Tuesday, April 15, 2014

Cabaran Ketika Membuat Bisnes Di bulan Puasa

Assalamualaikum,

Hari ini saya akan kongsikan pengalaman berniaga semasa bulan puasa tahun lepas. Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk mencuba perniagaan kerepek. Mulanya kami hanya terjumpa kilang kerepek sahaja, kemudian saya ternampak senarai harga produk kerepek keluaran mereka. Terus terlintas di dalam hati untuk fokus menjual kerepek. Mulanya takut-takut juga memandangkan saya tiada modal yang besar untuk dilaburkan, tapi saya tekad mahu mencuba kerana mahu carikan pengalaman berniaga di bulan puasa.

Perkara pertama yang saya lakukan sudah tentulah dengan mencari ejen-ejen jualan yang sanggup menjual produk tersebut. Saya iklankan di dalam blog saya selama beberapa bulan. Harus diingat, jika mahu berniaga di bulan puasa, seharusnya bermula dari sekarang. Jangan esok baru nak puasa hari ini baru mahu bermula. Jika begitu, lupakan aje niat suci murni itu.

Setelah mendapat beberapa maklumbalas dari mereka yang membaca blog saya, saya tapis pula. Iyalah, bukan semua orang kita mahu berurusan kan? Terutamanya mereka yang tinggal jauh dari Selangor, nak kena fikirkan masalah penghantaran pula. Jadi, setelah menetapkan beberapa syarat dan komisyen, saya telah ada lebih kurang 10 orang ejen yang betul-betul berminat menjual produk kerepek. Alhamdulillah, semuanya memberikan kerjasama yang baik dan jika tidak silap tahun lepas saya berjaya mendapat tempahan melebihi dari 100kg pelbagai jenis kerepek. Maaflah, jumlah sebenar tidak dapat diketahui sebab semua data saya hilang dek kerana laptop yang rosak tempohari!

Semasa mengambil tempahan, sudah tentulah saya juga harus mengeluarkan modal pendahuluan untuk membeli dan menyediakan sampel, kemudian saya juga memerlukan sejumlah wang yang banyak juga untuk membeli dahulu produk supaya setiap pelanggan bakal mendapat apa yang ditempah. Jika tidak silap, saya menggunakan dalam RM700 sebagai modal permulaan. Dari mana saya mendapat duitnya? Sudah tentulah dengan berhutang dahulu dengan mak saya. Hi hi hi Masa itu saya kasihankan suami yang terpaksa menanggung banyak beban kewangan keluarga jadi saya memilih emak saya sebagai sumber kewangan saya :)

Emak sememangnya seorang peniaga memang cukup baik dan memahami keadaan saya. Alhamdulillah, setelah mendapat bayaran, saya terus membayar hutang tersebut supaya nanti tidak akan terguna duit tersebut. Memang, apabila berniaga kita akan banyak berhutang terutamanya untuk dijadikans ebagai modal pendahuluan. Jika kita seagai pengeluar biskut raya, sudah tentu juga kita memerlukan duit yang banyak untuk membeli bahan mentah dan peralatan untuk membuat biskut raya kan? Kerana selepas siap baru pelanggan akan membayarnya. Jadi, nasihat saya bagi mereka yang mahu berniaga, simpanlah duit untuk dijadikan sebagai modal. Bergantung kepada jenis perniagaan anda, jika besar modalnya maka besarlah pelaburannya.

Selain dari masalah modal, saya juga mengalami masalah kekurangan stok dari kilang. Harus diingatkan ya, pada bulan puasa bukan kita seorang sahaja yang menjual. Ada ramai lagi peniaga-peniaga otai yang menjual dan membeli borong sampaikan habis semua stok di kilang. Memang mencabar fizikal dan mental apabila barang yang dijanjikan tidak ada. Hampir setiap hari saya telefon kilang dan bertanyakan stok. Akhirnya, dua minggu menanti di dalam bulan puasa, stok ada cuma ada beberapa yang tidak mengikut perjanjian asal. Contohnya pek 500gm tiada dan diberikan pek 5kg dan menyuruh kita membungkusnya sendiri. Aduuuhh, bila diingatkan pengalaman tersebut memang boleh patah semangat juga!


