Thursday, April 6, 2017

Entri #6 2017 : Kenapa Perlu Kuasai Carian Google

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Bagi mereka yang mempunyai blog, pernah tak terfikir akan peluang untuk menjana pendapatan melalui blog sendiri? Pernah tak kalian menaip sendiri di carian enjin seperti google dan mencari sendiri nama blog kalian? Pentingkah blog untuk berada di carian pertama Google?

Sekiranya diajukan kepada saya, sudah tentu saya akan cakap penting. Ini kerana saya juga jika mencari sesuatu di carian Google saya hanya akan melihat jawapan di halaman pertama atau kedua sahaja. Apabila selesai menaip apa yang ingin dicari, saya akan terus mengambil nombor telefon atau membuka laman web yang tertera di situ. Jarang sangat saya terus mencari ke beberapa halaman ke belakang (kecuali jika sedang mengumpul maklumat tentang percutian, saya suka membaca semua blog-blog yang tersenarai).

Saya berikan contoh produk yang saya jual iaitu barangan parti harijadi, alhamdulillah ianya masih menguasai laman pertama di carian Google, baik dicapai melalui telefon atau komputer riba. Fanpage Barangan Parti Harijadi dan blog saya yang ini (www.zailabinimdae.blogspot.my) masih lagi berada di bahagian atas carian. Syukur sebab saya hanya menggunakan zero kos marketing (pemasaran sifar) iaitu tidak menggunakan fb ads atau Google Ads. Mungkin kerana saya hanya seorang surirumah yang selesa dengan rezeki yang ada sekarang ini. Mungkin juga sebab saya belum ada komitmen yang banyak seperti sewa kedai, gaji pekerja atau sewa premis yang perlu dilunaskan. Berniaga sekadar untuk mendapatkan wang sampingan dan membayar kutu atau bil telefon sahaja ;)



Jadi, bagi surirumah yang mahu menjana pendapatan sampingan hanya melalui blog dan fanpage, boleh sertai kelas asas blogshop bersama saya di Jalan Kebun Shah Alam. Pendaftaran bulan April masih terbuka dan saya boleh ajarkan bagaimana untuk membina blog dan seterusnya menguasai carian di Google atau Bing hanya tak sampai sebulan. Tapi semuanya sudah tentu dengan izin Allah dan usaha kalian juga. Sekiranya memilih untuk membuat zero kos marketing, maka kena lah rajin mengemaskini blog dan fanpage untuk dapat perhatian pembaca dan bakal pelanggan.

Boleh Whats App di 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan mengenai kelas. Sehingga bertemu lagi dalam entri yang akan datang. Assalamualaikum.

Wednesday, April 5, 2017

Entri #5 2017 : Membaca Terapi Seorang Surirumah

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Sejak tidak bekerja di pejabat, saya akui saya mempunyai lebih banyak masa untuk membaca buku. Alhamdulillah, tahun ini saya telah berjaya menghabiskan beberapa biji buku yang telah dibeli secara "online". Antaranya adalah Summer at Little Beach Street Bakery tulisan Jenny Colgan, Afrika Aku Mai Lagi karya Dr. Hayya Bilal, Laki Aku Negro juga hasil karya Dr. Hayya Bilal (sebenarnya nama penulis adalah Jamilah Jaafar tetapi menggunakan nama pena Hayya Bilal). Memang best sangat buku-buku tersebut dan penulisan yang santai membuatkan saya mudah faham dan rasa seperti cepat-cepat mahu habiskan bacaan :)

Bulan ini saya ada membeli beberapa lagi buah buku. Antaranya Isteriku Bidadari tulisan Ebit Lew, Menelusuri Cinta juga karya Ustaz Ebit Lew, buku-buku ini sangat istimewa buat diri saya kerana dibeli sewaktu Ustaz Ebit Lew datang ke surau berdekatan rumah memberi kuliah. Boleh baca di sini untuk mengetahui kandungan kuliah perdana dari Ustaz Ebit Lew ya. Salah satu buku juga ditandantangan oleh beliau beserta pesanan "Allah sayang Zaila". Berbunga-bunga rasanya hati saya malam itu. Apatah lagi selepas mendengar kuliah dari ustaz kegemaran saya.


 Insya Allah saya akan kongsikan ulasan buku-buku ini setelah saya habis membacanya ya.


Buku How To Talk So Kids Will Listen edisi Bahasa Melayu ini pula pemberian seorang kawan. Alhamdulillah, saya bersyukur sebab selalu dikelilingi oleh kawan-kawan yang positif dan sangat pemurah. Semoga Allah murahkan rezeki kawan saya ini.


