Friday, March 27, 2015

Sahaja Aku Berniaga Kerana Allah Taala

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Pernah tak anda mendapat soalan macam ini? "Dah lama berniaga tapi kenapa tak kaya-kaya?" tak pun berbunyi macam ini "Kau takpelah, berniaga duit banyak". Jujurnya saya sebenarnya sudah lali dengan pelbagai soalan dan sindiran sinis dari teman-teman yang masih tidak faham nawaitu (niat) saya berniaga. Di dalam minda mereka hanya tertulis "BERNIAGA UNTUK KAYA" sahaja jadi apabila mereka melakukan sesuatu perniagaan dan apabila tidak mendapat kekayaan seperti yang dijanjikan mereka akan kecewa dan seterusnya mula mencari kesalahan orang lain untuk dituding!

Tapi sekarang ini alhamdulillah saya sentiasa dikelilingi oleh insan-insan hebat yang tahu niat sebenar untuk berniaga. Dalam apa jua yang anda lakukan, niatkan hanya untuk Allah Taala. Apabila kita ikhlas, maka kita akan bersedia untuk menerima segala kemungkinan yang ada. Jangan ingat berniaga ini kita akan sentiasa mendapat duit masuk sahaja? Kalau dapat tempahan setiap hari pun tidak bermakna kita akan senantiasa untung. Saya sendiri kadang-kadang "terduduk" juga apabila wang keluar lebih banyak dari wang masuk. Bukan apa, salah saya juga yang tidak membuat perkiraan dengan tepat segala kos dan kadang-kadang menyebabkan kerugian yang terpaksa saya tanggung.

Namun, ini semua adat berniaga. Jika tidak mahu merasai segala perit jerih berniaga, maka jangan mulakannya. Tapi bagi saya, anda sudah tentulah orang yang rugi. Kenapa? Sedangkan isteri kesayangan Rasulullah sendiri iaitu Khadijah yang merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya. Malah, beliau juga merupakans eorang surirumah pendamping kepada baginda Rasulullah SAW.

Seharusnya setiap surirumah berbangga dengan jawatan yang dipegang kerana ianya merupakan amanah Allah buat mereka untuk terus menguruskan keluarga tanpa perlu keluar dari rumah. Contohi Khadijah, isteri kepada Rasulullah SAW yang masih tetap menjalankan bisnes walaupun setelah berkahwin dengan Rasulullah. Malah, beliau juga menjadi penyumbang wang yang utama pada saat-saat sukar dalam perjalanan dakwah Rasulullah.
Justeru itu, jangan malu untuk menjadikan status surirumah sebagai satu kerjaya. Insya Allah, selain dapat menguruskan keluarga, kita juga masih mampu untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat juga.

Sumber : Ebook Surirumah Juga Boleh Berbisnes. Untuk pembelian sila klik sini : BORANG TEMPAHAN

Masih ingat lagi azam tahun baru 2015 saya yang mahu menabung untuk pendidikan anak-anak saya?
Alhamdulillah, walaupun sudah masuk suku pertama 2015 saya masih konsisten memasukkan jumlah wang yang saya peruntukkan untuk mereka. Tidak kisah banyak mana yang penting adalah konsisten. Untuk Ashraf saya terus masukkan ke dalam akaun SSPN. Untuk Husna & Haziq saya hanya masukkan ke dalam akaun simpanan mereka kerana saya fikir wang ini nanti boleh dikeluarkan pada awal tahun depan untuk membayar yuran tahunan sekolah mereka. Itupun jika perlu, jika tidak biarkan sahaja di situ tanpa diusik :)

Ini menjawab pertanyaan kenapa saya berniaga tidak kaya-kaya. Saya tertarik dengan penulisan Puan Azura Abdullah di dalam buku sulungnya iaitu "BEKERJA & BERNIAGA" yang mengatakan bahawa ramai kaum wanita terjebak dalam kancah hutang yang tidak perlu seperti hutang kereta, hutang pinjaman peribadi untuk kecantikan, hutang beg tangan dan segala jenis hutang kerana ramai di antara mereka yang berlumba-lumba untuk memuaskan hati orang lain dan cakap-cakap orang lain.

