Saturday, February 28, 2015

Maksimumkan Kuasa Hashtag (#) Di Instagram


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Ramai peniaga baru yang menggunakan Instagram sebagai tempat untuk mereka mengiklankan produk mereka tidak tahu akan keupayaan hashtag (#) dalam menaikkan jualan produk mereka. Hashtag ini ibarat satu album himpunan gambar-gambar yang terdiri daripada para pengguna Instagram yang menggunakan hashtag tersebut. Sebagai contoh, apabila ada sesuatu majlis yang besar akan berlangsung di kaca TV, pihak media akan menggunakan hashtag sebagai trending untuk majlis tersebut. Jadi bagi mereka yang menghadiri majlis tersebut akan menggunakan hashtag untuk menghimpunkan gambar mereka di situ.

Cuba lihat gambar di atas, saya telah menggunakan hashtag #karnivalupinipin semasa berlakunya majlis Karnival Upin Ipin di Putrajaya tahun lepas. Beberapa hari yang lepas, ada pelanggan yang telah menghantar Whats App kepada saya untuk bertanyakan produk barangan parti bertemakan Upin Ipin. Boleh nampak tak perkaitan antara hashtag dan jualan produk?

Bagi mereka yang masih baru untuk bermula, boleh ikuti kelas asas blog, fanpage dan beriklan di Instagram secara offline seperti berikut. Insya Allah, saya akan ajarkan teknik-teknik untuk menjual di Instagram dan facebook.


Sehingga berjumpa lagi dan jangan lupa dapatkan ebook sulung saya yang bertajuk "Surirumah Juga Boleh Berbisnes" dengan menyertai kelas di atas.


BAB 1 : Pengenalan
1.1 Melepaskan Kerjaya Demi Keluarga
1.2 5 Sebab Saya Berhenti Kerja
BAB 2 : Surirumah Sebagai Satu Kerjaya
2.1 Kerjaya Pilihan Allah
2.2 Menjadi Surirumah Berpendapatan
2.3 Beza Surirumah Dahulu Dengan Surirumah Sekarang
2.4 Beza Surirumah Biasa Dengan Surirumah Berpendapatan
2.5 Bangga Dengan Kerjaya Surirumah
BAB 3 : Bagaimana Mahu Berniaga Secara Online
3.1 Kepentingan Internet
3.2 Bagaimana Mahu Mendapatkan Internet
3.3 Keperluan Lain Sebelum Memulakan Perniagaan Online
3.4 Medium Pemasaran Di Dalam Internet
3.5 Mudahnya Berniaga Secara Online
BAB 4 : Mudahnya Berniaga Melalui Blog
4.1 Mulakan Dengan Percuma
4.2 Panduan Membina Blog Perniagaan
4.3 Tips Menaikkan Jualan Melalui Blog
4.4 Gunakan Minat & Kemahiran Untuk Menjana Pendapatan Melalui Blog
BAB 5 : Mudahnya Berniaga Melalui Fanpage
5.1 Apa Itu Fanpage
5.2 Kenapa Gunakan Fanpage Untuk Berniaga Online
5.3 Tips Bina Fanpage Yang Berpengaruh
5.4 Kenapa Jumlah Like Di Fanpage Penting
BAB 6 : Mudahnya Berniaga Melalui Laman Mudah.my
6.1 Pengalaman Sendiri Beriklan Di Laman Mudah.my
6.2 Kelebihan Berniaga Dengan Proniaga Di Laman Mudah.my
6.3 Barangan Larangan Yang Dilarang Dijual Di Laman Mudah.my
6.4 Tips Beriklan Di Laman Mudah.my Melalui Akaun ProNiaga
6.5 Ulasan Pelajar Kelas Beriklan Di Laman Mudah.my
BAB 7 BONUS : Mudahnya Beriklan Dengan Instagram
7.1 Apa itu Instagram
7.2 Apa Kelebihan Berniaga Melalui Instagram
7.3 Tingkatkan Jualan Dengan Kuasa Hashtag (#) Di Instagram
BAB 8 BONUS : Himpunan kisah surirumah yang berjaya berniaga hanya berada di rumah
Boleh dapatkan dengan mengisi maklumat di sini : BORANG TEMPAHAN atau emelkan ke zailamohamad@gmail.com / WA ke 012-970 6828. Terima kasih

Wednesday, February 25, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes) : Asalnya Malu Untuk Berniaga

Sumber : http://shazwaniafiq.blogspot.com/2015/02/kelas-asas-blog-fanpage.html

Saya mulakan dengan Bismillah.

Assalamualaikum.

Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog saya sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk suka-suka dan hanya di buat sebagai diari kehidupan saya ketika saya remaja dahulu untuk mengisi masa terluang. Saya tertarik dengan blog yang banyak gadget dan blink-blink. Tapi itu dahulu, ketika saya remaja. Selain itu, saya tidak la begitu baik dari segi penulisan. Nama yang saya gunakan juga tidak melambangkan diri saya yang sebenar. Semuanya adalah samaran. 