Gambar : sebahagian dari tempahan pelanggan

Saya cukup berterima kasih kepada suami saya yang sangat memberikan sokongan kepada saya. Bayangkan, selepas berbuka puasa suami berkorban pergi mengambil stok di kilang dan perjalanan pergi dan balik mengambil masa lebih dari sejam. Dengan pelbagai karenah pekerja kilang yang sudah hilang sabarnya, dengan keadaan kereta kami yang tak sesuai untuk mengangkut barang. Alhamdulillah, suami berjaya juga. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas segala jasa baik suami pada saya. Ikutkan hati, tahun ini saya sudah tidak mahu melihat suami bersusah macam itu, jadi saya telah rangka strategi baru.

Dalam perniagaan, sudah tentulah akan ada pengorbanan. Bukan senang untuk berjaya. Bagi saya yang hanya peniaga picisan ini, masih ada banyak lagi ilmu untuk digali melalui mentor-mentor di luar sana. Nasihat saya, jika kalian tiada wang modal yang banyak untuk bermula, mulakan dengan menjadi ejen jualan dropship dan nikmati komisen tanpa perlu bersusah-susah seperti saya. Bukan semua orang sukakan cabaran dalam berniaga. Ada yang mudah patah semangat, bila timbul masalah terus hilang semangat. Itu bukan diri saya. Alhamdulillah, bila kita diuji bermaksud semakin dekat Allah mahu kita berada di sampingNYA.

Niat untuk berniaga juga harus diperbetulkan. Bukannya semata-mata mahu mencari keuntungan wang ringgit dan dunia semata-mata. Saya bersyukur tahun lepas saya mampu memberikan duit raya yang lebih sedikit buat mak ayah dan ibu mertua saya dan ianya bukan duit suami. Iya, duit itu hasil dari berniaga. Walau tak banyak tapi besar maknanya kan? Insya Allah, tahun ini saya cabar lagi diri ini. Walaupun sedang mengandung dan bakal melahirkan anak kelima dalam bulan puasa ini, saya cabar juga diri untuk melakukan semua ini. Bukan kerana saya tamak, tapi saya mahu membahagiakan orang-orang lain; mak ayah, adik beradik dan ejen-ejen saya. Doakan semoga saya berjaya.

Jangan takut akan pandangan orang lain tapi takutlah pada Allah. Akhir kata, saya buka peluang bagi mereka yang berminat untuk menjadi ejen-ejen jualan produk saya pada bulan puasa nanti. Jom sama-sama kita kumpul duit raya sendiri :)

Daftar sini : Borang Tempahan 

atau hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Friday, April 11, 2014

Di Sebalik Tabir Seorang Surirumah Bekerja Dari Rumah (WAHM)


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google

Assalamualaikum,

Petang semalam saya terlihatkan status ini di dinding (wall) facebook teman saya. Saya kongsikan di sini :

Ada satu ketika dulu saya berbual dengan seorang sahabat... kata beliau nak cuba buat side income, maklumlah kos sara hidup semakin naik, makin lama zon selesa makin rasa tak selesa.

Saya masa tu alhamdulillah dah pun agak selesa sikit-sikit dengan bisnes Shaklee... Saya cuma dengar sajalah luahan hati sahabat ni. (Tak promo pun ajak join Shaklee ye)

Cuma bila tiba di satu part... "Along takpe, banyak masa nak buat side income... Along ada BIbik kan? Anak-anak semua tidur awal kan? Makan pun selalu makan luar je..."

Terkesima seketika.
(Dalam hati: Pepandai je kau ni kan).

Saya tiada bibik.
Anak-anak saya tidur paling awal jam 1 pagi. Anak-anak ni cuma nak Mami je.
Saya masak setiap hari, fresh, tak ada panas-panaskan lauk tengah hari. Sekali-sekali kalau sampai di rumah jam 9 malam tu terpaksalah makan malam di luar. (saya dapati anak2 lebih senang diurus bila makan hasil masakan Maminya sendiri)
99% kerja-kerja rumah saya buat sendiri.

Makin lama makin faham makna "nak 1000 daya, taknak 1000 dalih"; "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"; "do what you love, love what you do"


Itu pengakuan teman saya yang juga seorang ibu kepada 3 orang anak lelaki yang bekerja dari rumah. Sekarang ini giat melakukan bisnes dan mengembara secara "backpackers" ke serata dunia. Hebat bukan?

