya melalui Whats App di 012-970 6828. Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.



Wednesday, September 16, 2015

Bagaimana Menjana Pendapatan Dengan Menulis Blog


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Menurut Irfan Khairi di dalam buku Nota Jutawan Nota Perniagaan Internet adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan melalui penulisan blog dengan meletakkan iklan di blog. Ini boleh dilakukan dengan membina akaun di Google Adsense atau Nuffnang.com.my. Saya juga telah menjadi ahli Nuffnang sejak dari tahun 2009 lagi dan kebanyakan blog yang saya bina semuanya mengandungi iklan yang dibawakan oleh Nuffnang.

Bagaimana iklan Nuffnang disiarkan di blog? Apabila mendaftarkan akaun dengan Nuffnang, selalunya penulis blog akan diberikan html kod yang boleh diletakkan di bahagian tertentu di blog anda. Melalui kod-kod ini iklan akan disiarkan di dalam blog mengikut masa dan tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Nuffnang. Setiapkali ada pengunjung ke laman blog, kita akan dibayar mengikut jumlah klik yang di lihat oleh pengunjung. Walaupun kedengaran sungguh mudah, tetapi hakikat sebenarnya bukan begitu. Melainkan blog kita mempunyai trafik yang betul-betul tinggi dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai, maka kebarangkalian untuk blog kita dipilih oleh pihak pengiklanan adalah lebih tinggi lagi.

Pengalaman saya sendiri yang telah 2 kali mendapat bayaran daripada pihak Nuffnang, walaupun mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapat bayaran ratusan ringgit tapi bagi saya ini adalah salah satu cara menjana pendapatan yang paling senang buat surirumah. Bayangkan kita hanya perlu meletakkan html kod di blog dan pastikan yang blog kita sentiasa mendapat kunjungan dan mesra enjin carian. Lebih ramai trafik bermakna peluang untuk dibayar lebih adalah lebih tinggi. Bagaimana untuk memastikan yang blog kita sentiasa dikunjungi? Sudah tentulah dengan disiplin dan komitmen yang bersungguh-sungguh iaitu dengan sentiasa mengemaskini blog dan memasukkan maklumat serta info-info menarik yang berkaitan dengan tajuk blog kita.

Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk mengiklankan produk di blog. Terbaru saya mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan pihak Lazada iaitu dengan memasukkan kod pengiklanan produk Lazada di blog. Setiapkali ada pembelian melalui blog kita, pihak Lazada akan membayar komisen kepada penulis blog. Best bukan? Jadi, apa tunggu lagi, jadikan blog anda juga sebagai salah satu tempat untuk menyiarkan iklan dan seterusnya dapat menjana pendapatan pasif setiap tahun. Sekiranya anda seorang yang kreatif, boleh jadikan entri untuk mempromosikan produk orang lain dengan bayaran yang tertentu. Sebagai contoh, untuk setiap entri dikenakan bayaran RM10 (minimum) dan setiap bulan anda sasarkan untuk menulis sebanyak 10 entri mengenai produk yang berlainan. Jadi pendapatan pada bulan tersebut adalah RM10 x 10 = RM100 keuntungan bersih yang dapat diperolehi hanya dengan menulis blog.

Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), kami juga menjalankan pengiklanan berbayar di dalam setiap blog alumni kami. Bagi sesiapa yang mempunyai produk dan ingin mengiklankan di dalam SOHO Directory, sedikit bayaran akan dikenakan tetapi hasilnya iklan produk akan disiarkan di dalam lebih 1000 blog yang sudah menyertai rangkaian ABDR. Dengan ini, iklan anda lebih berpotensi untuk dilihat mahupun berada di dalam carian teratas hasil carian di dalam enjin carian seperti Google atau Yahoo. Sekiranya berminat untuk meletakkan iklan produk, boleh hubungi saya melalui :

E-mel : zailamohamad@gmail / zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Anda juga boleh menyertai mana-mana kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) atau beriklan di Instagram di bawah bimbingan saya. Hanya daftar dan siapkan tugasan yang diberikan akan melayakkan untuk menjadi alumni ABDR dan seterusnya menjadi ahli besar keluarga online kami. Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua.