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain kecuali bersama keluarga dan rakan yang paling baik, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Saya sudah berhenti kerja pada tahun 2014 kerana mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sepanjang permulaan saya yang menjadi suri rumah sepenuh masa, saya selalu terfikir bagaimana saya hendak membantu suami saya dari segi kewangan dan juga untuk duit poket sendiri. Dengan modal yang saya keluarkan hasil dari pekerjaan saya yang tedahulu saya berniaga secara kecil-kecilan. Tapi semua itu saya merasakan seperti bersifat sementara, kerana saya perlu mempunyai modal dan produk yang banyak untuk di jual kepada pelanggan.

Pada Januari 2015, ketika itu saya sedang membaca satu penulisan di facebook, saya tertarik dengan kelas asas dan fanpage. Saya terus mencari facebook puan zaila Mohamad, dan dari situlah bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Puan Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen dan jelas. 

Lebih-lebih lagi saya sangat berminat dengan perniagaan. Tapi saya mempunyai sifat pendiam dan pemalu untuk memperkenalkan barangan dan produk yang saya ada. Sebelum ini, hanya jual kepada rakan-rakan sekerja & saudara mara. Tapi semua itu, belum mendapat kepuasan yang sebenar sebagai seorang yang ingin memulakan perniagaan, kerana berniaga dengan saudara mara dan rakan-rakan perlu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi kerana kita kena letak harga yang masyarakat melayu selalu gunakan iaitu 'harga anak beranak'. 

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada Puan Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. E-mail, fanpage dan nama blog yang saya gunakan tidak menunjukkan diri saya yang sebenar. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh Puan Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar dari mula sehingga lah akhir tugasan. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting. Puan zaila sangat banyak membantu saya dalam penulisan blog dan juga fanpage saya.

Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah membaca kisah-kisah ahli ABDR, baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog. 

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli dan Puan zaila sendiri sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja sambil masih sempat untuk menguruskan rumah tangga.

Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes pakaian saya pada setiap pelanggan yang ada. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci. Yang paling penting kita perlu lah sentiasa mempunyai masa untuk update penulisan blog kita dan dari situ kita sentiasa dapat berhubung dengan masyarakat di luar sana.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog secara serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar kelas asas blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan untuk menghubungi Pn. Zaila melalui FB beliau (FB: zaila.mohamad).

Semoga semuanya dapat dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin.

Tuesday, February 3, 2015

Apa Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Bekerja Dari Rumah


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Sumber blog ini

Assalamualaikum,

Hari ini saya mahu kongsikan sedikit beberapa isi kandungan buku "Kitchen Table Tycoon" tulisan Anita Naik. Sebuah buku yang dihadiahkan oleh seorang adik manis yang juga pelajar kelas asas blog & fanpage saya iaitu Nor Amirah. Beliau juga seorang pengusaha bisnes pastri. Boleh singgah di blog Nor Amirah di sini : Antara Pastri & Vitamin dan like fanpage Haneesa La Shoppe.

Saya cukup tertarik dengan buku ini yang banyak berkongsikan kisah-kisah wanita hebat di United Kingdom yang telah banyak berjaya dalam perniagaan dan dalam masa yang sama berada di rumah bersama anak-anak. Saya kira saya juga seperti mereka sekarang ini. Saya bukan seorang surirumah tetapi saya adalah seorang surirumah yang bekerja dari rumah :) Ramai kaum ibu di Malaysia ini yang sangat dambakan kerjaya ini. Pilihan untuk berada di rumah bersama anak-anak bukanlah berdasarkan nasib baik semata-mata tetapi saya kira ianya adalah satu pilihan yang telah dibuat setelah memikirkan dari pelbagai sudut.


Tahukah kalian apakah perkara yang wajib diketahui bagi mereka yang mahu bekerja dari rumah? Saya kongsikan di sini :

1) Anda berkuasa

Maksudnya apa yang kita lakukan di rumah adalah semuanya atas tanggungjawab diri kita sendiri. Jika sebelum ini kita pernah bekerja, kita mungkin pergi bekerja kerana kita mahu duit gaji bulanan sahaja. Kita hanya lakukan apa yang disuruh dan kadang-kadang kita benci dengan politik pejabat yang mana pelbagai sifat dan rupa. Apabila bekerja sendiri di rumah, ini bermakna semua keputusan adalah di bawah kuasa kita. Jika betul apa yang dibuat, maka semakin maju perniagaan kita dan begitulah sebaliknya.