Beginilah hakikat seorang surirumah yang bekerja dari rumah terutamanya yang mempunyai ramai anak dan tidak ada pembantu rumah. Sudah macam sotong kurita atau lipas kudung pun ada rupanya! Apa yang penting adalah bagaimana untuk menguruskan masa dan emosi. Menjadi seorang WAHM adalah pilihan diri sendiri, jadi kena lah sentiasa berfikiran positif dan belajar untuk menerima ketidaksempurnaan. Sebagai contoh; ada satu hari di mana Allah mahu uji kita, mendapat pertanyaan dari pelanggan bertalu-talu yang membuatkan kita terpaksa menjawabnya dengan segera (jika lambat mungkin pelanggan bakal lari mencari peniaga lain), lepas tu pula anak-anak menangis buat perangai dan perut kita pun sedang berkeroncong minta diisi. Itu belum tambah dengan keadaan di mana kucing jiran kencing depan rumah hingga berbau busuk, laptop anda rosak dan sekarang ini berebut henset pula dengan anak-anak. Sungguh rumit kan bila ianya berlaku secara serentak!  Apa yang harus anda lakukan jika berhadapan dengan situasi begini?

Jika saya, saya sedang belajar untuk menerima ketentuan yang rezeki Allah ada di mana-mana. Kena bertenang dan fikir balik apa tujuan saya berada di rumah? Sudah tentulah untuk bersama dengan anak-anak bukan? Jadi, seharusnya dahulukan keperluan mereka, kemudian baru layan pelanggan yang sedia menanti. Ada rezeki maka adalah urusan. Selalunya Allah nak bagi ganjaran tidak kira masa pun. Selalu sangat terkena pada saya yang kadang-kadang marahkan anak atau abaikan mereka kerana mahu kejarkan jualan tetapi akhirnya tidak mendapat apa-apa melainkan perasaan bersalah. Selalunya apabila saya tertekan, saya akan tutup laptop mahupun telefon dan peluk cium anak-anak. Itu sahaja terapi yang terbaik!

Hidup ini sebenarnya mengenai pilihan. Jadi, pilihlah untuk menjadi sentiasa positif dan yakin pada rezeki Allah. Seeloknya jangan cuba untuk mencari alasan tetapi berfikirlah untuk sentiasa memperbaiki diri. Saya memilih untuk menjadi seorang WAHM dan saya perlu terima segala apa cabaran yang Allah sediakan pada saya. Bagi yang baru bermula, saya nasihatkan supaya banyakkan membaca dan berkawan dengan mereka yang sudah berjaya mengharungi fasa-fasa mencabar di dalam WAHM. Kawan dan kumpulan sokongan juga menjadi faktor utama untuk terus bermotivasi. Jadi, jom sama-sama menyertai Akademi Bekerja Di Rumah di mana di sini dihimpunkan ramai ibu-ibu hebat yang bekerja dari rumah. Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini : Yuran Pakej Akademi Bekerja Dari Rumah

Bagi bahan bacaan pula, boleh dapatkan ebook di bawah ini kerana ianya memang sangat membantu bagi memberikan motivasi kepada mereka yang baru bermula. Baca dulu ulasan ebook ini di blog Pn Hifzaila di sini :Ulasan Ebook Superwahm Supermom

Ebook ni, khas untuk semua suri sama ada yang berada di rumah sepenuh masa atau yang bekerja. Dalam ebook ni, banyak panduan dan perkongsian oleh suri yang lebih berpengalaman (yang makan garam dulu) dalam mengurus rumah tangga sehari-hari walaupun dalam kesibukan.

Semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Tapi ada yang berjaya menggunakan sepenuh masanya dengan optimum, tapi ada yang tidak dan sentiasa tak cukup masa.

Sebenarnya, hidup sebagai suri rumah atau suri berkerjaya ni kena ada perancangan. Macamana nak pastikan anak-anak dan suami terjaga walaupun mak / isteri bekerja. Begitu juga dengan suri rumah, macamana nak optimumkan masa di rumah selain fokus utama mengurus rumah tangga, dan dalam masa yang sama mengembangkan bakat dan minat dan ambil peluang itu untuk buat duit.

Boleh merancakkan ekonomi keluarga juga. Suami pun mesti suka. Tapi kena la tahu cara dan taktiknya.