Thursday, September 3, 2015

3 Langkah Mudah Bina Fanpage Berpengaruh Di Facebook

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi 3 langkah mudah dalam perniagaan online. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan medium sosial percuma iaitu di Facebook. Tapi, tahukah anda bahawa fanpage adalah tapak yang asas untuk menjual di dalam facebook. Melalui buku tulisan Irfan Khairi iaitu "Nota Jutawan : Nota Perniagaan Online" Facebook merupakan tapak untuk bersosial dan membina jenama, jadi jangan terlalu menjual di laman peribadi sendiri. Sebaiknya bina tapak fanpage yang bersesuaian dengan minat dan kepakaran kita dan ikuti tips di bawah untuk menaikkan jumlah likes di fanpage.


Gambar : Muka depan buku Irfan Khairi : Nota Jutawan Nota Perniagaan Online yang saya beli di MPH pada bulan lepas


1) Gunakan Tajuk Mengikut Minat Atau Kemahiran

Semestinya pemilihan tajuk fanpage penting untuk menarik lebih ramai jumlah like. Sekiranya anda mempunyai hobi menjahit tudung boleh gunakan tajuk seperti "Jahit Tudung Sendiri" seperti yang dilakukan oleh salah seorang pelajar kelas asas blog & fanpage ini. Dalam masa kurang dari seminggu, beliau sudah mempunyai pelanggan yang ingin menempah tudung yang dijahit sendiri oleh Puan Sapiah. Sangat penting untuk meletakkan tajuk yang sesuai kerana pelanggan akan tertarik dengan tajuk dan perkongsian yang dilakukan di dalam laman fanpage tersebut. Sekiranya fanpage itu diletakkan nama sendiri sudah tentu tidak ramai yang akan mengenali dan tertarik untuk menekan butang like. Lainlah jika kita ini seorang artis terkenal ya :)


2) Sentiasa Mengemaskini Laman Fanpage

Lumrah manusia suka melihat gambar lebih dari membaca teks. Jadi, sesekali rajinkan diri berkongsi gambar hasil produk atau testimoni pelanggan di dalam laman fanpage. Ini akan menambahkan keyakinan pelanggan untuk membeli produk yang kita jual. Selain itu boleh juga dimasukkan kata-kata motivasi atau perbanyakkan hubungan dengan pelanggan atau pembaca seperti memasukkan 2 gambar dan memberi arahan untuk pelanggan memberikan pendapat atau pandangan. Dengan cara ini pelanggan setia akan sentiasa berinteraksi dengan kita dan mudah untuk mengekalkan hubungan baik antara penjual dan peniaga.

3) Menganjurkan Pertandingan

Rakyat Malaysia memang suka melayari facebook dan akan tertarik dengan laman fanpage yang menganjurkan pertandingan "Like & Share". Mungkin boleh tawarkan hadiah yang menarik juga supaya fanpage kalian lebih cepat dikenali dan viral di laman sosial. Sesekali kongsikan juga laman fanpage di laman facebook peribadi anda untuk tujuan memperkenalkan fanpage kita kepada kenalan facebook. Dengan cara ini juga dapat menambahkan jumlah like dan seterusnya meningkatkan kebarangkalian untuk menjual produk kita.

Semoga tips ini berguna untuk anda semua terutama bagi mereka yang mahu menjual di laman fanpage. Jika betul teknik dan caranya sebenarnya kalian tidak perlu melaburkan kos untuk melakukan sebarang iklan melalui fb ads pun. Ini terbukti apabila salah satu laman fanpage saya iaitu Barangan Parti Harijadi terus menerus mendapat permintaan dan jumlah like semakin meningkat tanpa saya melakukan sebarang fb ads. Hanya lakukan tips di atas, insya Allah fanpage anda juga akan lebih dikenali nanti.

Sehingga bertemu lagi. Bagi yang mahu mendaftar kelas asas blog fanpage (mula bisnes) atau beriklan di Instagram boleh hubungi saya melalui :

Emel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...