2) Waktu bekerja & kos penjagaan anak

Apabila kita bekerja dari rumah bersama anak-anak, kemungkinan ada masa kita tidak boleh membawa anak-anak bersama (terutamanya apabila berjumpa dengan pelanggan). Jadi, salah satu cara terbaik adalah dengan meletakkan anak-anak di bawah jagaan jiran atau taska dengan sedikit bayaran. Tapi tak semua surirumah yang bekerja perlu mengikut cara ini ya. Tetapi sekiranya mampu, adalah lebih bagus untuk mempunyai pembantu untuk melihat anak-anak supaya kita boleh fokus bekerja dan menyelesaikan beberapa perkara.

3) Ianya satu kerjaya

Ramai surirumah yang melepaskan kerjaya terperangkap dengan pengurusan masa. Selepas mereka berhenti kerja, mereka masih di dalam fasa "bulan madu" iaitu tidak menggunakan masa dengan sebaiknya untuk menghasilkan pendapatan. Jangan ingat bekerja dari rumah bermakna waktu bekerja yang sedikit, duit yang masuk adalah banyak dan anda tidak akan merasai sindrom "Ibu Bersalah". Malah, ianya akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya kita sebagai seorang surirumah yang bekerja dari rumah tidak pandai menguruskan masa dengan penuh disiplin dan fokus.

4) Gunakan idea sendiri

Bekerja sendiri ini bermakna kita juga harus berfikir secara kreatif dan "luar kotak" untuk sentiasa fokus dalam melakukan tindakan. Pengalaman saya sendiri, apabila kita menjadi majikan kepada diri kita sendiri, sudah tentu kita akan sentiasa untuk mencuba sesuatu yang baru untuk terus mendapat sumber pendapatan.

5) Perasaan bersalah

Walaupun bekerja sendiri sambil menjaga anak-anak, jangan ingat kita tidak akan ditimpa perasaan bersalah. Ianya sesuatu yang biasa kerana cuba bayangkan, ketika kita sibuk menerima tempahan dari pelanggan melalui telefon dan anak-anak juga berebut telefon kita. Apa tindakan kita? Sudah semestinya tindakan luar kawal akan marahkan anak-anak dan cuba lari ke dalam bilik untuk mendapatkan suasana yang tenang sedikit (oh ini situasi saya dulu). Jadi, perasaan ini memang normal kita akan rasai sekiranya kita bekerja di rumah. Jadi, adalah sangat penting supaya kita bijak menguruskan emosi dan tekanan.

6) Mengambil risiko

Kita tidak boleh selalunya bermain cara selamat iaitu dengan berada di zon yang sama. Mahu berniaga tapi tidak mahu keluarkan modal, mahu dikenali tetapi tidak mahu keluar bertemu orang dan pelbagai alasan lain lagi (wah! saya pun banyak juga cipta pulau alasan). Jika mahu melangkah jauh, maka kenalah berani ambil risiko ya :)

7) Yakin diri

Apabila kita menjual produk sendiri, maka kena yakin dengan apa yang kita jual. Ini merupakan salah satu syarat wajib ada bagi setiap surirumah yang mahu bekerja dari rumah. Perlu yakin dengan diri dan fikirkan apa yang kita buat adalah betul selagi tidak menipu pelanggan.

Itu sahaja yang sempat saya kongsikan di sini. Iya, bekerja di rumah bukan lah semudah berhenti kerja dan esoknya bangun pagi tanpa perlu keluar rumah mengharungi trafik yang menggila dan duit berkepuk-kepuk masuk. Tidak, ianya tidak semudah yang disangka. Sebelum berhenti kerja, kita kena pastikan dahulu yang adakah kita sendiri sudah bersedia dari segi kewangan, fizikal dan mental untuk memulakan kerjaya dari rumah? Berada di rumah dan bekerja di rumah bermakna kita harus menggunakan kemahiran dan minat kita untuk terus mendapatkan sumber kewangan sendiri tanpa mengharapkan duit suami.

Nasihat saya, jika mahu bersama anak-anak dan bersara awal. Lakukan dari sekarang. Ada orang rezekinya cepat jadi cepatlah dia boleh meletakkan jawatan. Tapi ada orang rezekinya lambat tapi dia tidak pernah berputus asa untuk mencuba. Pokok pangkalnya, bila platfom dari sekarang.

Saya kongsikan pengalaman saya sendiri. Tahun 2009 saya mula mengenali dunia blog dan cuba untuk berniaga secara dalam talian dan offline. Alhamdulillah, mendapat sambutan walaupun tak banyak dapat pelanggan dari blog. Tahun 2012 saya melepaskan jawatan dan saya mula fokuskan blog dan melakukan pemasaran di dalam Facebook & Instagram. Alhamdulillah, dalam 2 tahun selepas berhenti kerja dan sekarang ini bekerja dari rumah banyak merubah diri saya dan cara saya berfikir. Insya Allah saya akan kongsikan lagi isi kandungan buku ini. Memang sangat bagus untuk memberi semangat kepada kita surirumah yang bekerja dari rumah ini.

Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di Instagram / Mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory


Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com / zailamohamad@gmail.com
Telefon / WA / Telegram : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...