Saya asalnya bekerja juga, kemudian menjadi WAHM seketika selepas melahirkan anak pertama. Disebabkan kurang ilmu untuk menjadi WAHM yang komited, setelah melalui fasa-fasa sukar (yang pastinya dilalui oleh kebanyakan suri juga), akhirnya saya mengalah dan kembali bekerja.

Bila saya baca ebook ni, saya dapat bandingkan hidup saya ketika menjadi WAHM dan juga bekerja. Kedua-dua situasi ada pro dan kontra. Dan sebenarnya banyak panduan dalam ebook ni yangmendorong dan memotivasikan saya untuk tak putus asa menjadi WAHM semula.

Dengan syarat, kena rangka strategi.

Tempah di sini : Borang Pesanan


Harga : RM30

Sehingga bertemu kembali. Ingat, hidup ini adalah pilihan. Jadi pilihlah untuk berjaya :)

Thursday, April 10, 2014

Mudahnya Beriklan Di dalam Laman Mudah

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Semalam hari yang menggembirakan bagi saya. Bukanlah mendapat jualan beribu ringgit, tetapi mendapat perkhabaran dari salah seorang pelajar kelas asas blog, fanpage & beriklan di Mudah.my yang iklannya sudah keluar di laman Mudah.my. Jujurnya saya memang sedikit gusar kerana sekarang ini bukan mudah untuk memasukkan iklan di laman Mudah.my kerana terdapat banyak tapisan dan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh peniaga sebelum memasukkan sesuatu iklan.

Saya selalu menerima banyak panggilan dan email bertanyakan kenapa iklan mereka tidak diterima oleh pihak Mudah.my. Susah juga untuk memberikan jawapan kerana terlalu banyak sebab yang membolehkan iklan tidak diterima. Mungkin boleh rujuk entri-entri saya yang lama di bawah labels catatan Mudah.my. Hanya itu sahaja yang mampu saya kongsikan kerana ianya bukan bidang kuasa saya. Tetapi selagi anda bergelar pelajar kelas saya, insya Allah saya akan cuba sedaya yang mungkin untuk membantu.

Semalam saya memberikan tugasan untuk membina akaun Proniaga untuk pelajar saya. Alhamdulillah sekejap sahaja sudah membolehkannya memasukkan iklan ke dalam laman Mudah.my secara percuma. Kami berhubung melalui Whats App dan facebook untuk menerangkan sesuatu. Memang kasihan juga dekat pelajar saya tu bila ternanti-nantikan jawapan dari saya. Hi hi hi Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran pelajar akhirnya iklan beliau disiarkan dan sudah ada beberapa orang yang menghubunginya bertanyakan tentang produk tersebut. Saya kongsikan kegembiraan saya di sini :


Untuk pengetahun, pelajar saya merupakan seorang peniaga barangan rotan dan kraftangan. Beliau memilih untuk menjadi surirumah yang bekerja dari rumah dan menumpukan sepenuh masa kepada bisnesnya yang telah lama diceburi cuma belum lagi mempromosikannya secara dalam talian (online). Boleh singgah jengah blog kepunyaan Pn. Zanurah Ramli di sini :

Blog : Panduan Mula Bisnes Kraf

Fanpage : Panduan Mula Bisnes Kraf

Iklan di Mudah.my : Dulang Rotan Tiqa Hamizah Enterprise

Bagi mereka yang mempunyai produk dan ingin mengembangkan lagi perniagaan ke 3 saluran seperti di atas iaitu blog, fanpage dan juga laman Mudah.my, sila hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Oh ya! Pencarian ejen jualan untuk bisnes hari raya masih lagi berjalan seperti biasa ya. Sila emailkan kepada saya untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Tuesday, April 8, 2014

Peluang Untuk Buat Bisnes Sempena Hari Raya

Assalamualaikum,

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan puasa. Bulan yang penuh rahmat dari Allah. Alhamdulillah, tahun lepas rezeki saya berpeluang menjana pendapatan dari perniagaan kerepek. Tahun ini perancangan sudah ada dan bertambah juga. Terima kasih Allah kerana sentiasa memberikan saya idea dan peluang untuk terus berkhidmat kepada keluarga dan mereka yang memerlukan. Seperti biasa, saya juga bercita-cita untuk menolong lebih ramai lagi surirumah yang berkeinginan untuk menambah pendapatan atau dalam erti kata lain mencari duit poket untuk hari raya nanti.

