Wednesday, February 25, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes) : Asalnya Malu Untuk Berniaga

Sumber : http://shazwaniafiq.blogspot.com/2015/02/kelas-asas-blog-fanpage.html

Saya mulakan dengan Bismillah.

Assalamualaikum.

Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog saya sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk suka-suka dan hanya di buat sebagai diari kehidupan saya ketika saya remaja dahulu untuk mengisi masa terluang. Saya tertarik dengan blog yang banyak gadget dan blink-blink. Tapi itu dahulu, ketika saya remaja. Selain itu, saya tidak la begitu baik dari segi penulisan. Nama yang saya gunakan juga tidak melambangkan diri saya yang sebenar. Semuanya adalah samaran. 

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain kecuali bersama keluarga dan rakan yang paling baik, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Saya sudah berhenti kerja pada tahun 2014 kerana mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sepanjang permulaan saya yang menjadi suri rumah sepenuh masa, saya selalu terfikir bagaimana saya hendak membantu suami saya dari segi kewangan dan juga untuk duit poket sendiri. Dengan modal yang saya keluarkan hasil dari pekerjaan saya yang tedahulu saya berniaga secara kecil-kecilan. Tapi semua itu saya merasakan seperti bersifat sementara, kerana saya perlu mempunyai modal dan produk yang banyak untuk di jual kepada pelanggan.

Pada Januari 2015, ketika itu saya sedang membaca satu penulisan di facebook, saya tertarik dengan kelas asas dan fanpage. Saya terus mencari facebook puan zaila Mohamad, dan dari situlah bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Puan Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen dan jelas. 

Lebih-lebih lagi saya sangat berminat dengan perniagaan. Tapi saya mempunyai sifat pendiam dan pemalu untuk memperkenalkan barangan dan produk yang saya ada. Sebelum ini, hanya jual kepada rakan-rakan sekerja & saudara mara. Tapi semua itu, belum mendapat kepuasan yang sebenar sebagai seorang yang ingin memulakan perniagaan, kerana berniaga dengan saudara mara dan rakan-rakan perlu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi kerana kita kena letak harga yang masyarakat melayu selalu gunakan iaitu 'harga anak beranak'. 

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada Puan Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. E-mail, fanpage dan nama blog yang saya gunakan tidak menunjukkan diri saya yang sebenar. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh Puan Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar dari mula sehingga lah akhir tugasan. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting. Puan zaila sangat banyak membantu saya dalam penulisan blog dan juga fanpage saya.

Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah membaca kisah-kisah ahli ABDR, baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog. 

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli dan Puan zaila sendiri sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja sambil masih sempat untuk menguruskan rumah tangga.

Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes pakaian saya pada setiap pelanggan yang ada. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci. Yang paling penting kita perlu lah sentiasa mempunyai masa untuk update penulisan blog kita dan dari situ kita sentiasa dapat berhubung dengan masyarakat di luar sana.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog secara serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar kelas asas blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan untuk menghubungi Pn. Zaila melalui FB beliau (FB: zaila.mohamad).

Semoga semuanya dapat dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...