Thursday, January 18, 2018

Entri #1 2018 : Blog Sebagai Magnet Rezeki


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Simpanan peribadi

Assalamualaikum,

Lamanya tidak menulis di sini. Sudah memasuki minggu ketiga tahun baru 2018. Azam saya mahu kekal konsisten menulis dan berkongsi pengalaman kehidupan. Alhamdulillah, blog peribadi berkisahkan aktiviti harian saya sentiasa dikemaskini. Jemput baca di pautan ini : www.zailabinimdae.blogspot.my.

Tahun 2017 saya tidak banyak menulis lantaran kesibukan menguruskan anak-anak dan keluarga. Tahun ini, masa lebih fleksibel di mana saya mempunyai 4 jam waktu luang untuk diri sendiri memandangkan 4 daripada 6 orang anak sudah mula bersekolah. Apa yang saya lihat, apabila blog sentiasa dikemaskini, ianya ibarat magnet rezeki kepada kita. Syukur rezeki tahun baru, tak banyak tapi tetap ada setiap minggu. Semoga dengan sentiasanya mengemaskini blog menjadikan asbab untuk mendapat rezeki lebih.

Surirumah yang mahu belajar berniaga melalui blog saya cadangkan menyertai kelas asas blog & fanpage atau kelas asas blog & penulisan. Kelas yang dilakukan secara di atas talian dan di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Insya Allah, hasil menulis blog secara konsisten boleh menaikkan pautan blog di dalam enjin carian seperti google. Boleh Whats App 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan.

Sehingga berjumpa lagi. Doakan semoga saya lebih rajin untuk berkongsi pengalaman berniaga di sini ya. Keterangan dalam gambar di atas ; pelanggan yang tinggal di Lubnan mencari maklumat mengenai barangan parti harijadi sehingga menemukan blog saya. Syukur, walaupun jarang bercerita mengenai bisnes ini tetapi masih mendapat sambutan daripada mereka yang memerlukan servis ini. Jadikan blog sebagai tempat untuk kita memasak iklan. Mudah bukan?

Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...