Antara peluang untuk menambah pendapatan adalah melalui :

- bisnes hamper raya
- bisnes produk kurma & pes nasi arab
- bisnes kerepek
- bisnes telekung solat

Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi ejen jualan saya :

>> rajin dan bersemangat tinggi
>> sukakan duit
>> sanggup untuk belajar & diajar
>> bersedia untuk terima kegagalan


Gambar : ihsan google

Bagi yang berminat, bolehlah hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com (nyatakan tajuk : mahu buat bisnes raya)
Whats app / sms : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sila berikan nama, alamat email supaya saya boleh menghantar terma & syarat untuk menjadi ejen rakan bisnes saya.

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Bagaimana Mahu Memulakan Bisnes Jualan Makanan Sarapan Pagi Dari Rumah


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Sumber carian google

Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk menulis entri ini khas buat sahabat saya yang sedang dalam perancangan untuk memulakan sebuah bisnes menjual sarapan pagi. Iya, bunyinya memang senang tetapi untuk melaksanakannya, perlukan keazaman dan semangat yang kuat. Kenapa begitu? Jika mental dan fizikal tidak kuat, boleh kecundang di tengah jalan.

Ok, bagaimana untuk bermula?

Pertama sekali sasarkan dulu siapa pelanggan kita. Masih ingatkah kisah abang jaga (pengawal keselematan) yang bekerja di syarikat tempat saya bekerja dahulu? Iya, dia mensasarkan pekerja kilang tempat dia bekerja. Pada hari abang jaga bekerja sesi pagi, dia akan mengambil tempahan. Saya tengok memang mendapat sambutan kerana saya juga merupakan salah seorang pelanggan tetap abang jaga itu. Beliau hanya menyediakan 2 jenis menu sahaja iaitu nasi minyak Terengganu di mana lauknya adalah ayam goreng berempah atau ayam gulai. Di dalam nasi tu terdapat sambal lada dan juga acar timun. Sungguh berselera saya makan dan harganya adalah RM4. Ada orang bilang mahal, tapi bagi saya itu sudah berbaloi dengan lauk yang disediakan. Lagi satu saya tak perlu berhenti di tepi jalan untuk membeli sarapan. Hanya tunggu sahaja abang jaga datang ke pejabat!

Jadi, adalah lebih baik bermula dengan mengambil tempahan dari teman-teman sekerja dahulu. Sekiranya anda surirumah sepenuh masa, mungkin boleh gunakan suami atau sahabat handai yang bekerja untuk mempromosikan servis anda.

Bagaimana pula dengan modal?

Mungkin boleh gunakan sedikit wang yang ada sebagai modal permulaan dahulu. Yang penting, bahan-bahan asas untuk berniaga harus ada. Janganlah mahu jual nasi lemak tetapi berasnya pula tidak ada! Mulakan dengan apa yang ada dahulu, kemudian dari situ bolehlah mengumpul modal untuk membeli peralatan yang boleh memudahkan kerja anda. Saya masih ingat lagi bagaimana mak saya bermula perniagaan menjual lauk pauk tengahari satu ketika dahulu. Mak bermula dengan membawa itik serati peliharaan ayah dan dijual kepada peniaga-peniaga di kedai. Masa itu, ada pelanggan yang memberikan cadangan supaya mak membawa masakan gulai itik serati pula. Bermula dari situ, mak gigih menjual lauk-pauk yang sudah siap. Bermula dari 2 jenis lauk, semakin bertambah sehingga kini mak ada 3 orang pekerja. Nah! satu bukti yang jelas bahawa modal bukannya alasan untuk bermula.

Sebaliknya teruskan dengan apa yang dirancang. Kerana dengan itu kita akan tahu apa kekurangan mahupun kelemahan yang harus kita perbaiki. Sebaiknya gunakan kelebihan teknologi yang kita ada. Zaman internet di hujung tangan ini membolehkan kita mempromosikan servis mahupun produk kita dengan hanya sekadar berada di rumah sahaja. Antara nak dengan tak nak sahaja. Pilihan semua ada di tangan kita, jika mahukan cabaran kena lah sentiasa perbaiki dan ada keinginan untuk belajar.