Sekarang saya sedang habiskan membaca buku What's Up Turks karya Ayza Gursoy. Masya Allah baru baca beberapa helai airmata deras mengalir. Ini kerana terkesan dengan penulisan beliau yang menceritakan tentang perihal penulis berusaha untuk menelefon ibu penulis dari Turki. Kadang-kadang, melalui penulisan orang lain pun kita terkesan dan melihat diri yang kadang-kadang terlupa untuk bertanya khabar mak sendiri yang hanya tinggal beberapa ratus kilometer dari kita.

Insya Allah saya memang berjanji kepada diri untuk membaca lebih banyak buku tahun ini. Kalau dulu harta yang selalu saya kumpul adalah beg tangan berjenama (walaupun bukan tahap mak-mak datin), kosmetik dan barang kemas tetapi sekarang saya berpendapat "Less is More". Kurangkan kecintaan kepada harta duniawi dan sebolehnya mahu tambah ilmu dalam diri. Membaca memang dapat menghilangkan tekanan yang saya hadapi dalam menguruskan keluarga. Seharian penat melayan karenah anak-anak, selalunya saya mendapat ME TIME dengan membaca. Walau sekadar berbaring dan sambil menyusukan anak bongsu saya masih boleh membaca ;)

Impian dalam hati mahu mengeluarkan buku pertama juga. Aminkan ya kawan-kawan semua. Sekarang hanya mampu menjual ebook sahaja. Mahu beli ebook pertama saya? Boleh dapatkannya pada harga RM25 iaitu Ebook "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES". Whats App ke 012-970 6828 untuk pembelian.

Hingga berjumpa lagi di entri seterusnya. Assalamualaikum.

Monday, April 3, 2017

Entri #4 2017 : Hargai Pelanggan


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini walaupun kelam kabut dengan segala urusan, tetapi syukur apabila mendapat pesanan daripada pelanggan nun jauh di Sarawak. Masuk kali ini sudah 3 kali beliau membeli dari saya. Untungnya pelanggan dari Sabah Sarawak mereka sangat tidak berkira tentang harga dan kos pos. Mungkin kerana mereka juga susah untuk mendapatkan barangan parti harijadi yang murah atau mungkin juga tidak perlu pening kepala mencari di merata tempat kerana barang akan sampai depan muka pintu sahaja.

Sejak berniaga, ada beberapa cara yang saya lakukan untuk menghargai pelanggan. Antaranya :

1) Beri Harga Borong : Sememangnya ini yang saya lakukan, tidak kira pelanggan dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak atau Brunei. Sekiranya mereka membeli pada kuantiti yang ditetapkan, mereka akan mendapat harga borong iaitu murah dari harga jual.

2) Beri Diskaun : Selalunya saya akan beri diskaun untuk kos pos atau memberi barangan parti seperti belon secara percuma. Akan tetapi tengok juga jumlah yang dibeli oleh pelanggan. Sekiranya melebihi RM200 memang mereka akan mendapat hadiah percuma.

3) Layanan Yang Baik : Walaumacamana cerewet pelanggan, usahakan untuk melayan dengan baik dan jujur dengan mereka. Insya Allah, apabila pelanggan merasa selesa berurusan dengan kita mereka akan terus menggunakan khidmat atau membeli barangan dengan kita.



Itu sahaja tips untuk menghargai pelanggan yang saya sempat kongsikan. Mungkin ada banyak lagi cara untuk memenangi hati pelanggan dan semuanya bergantung kepada kreativiti penjual sendiri. Paling penting adalah melayan mereka dengan baik walaupun mereka tidak membeli barangan dengan kita.

Surirumah yang berminat untuk belajar berniaga melalui blog & fanpage boleh sertai kelas asas blogshop bersama saya secara One to One di Jalan Kebun, Shah Alam. Maklumat seperti di bawah :

Tarikh : 08 April 2017
Masa : 0900 hingga 1300 (4 jam)
Lokasi : Jalan Kebun Shah Alam

Hubungi 012-970 6828 untuk pendaftaran. Terima kasih.

Sunday, April 2, 2017

Entri #3 2017 : Kumpul Testimoni Pelanggan Dalam Satu Album

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Entri ke-3 untuk 2017. Saya mulakan dengan perkongsian idea untuk memudahkan pelanggan menjejaki kesemua testimoni produk / servis yang kita jual. Sekiranya di blog, boleh himpunkan semua entri di bawah label "TESTIMONI", namun sekiranya di facebook atau fanpage bagaimana pula?