Jadi, sebelum berniaga pastikan kita perbetulkan niat sebenar kita berniaga iaitu kerana Allah Taala. Yakinlah dengan rezeki yang DIA bagi dan bersederhanalah dalam kehidupan. Selain dari itu, pastikan niat kita berniaga untuk membahagiakan hati pasangan kita, ibubapa kita dan mereka yang kita sayangi juga. Dengan duit hasil berniaga juga kita boleh membantu orang lain dengan memperbanyakkan sedekah (yang ini sudah pasti!).

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Tuesday, March 24, 2015

Peluang Bisnes Bulan Ramadhan 2015


Assalamualaikum,

Tidak lama lagi kita akan bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan dan sentiasa dirindui. Bagi saya seorang peniaga kecil-kecilan, sudah tentulah bulan ini menjanjikan pendapatan yang lebih sedikit daripada biasa. Alhamdulillah, sejak berhenti kerja dan melakukan perniagaan menjual produk makanan, permintaan di dalam bulan puasa senantiasa mendapat sambutan yang menggalakkan. Pendek kata, sesiapa yang berusaha sudah pasti akan mendapat hasilnya. Percayalah!

Tahun lepas, seingat saya produk sambal kentang yang mendapat sambutan hangat sekali. Sebanyak lebih 300 peket (500gm) terjual dan ejen-ejen saya juga sangat aktif menerima tempahan dan pesanan. Tahun ini, insya Allah jika dipanjangkan usia oleh Allah SWT saya mahu melihat lebih ramai lagi surirumah yang bangkit berniaga bagi membantu kewangan keluarga. Tambahan pula, bulan depan negara akan mengaplikasikan sistem GST yang sedikit sebanyak akan merubah taraf kehidupan kita. Nak tak nak terpaksalah mencari sumber kedua pendapatan iaitu dengan berniaga.

Saya cukup bersyukur kerana zaman sekarang surirumah sentiasa diberi pilihan untuk berada di rumah dan menjalankan perniagaan hanya dari rumah sahaja. Tak percaya? Sudah hampir 3 tahun saya beroperasi dari rumah dan menjual melalui online sahaja. Kebanyakan ejen bukan dari kawasan kediaman saya malah merata tempat di Malaysia. Jadi, bagi yang berminat boleh daftar dan hubungi saya melalui :

E-mel : zailamoamad@gmail.com
WA : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad


Alhamdulillah tahun ini juga kita telah perkenalkan stiker baru produk yang laku keras sepanjang bulan puasa ini iaitu Sambal Kentang Sedap. Semoga ianya menjadi pemangkin semangat untuk saya berusaha lebih kuat lagi membantu surirumah di luar sana yang mahu mencari sumber pendapatan kedua untuk bekalan hari raya nanti.

Jangan lupa dapatkan sampel untuk edaran di pejabat mahupun kejiranan anda ya :)

Sehingga bertemu lagi dan nantikan lebih banyak lagi produk yang akan masuk. Insya Allah.

Friday, March 13, 2015

Ulasan Ebook "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES"

Teks: Hifzaila Hafni

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada Guru Online saya, Puan Zaila Mohamad dengan terbitnya ebook sulung beliau iaitu 'Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes'.

Jika selama ini, kita fikir suri rumah hanya perlu berada di rumah untuk uruskan rumah tangga sahaja, namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai suri rumah yang makin pandai dan bijak memenuhi masa dan menambah pendapatan membantu suami dengan menjadi suri rumah yang bijak berbisnes.

Dan tidak kurang juga yang berkerjaya sebelum ini, melepaskan jawatan untuk menunaikan tanggungjawab di rumah. Namun, bukan menjadi suri rumah semata-mata, tetapi suri rumah yang masih mampu membantu suami, mengurus anak-anak sambil bekerja di rumah sahaja.

Dalam ebook ini, Puan Zaila berkongsi pengalaman beliau menjadi ibu bekerjaya dan kemudian akhirnya mengambil keputusan menjadi suri rumah setelah dikurniakan 4 orang anak. Berdasarkan pengalaman beliau ini (yang kisahnya hampir sama saja dengan saya), saya amat memahami sebab beliau mengambil keputusan untuk berada di rumah, yakni bekerja dengan hanya di rumah.