Oklah, sehingga sini sahaja coretan saya. Entri ini saya tujukan khas buat kawan saya yang sedang teragak-agak untuk memulakan perniagaan sarapan paginya. Dalam berniaga tidak perlu melakukan kajian yang terlalu mendalam sebaliknya belajar dari apa yang berlaku kerana pengalaman akan memantangkan kita. Saya juga andai diberi pilihan mahu memulakan bisnes jualan makanan seperti mak saya tetapi mungkin belum sampai masanya kerana masih ada perkara yang saya belum selesaikan. Mak juga bermula agak lewat di mana anak-anak sudah besar dan menginjak masuk ke sekolah baru mak menumpukan sepenuh masa pada perniagaannya. Sebelum itu, tugas mak hanya berada di rumah bersama anak-anak sahaja. Bukan setakat jaga anak sahaja, tetapi masih bekerja mencari duit tetapi agak terhad sekitar di rumah sahaja.

Sehingga bertemu kembali. Jika mahukan bahan bacaan yang sesuai dengan idea berbisnes dari rumah, saya cadangkan ebook ini : 101 Idea Home Based Bisnes. Boleh beli di sini pada harga RM50 sahaja. Isikan maklumat di bawah :



Monday, April 7, 2014

Kepentingan SOHO Apabila Bekerja Dari Rumah

Teks : Zaila Mohamad

Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Bersua kembali setelah lama saya menyepi. Cuti sekolah yang lepas, saya bercuti juga selama seminggu pulang ke kampung bersama anak-anak. Alhamdulillah, percutian yang sangat dinanti-nantikan oleh anak-anak. Berpeluang bertemu dan bermanja dengan Mok Na (kakak saya) dan juga sepupu-sepupu mereka yang sememangnya sudah lama menantikan kepulangan kami.

Berakhirnya cuti sekolah, bererti saya kena masuk bekerja semula. Indahnya bekerja di rumah, saya tidak perlu berhutang cuti dengan siapa-siapa. Sungguh berbeza sangat sewaktu bekerja dulu di mana tempoh bercuti paling lama pun hanya diberikan 3 hari sahaja. Tai, dalam keseronokan saya bercuti, ada juga benda di pejabat saya (ruang SOHO) terus bercuti sampai bila-bila. Iya, komputer riba yang saya selalu gunakan telah kembali kepada sang pencipta. Berbagai cara sudah dibuat tetapi memang tidak dapat menyelamatkannya lagi:(

Maka, Sabtu lepas bermulalah misi pencarian komputer yang baru kerana saya memang memerlukan khidmat komputer riba untuk melakukan kerja dari rumah. Rasa rimas dan tidak selesa menggunakan telefon untuk berhubung dengan teman-teman dan juga pelanggan. Kepuasan sebenar apabila dapat mengadap dan menaip barisan huruf-huruf yang lebih panjang di dalam komputer riba berbanding telefon. Alhamdulillah, berjaya juga mendapatkan sebuah komputer riba jenama ASUS dan sebuah mesin pencetak jenama HP. Harga untuk dua barang tersebut adalah di dalam peruntukan iaitu RM1500.00.

Sebenarnya adalah penting untuk memiliki SOHO (small office home office) sendiri di rumah. Tidak kiralah jika kita masih bekerja atau sudah berhenti kerja. Ruang SOHO ini dapat membantu kita supaya lebih fokus dalam bekerja dan membuatkan kita lebih produktif dalam bekerja. Kehadiran gadget-gadget seperti mesin pencetak, talian internet dan fail-fail dokumen memang akan memudahkan lagi pengurusan kerja kita.

Saya kongsikan di sini wajah baru ruang SOHO saya di rumah. Lokasi SOHO boleh diletakkan di mana-mana sahaja asalkan menjanjikan keselesaan dalam bekerja. Ruang SOHO saya adalah di satu sudut di dalam bilik tidur utama kediaman saya. Kenapa? Kerana saya suka bekerja awal pagi sebelum anak-anak sedar dan selalunya lewat malam pada hari minggu.


Ringkas sahaja


Saya mahu kongsikan harga mesin pencetak ini iaitu RM209. Saya rasa ianya satu pelaburan yang berbaloi memandangkan mesin ini dapat melakukan 3 fungsi iaitu mencetak, mengimbas dan menyalin (print, scan & copy). Saya dapatkan mesin ini di Plaza Alam Sentral sempena PC Fair yang sudah pun berlangsung minggu lepas.