Sudah tentulah dengan memulakan satu album khas untuk menyimpan semua testimoni atau ulasan pelanggan. Ianya boleh jadi gambar yang pelanggan hantar terus kepada anda atau "screen capture" di telefon pintar anda juga.

Mengapa perlu untuk mengumpul testimoni pelanggan?

Ianya dapat membuktikan bahawa produk yang kita jual adalah berkesan (sudah tentu dengan izin Allah) dan sekaligus meyakinkan bakal pelanggan untuk mendapatkannya. Lebih banyak ulasan ikhlas pelanggan berjaya dikumpul, lebih bagus untuk membuktikan yang kita serius dalam membantu pelanggan.

Semoga tips ini dapat memberikan manfaat buat surirumah yang menjalankan bisnes. Sekiranya surirumah ada yang berminat untuk menyertai kelas asas blogshop secara "offline", berikut adalah maklumatnya :

Tarikh : 08/04/2017
Lokasi : Jalan Kebun Shah Alam
Masa : 0900 - 1300
Hubungi : Whats App 012-970 6828 untuk pendaftaran. Hanya 5 kekosongan sahaja.

Sehingga berjumpa lagi di entri yang lain.

Thursday, March 16, 2017

Entri #2 2017 : Kelas Asas Blogshop Shah Alam

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Setelah lebih setahun berehat lantaran kesibukan menguruskan anak-anak, akhirnya saya telah memberanikan diri menganjurkan kelas offline yang bertempat di Jalan Kebun Shah Alam. Kenapa lokasi kali ini di Jalan Kebun? Ini kerana memudahkan saya yang masih mempunyai anak kecil meninggalkan si anak kepada suami dalam jangka masa yang tidak lama. Memang dilema ibu yang bekerja dari rumah, anak-anak terlebih manja dan susah untuk berenggang walau sekejap (sebenarnya lebih kepada perangai ibu juga yang tidak mengharapkan orang lain yang dapat menjaga anak).

Alhamdulillah, tiada kata yang dapat diucap melainkan memanjatkan rasa syukur kepada Allah. Kisahnya saya menerima pendaftaran kelas daripada pelajar yang menetap di Kota Kemuning. Puan Z memilih untuk kelas offline kerana mahu siapkan terus blog pada hari yang sama. Maka, saya berfikir bagus juga sekiranya dibuat kelas secara offline cuma masalahnya kelas yang sesuai pula di mana? Alhamdulillah terus terlintas di fikiran untuk bertanyakan di dalam Telegram jemaah Surau Al-Hijrah di mana lokasi yang saya boleh sewa tempat yang ada mempunyai talian internet dan bilik yang selesa lengkap kerusi dan meja.

Alhamdulillah, syukur rasanya apabila seorang jemaah mengkhabarkan yang ada bilik untuk disewa di sebuah maktabah pengajian Al-Quran di Jalan Kebun dan syukur sangat sebab ustaz yang memiliki bangunan tersebut juga telah memberikan kebenaran untuk saya mengadakan kelas secara berkala di situ. Terima kasih Allah atas peluang ini.

Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba iaitu pada hari Ahad 12/03/2017 seramai 5 orang peserta telah datang dari pelbagai lokasi. Ada yang datang dari Ampang (suami dan isteri), Bangi, Kota Kemuning dan paling jauh dari Ipoh, Perak. Begitu bersemangatnya mereka demi mencari ilmu. Saya sangat berterima kasih kepada semua kerana mengorbankan hari cuti demi untuk menyiapkan sebuah blog. Mohon ampun dan maaf andai terkurang dalam memberikan ilmu tentang blogshop dan juga fanpage.


Barisan pelajar kelas offline pertama di Jalan Kebun. Insya Allah April nanti akan ada kelas lain akan menyusul. Doakan semoga kelas secara offline ini dapat dijalankan secara konsisten setiap bulan ya.


Kelas bermula jam 9 pagi dan berakhir 1 tengahari. Sarapan dan nota juga disediakan. Kelas kita ini santai-santai sahaja dan saya suka fokuskan kepada surirumah yang mahu menambah ilmu atau belajar tentang asas dalam membina blogshop dan juga fanpage di facebook.

Insya Allah kelas pada bulan April akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 08/04/2017 (Sabtu)
Masa : 0900 - 1300 (lebih kurang 4 jam)
Lokasi : Jalan Kebun Shah Alam
Kekosongan : 5 tempat sahaja (muslimah terutamanya surirumah sangat digalakkan)

Bagi surirumah yang berminat boleh mendaftar melalui talian Whats App : 012-970 6828 (Puan Zaila)

Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...