Bila makin bertambah ahli keluarga, perbelanjaan juga makin bertambah. Tidak dapat dinafikan, kos menghantar anak ke taska atau pengasuh pada zaman sekarang boleh tahan juga bayaran bulanannya. Bayangkan Puan Zaila yang perlu menghantar 3 orang anak ke taska sebelum berhenti kerja. Berapakah kosnya? Dengan bayaran lebih masa, perlu hantar pada hari Sabtu. Saya juga mengalami perkara yang sama. Dan ada lagi sebab lain berkenaan anak-anak beliau dengan taska, yang membuatkan beliau nekad berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak di rumah.

Nak tahu sebabnya? Kenalah beli ebook ini ya.

Menjadi suri rumah adalah pilihan masing-masing. Dan bukan semua orang mampu berbuat demikian. Komitmen lain, dan juga keperluan muslimah dalam sesetengah bidang pekerjaan kadangkala menuntut sebahagian daripada kita untuk terus bekerja. Terpulang kepada keadaan masing-masing. Cuma yang pasti, setiap pilihan yang dibuat jangan terburu-buru dan sebaiknya solat istikharah dan Bertanya Allah Dahulu #teknikBAD.

Banyak lagi yang dikongsikan oleh Puan Zaila dalam ebook sulung beliau ini. Antaranya bagaimana beliau memulakan bisnes secara part time, kemudian secara online dan memanfaatkan media sosial untuk meluaskan pasaran dan pelanggan. Dan jangan tak tahu, Puan Zaila ada macam-macam jenis bisnes yang pernah diceburi dan merupakan blogger yang berjaya mendapat hasil daripada berblog, dengan hanya beroperasi dari rumah.

Tuesday, March 10, 2015

Ulasan E-buku "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES"


Assalamualaikum. 


Hari ni, saya nak share eBook terbaru yang menjadi sumber inspirasi dan rujukan saya iaitu eBook bertajuk Suri Rumah Juga Boleh Bisnes oleh Puan Zaila Mohamad. Pengalaman beliau dalam bisnes sangat luas sehinggalah terhasilnya ebook ini berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. 

Kali pertama saya melihat muka depan eBook Suri Rumah Juga Boleh Bisnes saya sudah tak sabar untuk memilikinya. Don’t judge the book by it’s cover! Tetapi, saya sangat yakin bahawa naskah sulung Puan Zaila Mohamad ini pasti tidak akan mengecewakan.

Setelah membaca eBook ini saya merasa sangat puas. Penulis menggarap eBook ini dengan baik dan teratur kerana ia berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. 

Apabila membacanya saya dapat membayangkan apa yang telah beliau lalui bermula dari Bab 1 (Pengenalan – Melepaskan Kerjaya Demi Keluarga dan Sebab Saya Berhenti Kerja) sehinggalah beliau yang saya kenali hari ini (melalui alam maya sahaja).

Secara umumnya, ramai wanita mengalami dilema samada ingin terus bekerja atau melepaskan kerjaya demi keluarga. Pilihan ini bukan mudah! Perkongsian pengalaman Penulis pasti memberikan keyakinan dan gambaran kepada pembaca bahawa tiada yang mustahil untuk kita lakukan.

Seterusnya, Penulis berkongsi pengalaman beliau berniaga, bagaimana beliau menjalankan perniagaan melalui offline (suatu ketika dulu), dan sehingga kini beliau aktif menjalankan perniagaan di laman social iaitu Blog, Fanpage dan Instagram.

Pembaca sangat beruntung memiliki eBook Surirumah juga Boleh Bisnes kerana Penulis bukan sahaja berkongsi pengalaman beliau, bahkan juga berkongsi tips untuk berbisnes di social media secara efektif.

Saranan saya, eBook Surirumah Juga Boleh Bisnes wajib menjadi koleksi bahan bacaan setiap wanita tak kiralah anda adalah wanita bekerja, surirumah dan semestinya para suami digalakkan menghadiahkan eBook ini kepada wanita kesayangan anda.

Tahniah Puan Zaila Mohamad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...