Teruja bukan untuk memiliki ruang SOHO yang kemas dan cantik? Di sini saya kongsikan juga gambar ruang SOHO pelajar saya yang turut berkongsi gambar SOHO dengan saya di facebook.


Ruang SOHO bagi Anis Nurdhiani yang merupakan seorang guru tusyen online dan boleh ikuti blog beliau di sini : http://anisnurdhiani.blogspot.com/


Ruang SOHO bagi Pn. Rahayu Rashid. Boleh ikuti blognya di sini : http://rahayu-abdulrashid.blogspot.com/

Itu sahaja perkongsian saya buat masa ini. Semoga kalian yang membaca catatan ini juga bakal memiliki ruang SOHO sendiri. Bagi yang sudah memilikinya, sudi-sudikan berkongsi dengan saya gambar ruang SOHO anda juga:)

Sedikit pencerahan mengenai SOHO dipetik dari ebook 101 Idea Home-Based Bisnes tulisan pn Masayu Ahmad

 Apa itu SOHO
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand, Jepun,  rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di kediaman yang sama. Mengapa? Ini membawa perubahan yang besar tentang trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu mendominasi.
               Ia semakin berkembang dan pilihan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang proaktif. Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif, fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang serius mengusahakan bisnes skala kecil.
               Dalam capaian maklumat yang semakin merebak dan pengguna internet semakin meningkat setiap hari. Bekerja dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan.  Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.
               Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.

Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru. Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun. Jika anda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu. Jumlahkan berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.
               Sedangkan pilihan untuk bekerja di rumah memberi ruang yang lebih fleksibel, tiada kekangan birokrasi pejabat juga berjimat kerana tidak perlu lagi mengumpul koleksi pakaian pejabat. Sekadar memakai pakaian yang sesuai dan selesa ia sudah cukup untuk memulakan hari dengan bekerja dengan beberapa langkah sahaja dari bilik tidur.

Bila trend SOHO bermula?
 Kembali kita ketika usia kecil, kedai runcit, kedai makan dan tukang jahit adalah contoh paling mudah. Operasinya sama ada kedai bersambung dengan kediaman atau hanya beberapa langkah, atau di sebelah rumah sahaja. Tukang jahit biasanya menggunakan ruang di rumah untuk operasi menyiapkan pakaian. Ia masih kekal hingga kini bagi tukang jahit yang beroperasi hanya dari rumah. Dahulu tiada istilah pejabat kecil di rumah atau SOHO, istilahnya adalah bekerja sendiri, atau berniaga sendiri secara kecil-kecilan
Jika kita perhatikan apabila melalui kebanyakan jalan utama atau jalanraya yang sibuk. Didapati tepi kiri dan kanan bahu jalan adalah potensi yang boleh dijadikan sebagai operasi bisnes skala kecil. Contoh laluan jalan utama yang menghala ke bandar. Jika di kiri jalan ada, pasaraya kecil, nurseri tanaman, kedai makan, pasar basah, gerai-gerai kecil berbentuk kiosk seperti kosmetik, butik pengantin, salun kecantikan, gudang tempat membaiki lori, kedai runcit untuk barangan harian, gerai makan, kedai menjual produk pinggan mangkuk, bengkel basikal.
            Apa yang menariknya ialah ada kalangan pemilik bisnes kecil ini adalah tuan tanah yang asal. Di belakangnya adalah kediaman, ada ruang sedikit pada bahagian depan rumah dijadikan apa sahaja operasi bisnes. Ada juga deretan rumah kedai. Di depannya kedai dobi, kedai keperluan kanak-kanak dan bayi, keropok lekor dan sebagainya. Rumah kedai ini adalah disewa dan ada juga pemilik yang sebenar. Apa konsep ini. Ini juga adalah konsep SOHO, tetapi di bandar-bandar kecil ia telah lama diamalkan. Kini ramai yang mula memilih kawasan luar bandar yang berlokasikan bandar kecil, mula mendiami kediaman yang bercirikan konsep SOHO.

Boleh baca selanjutnya dengan membeli ebook 101 Idea Home Based Bisnes di sini : Borang Tempahan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...